senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Beauty

Bersolek Dengan Palladio Dapat Beri Kulit Anda Sihat & Cantik

afiqa by afiqa
April 18, 2023
in Beauty
Bersolek Dengan Palladio Dapat Beri Kulit Anda Sihat & Cantik
364
SHARES
36.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bercakap mengenai produk kecantikan, pasti ramai antara kita ingin mencari produk yang selamat dan memberi kebaikan pada kulit walaupun bersolek tebal.

Cuma apa yang menjadi masalah, ada ke barangan solek yang dapat beri kebaikan pada kulit?

Lagipun terdapat lambakan produk kecantikan di pasaran. Mana satu yang bagus?

Jadi kami syorkan satu jenama produk kecantikan yang bagus untuk kulit, iaitu Palladio Beauty.

Menurut Palladio produk mereka mengandungi vitamin antioksidan seperti A, C, D, dan E yang diekstrak dari bahan teh hijau, aloe vera dan ginseng yang sangat bagus untuk kulit.

Jangan risau, Palladio merupakan produk 90% vegan yang mana tidak mempunyai bahan campuran dari haiwan.

Malah, kandungan produk ini juga 100% paraben, bebas gluten dan cruelty-free maksudnya tidak diuji ke atas haiwan.

Jadi, jom kita lihat lima produk kecantikan keluaran dari Palladio Beauty yang boleh korang cuba.

ADVERTISEMENT

Brightening Loose Setting Powder

Setting powder selalunya digunakan untuk set make-up, mencerahkan lingkaran hitam serta mengurangkan penampakkan garisan halus.

Ini kerana diformulasi pigmen mikron yang mampu memberi kesan glow, jika dioles pada wajah dan mempunyai tekstur serbuk yang lembut yang dapat beri kemasan pada make-up.

Dengan adanya antioksidan dari teh hijau, dapat membantu memperbaiki kulit serta mengurangkan tanda penuaan pada wajah.

Cara penggunaan:

ADVERTISEMENT
  1. Selepas make-up, oleskan sedikit loose setting powder pada batang berus make-up yang gebu.
  2. Sapu pada muka dengan perlahan-lahan pada kulit dengan gerakan menggulung.

Tip penting:

Untuk kulit jenis berminyak, sapu bedak ini perlu fokus pada T-Zon kerana bahagian ini paling banyak minyak wajah cenderung terkumpul.

Jika anda mempunyai jenis kulit kombinasi, sapu saja rata di seluruh wajah degan lembut.

BACA JUGA  Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Sekitar Bibir Dengan Tepung Beras

Sunkissed Highlighter

Gunakan Palladio’s Sunkissed Highligther pada waktu siang atau malam kerana alat solek ini mengandungi formula vegan dan kaya dengan pigmen mutiara.

Formula ini dapat beri kesan yang lembut apabila di oles pada wajah dan tidak akan menjadikan tekstur kulit kering sekaligus dapat mengurangkan garisan halus.

Tambah pula, highlighter ini mengandungi bahan botani seperti aloe vera, minyak kepala, chamomile, ginkgo biloba, ginseng dan minyak aprikot yang dapat melembapkan kulit.

Cara penggunaan:

  1. Sebelum lakukan finishing make up, sapukan pada bahagian kulit atas tulang pipi, tulang dahi, tulang mata dan bahagian lain yang terlibat.
  2. Kemudian, gunakan berus atau jari atau span untuk blend supaya dapat menghasilkan effect yang sempurna.

Tip penting:

Kebanyakan make up professional guna highlighter pada bahagian collar bone dan dada untuk menampakkan lagi wajah hidup.

Bagaimana pun terdapat dua kod warna yang anda boleh pilih iaitu GH01 Soulmate dan GH02 Eternal Sunshine.

The Brow Definer, Retractable Eyebrow Pencil

Bagi yang tidak mempunyai bulu kening yang lebat, eyebrow pencil merupakan senjata utama.

Jadi kami syorkan eyebrow pencil dari jenama Palladio kerana direka 2 dalam 1 untuk kegunaan membentuk dan meratakan untuk natural look.

Lagipun eyebrow pencil ini mengandungi vitamin E yang dapat membantu mengukuhkan akar bulu serta menggalakkan pertumbuhan bulu kening.

Manakala kandungan vitamin C yang kaya dengan antioksidan pula dapat membunuh radikal bebas yang menyebabkan rambut kering, lemah dan mudah tercabut.

Tambah pula dicampur dengan Definer Micro Pencil untuk membentuk bulu kening halus dengan lebih mudah. 

Manakala, Brow Gel pula untuk membentuk bulu kening supaya kekal sepanjang hari.

Cara penggunaan:

  1. Tentukan bentuk kening yang anda inginkan.
  2. Gunakan light feathery untuk sapu pada bahagian kawasan kening yang bulu mudah tercabut atau jarang.
  3. Kemudian, gunakan spoolie brush untuk kemasan bulu kening supaya dapat natural look.

Bagaimana pun terdapat empat kod warna yang anda boleh pilih iaitu taupe, karamel, medium brown dan coklat gelap.

BACA JUGA  Kelebihan Wanita Yang Ada Lesung Pipit

Nude Cream Lip Color

Mencari nude lipstick yang memiliki tekstur ringan dan tidak membuatkan bibir anda merekah?

Nude Cream Lip Color dari Palladio Beauty adalah pilihan terbaik kerana mereka menggunakan formulasi yang baru dimana dapat beri kemasan matte yang tidak akan mengeringkan bibir.

Lagipun bahan kandungan dalam lipstik ini adalah rumusan yang dapat menghidrasikan bibir antaranya shea butter dan asid hyaluronik.

Terdapat lima jenis warna yang berbeza antaranya Nakie, Bare, Natural, Undressed dan B.Day Suit.

Jadi pastikan anda pilih kod warna lipstik yang sesuai dengan warna kulit anda supaya kecantikan dapat diserlahkan dengan kulit yang sihat.

Tunggu apa lagi? Dapatkan set solekan Palladio supaya kulit anda kelihatan sihat dan dalam masa yang sama kelihatan gorgeous!

Anda boleh beli di drugstore Guardian dan bagi pembelian di atas talian, anda boleh dapat di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Palladio atau ikuti perkembangan semasa mereka di Instagram atau Facebook.

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved