senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Boleh Mati Jika Tidak Dirawat, Ambil Tahu Apa Itu Batuk Kokol & Gejala

afiqa by afiqa
May 3, 2023
in Kesihatan, Lifestyle
Boleh Mati Jika Tidak Dirawat, Ambil Tahu Apa Itu Batuk Kokol & Gejala
3
SHARES
267
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pertussis atau batuk kokol (whooping cough) melibatkan sekurang-kurangnya 20 juta kes di seluruh dunia. Jadi kes di Malaysia pada tahun ini saja mencatatkan 76 kes berbanding tahun lepas, hanya tujuh kes.

Perkara ini mula menjadi bualan hangat apabila berita saluran media televisyen mengeluarkan kenyataan kes Batuk Kokol meningkat sebanyak 986 peratus.

76 kes ini dicatatkan berlaku di Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Lahad Datu (16), Tawau (15), Putatan (8) dan masing-masing empat kes di Semporna dan Papar.

Jadi kami ambil inisiatif mencari apa itu batuk kokol dan apa simptomnya?

Apa Itu Batuk Kokol?

Pertama sekali apa yang anda perlu tahu adalah punca penyebab sakit ini bordetella pertussis atau lebih mudah difahami jangkitan bakteria akut yang melibatkan saluran pernafasan.

Cara jangkitan melalui udara daripada pernafasan orang yang dijangkiti dan lazimnya tempoh pengeraman adalah di antara 9 hingga 10 hari dengan ratio antara 6 hingga 20 hari.

Pertussis ini boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia dan bayi merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Ada Rawatan Tak?

Setiap penyakit, ada ubatnya. Bagi penyakit ini, perlu mendapatkan rawatan khusus seperti dapatkan antibiotik seperti Erythromycin, Clarithromycin atau Azithromycin untuk memendekkan tempoh jangkitan.

ADVERTISEMENT

Jika tidak dirawat, individu yang dijangkiti batuk kokol ini boleh mengalami Pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) atau lebih teruk, kematian.

Selain itu, seseorang itu juga boleh mengalami kekurangan zat, hilang berat badan merupakan komplikasi akibat muntah yang berulang.

Sawan juga boleh berlaku akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak berikutan batuk yang berterusan tanpa sempat bernafas.

Bagaimana Mengenalpasti Batuk Kokol?

Jika seseorang mengalami batuk lebih dari tiga hari, selalunya doktor akan menjalani beberapa ujian perubatan. Antaranya ujian dan kultur hidung dan kerongkong, ujian darah atau x-ray dada.

ADVERTISEMENT

Ujian dan kultur hidung dan kerongkong adalah untuk mengambil calitan sebagai sample untuk memeriksa samada terdapat bakteria pertussis atau tidak.

BACA JUGA  Rahsia Tahi Lalat: Apa Sifat Peribadi Anda?

Manakala, x-ray dada diambil untuk mengesan radang atau cecair di dalam paru-paru kerana pneumonia boleh terjadi apabila batuk terlalu lama dan terdapat jangkitan pernafasan.

Bagaimanapun, terdapat enam jenis batuk yang boleh dijangkiti seseorang jadi anda perlu tahu gejala dan maksud batuk.

Macam Mana Nak Cegah batuk Kokol?

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pencegahan yang paling berkesan dan selamat adalah melalui pelalian menggunakan vaksin Pertussis.

Vaksin tersebut sekurang-kurangnya diambil sebanyak 3 dos dan diberikan secara suntikan tapi untuk bayi yang lahir di Malaysia akan diberikan sebanyak 4 dos mengikut Jadual Program Imunisasi Kebangsaan.

Kemudian, pelalian diberi pada umur 2, 3 dan 5 bulan serta dos tambahan (booster) pada umur 18 bulan.

Jadi, sebaiknya jika si kecil atau orang sekeliling anda mengalami batuk pergi berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan dengan segera.

Jika seseorang mempunyai gejala batuk perlu mengamalkan adab batuk (menutup mulut ketika batuk) dan mencuci tangan selepas batuk bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain.

Seseorang yang bergejala juga dinasihatkan supaya tidak mencium bayi memandangkan bayi berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Pertussis.

Source :
KKM portal

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved