senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

20 Tempat Menarik Di Jelebu Yang Anda Harus Tahu

Nora by Nora
April 2, 2024
in Travel
tempat menarik jelebu
19
SHARES
1.9k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat bergambar di Jelebu
  • 2. Taman negeri di Jelebu
  • 3. Tempat berkelah di Jerabu
  • 4. Tempat mandi-manda di Jelebu
  • 5. Jeram di Jelebu
  • 6. Tempat menarik untuk keluarga di Jelebu
  • 7. Tarikan alam di Negeri Sembilan
  • 8. Tempat glamping di Jelebu
  • 9. Tempat penginapan menarik berdekatan Jelebu
  • 10. Muzium di Jelebu
  • 11. Tempat bersejarah di Negeri Sembilan
  • 12. Aktiviti meneroka gua di Negeri Sembilan
  • 13. Pemandangan matahari terbit di Jelebu
  • 14. Aktiviti hiking di Negeri Sembilan
  • 15. Aktiviti lasak di Negeri Sembilan
  • 16. Gunung di Negeri Sembilan
  • 17. Aktiviti outdoor di Negeri Sembilan
  • 18. Ladang organik di Jelebu
  • 19. Homestay menarik di Jelebu
  • 20. Hotel Jelebu

Jom kita explore tempat menarik Jelebu, Negeri Sembilan – kawasan tanah tinggi yang terkenal dengan hasil buah-buahan tempatan.

Terletak di bahagian utara Negeri Sembilan, daerah ini bersempadan dengan Seremban dan daerah-daerah sekitar termasuk Hulu Langat di Selangor, Bentong di Pahang serta Kuala Pilah.

Uniknya Negeri Sembilan, ia juga terkenal dengan adat perpatih dan Tarian Piring Lambung.

Senarai 20 Tempat Menarik Jelebu Negeri Sembilan

Dekati masyarakat tempatan dan rasai sendiri pengalaman hidup orang kampung di Jelebu yang masih mengamalkan warisan budaya mereka.

Jika anda ada masa cuti, eloklah datang ke tempat menarik di Jelebu, Negeri Sembilan!

Laman Padi Kampung Gagu

1 Tempat bergambar di Jelebu

Alamat: Laman Padi Kampung Gagu, Kampung Gagu, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Telefon: N/A

ADVERTISEMENT
Kredit gambar: Instagram @amiez_signature, afiekaroslan & shinnn1100

Jika anda ingin melihat rumah-rumah kayu dengan reka bentuk Minangkabau, datanglah ke ke Laman Padi Kampung Cagu. 

Pemandangan kampung ini sungguh indah dengan latar belakang bukit-bukau dan hamparan sawah padi yang menghijau.

Di sini, anda juga akan dapat melihat tarian tradisional Minangkabau seperti caklempong, randai dan tarian piring (tarinai) semasa upacara perkahwinan atau menyambut tetamu.

Laman Padi di sini juga menjadi tempat kegemaran pengunjung dan pasangan pengantin untuk mengabadikan momen-momen indah mereka. Jadi, pastikan anda membawa kamera!

ADVERTISEMENT
Semak Harga

Taman Negeri Kenaboi

2 Taman negeri di Jelebu

Alamat: Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Utara, 71600, Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan.

Tel: 06-6136500

Kredit gambar: Instagram @khairulm.k.a, yakicamp, amran8859 & xmohdizhamx

Taman Negeri Kenaboi terletak di dalam Hutan Simpan Kenaboi, 100 km dari bandar Seremban atau 63 km dari Kuala Klawang melalui jalan raya Kuala Klawang-Seremban.

Dahulu, kawasan ini juga pernah dikenali sebagai Rimba Savana Camp Rudi. Tempat tarikan Jelebu ini juga mempunyai pelbagai spesies menarik, antaranya Corybasholttumii, Enggang Badak, dan banyak lagi.

Apa yang membezakan lokasi ini adalah air terjun yang mengalir dari Sungai Kering, anak Sungai Kenaboi, yang dikaitkan dengan legenda rusa yang cedera dan terjatuh ke dalam air terjun. 

Terdapat beberapa kemudahan seperti tandas awam, tapak perkhemahan, pondok rehat, dan lain-lain.

Di sekitar kawasan ini terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti treking ke Jeram Berungut, camping, mandi Air Terjun Lata Kijang, meneroka Gua Harimau, mendaki Gunung Besar Hantu dan lain-lain.

Paling penting, Taman Negeri Kenaboi Jelebu ini kekal sebagai destinasi popular untuk pengembara dan pencinta alam semula jadi! 

Semak Harga

Lata Dinding

3 Tempat berkelah di Jerabu

Alamat: Taman Negeri Kenaboi, Jalan Kampong Ulu Kenaboi, 71650 Titi, Jelebu, Negeri Sembilan

Tel: 06-6136500

Kredit gambar: Google map & Facebook @Dzuriasikim Dzulkefli

Selepas hiking Gunung Besar Hantu, kalau sempat korang singgahlah ke Lata Dinding yang juga dikenali sebagai Jeram Cermin atau Jeram Dinding.

Kalau nak terus hiking ke Lata Dinding pun boleh, jaraknya lebih kurang 10km sahaja dan sepanjang perjalanan lihatlah kehijauan semula jadi.

Perjalanan ke tempat menarik di Jelebu ini penuh dengan nature, melalui anak sungai dengan peluang untuk berkelah atau berkhemah semalaman. 

Di samping mandi-manda bersama rakan, pengunjung juga boleh sekadar duduk dan menikmati pemandangan air terjun yang mengalir deras dari tebing batu.

Lata dinding adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang ingin menikmati keindahan semula jadi Negeri Sembilan!

Semak Harga

Lata Kijang     

4 Tempat mandi-manda di Jelebu

Alamat: Lata Kijang Jerebu Negeri Sembilan

Tel: N/A

Kredit gambar: Instagram @ickjalal, adi_kirana & doyzkie

Lata Kijang, air terjun tertinggi di Negeri Sembilan ini wajib dikunjungi bagi pengembara sejati.

Dengan ketinggian mencapai 93 meter, air terjun di daerah Jelebu, negeri Sembilan ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan.

BACA JUGA  17 Hotel KLIA & KLIA2 Terbaik (Dalam & Luar Airport)

Terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 hektar, Lata Kijang Jelebu ini dikelilingi oleh hutan Dipterokarpa Bukit yang mempesona. 

Perjalanan menuju ke sini agak mencabar, tapi setibanya di sana, anda akan disambut dengan keindahan air terjun dan suasana di sekitarnya sangat tenang. 

Selain seronok tengok air terjun cantik, korang boleh explore hutan sekitar, berkhemah, berkelah, dan jumpa flora serta fauna yang unik.

Takde hal lah kalau nak stay camping, ada tapak perkhemahan yang memudahkan korang habiskan masa dengan family dan kawan-kawan.

Korang kena datang Hutan Lipur Lata Kijang ni sebab kat sini ada denai hutan yang jadi laluan untuk mendaki Gunung Besar Hantu. Gunung ni paling tinggi di Negeri Sembilan, kira-kira 1462 meter!

Semak Harga

Jeram Gajah

5 Jeram di Jelebu

Alamat: Kampung Peradong, 76000 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Tel: N/A

Kredit gambar: google map

Nama tempat ini agak unik iaitu Jeram Gajah dan anda akan terpesona dengan kejernihan air jeramnya.

Jeram Gajah adalah tempat yang paling bagus untuk melarikan diri dari kesibukan dan menikmati keindahan alam semulajadi yang menakjubkan. 

Selepas melakukan aktiviti hiking, pengunjung boleh mandi di Jeram Gajah dan rasa air sejuk yang mengalir di badan.

Sambil tu, lihatlah pemandangan kehijauan yang memenuhi kawasan sekitar. Memang puas hati dapat tenangkan minda dan badan di sini!

Semak Harga

Air terjun Jeram Toi Jelebu

6 Tempat menarik untuk keluarga di Jelebu

Alamat: Kampung Lalang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Tel: N/A

Kredit gambar: Instagram @d_zack &  jaynieloveylove

Salah satu tempat menarik di Jelebu yang sering jadi tumpuan orang ramai, terutama pada hujung minggu adalah Jeram Toi. Destinasi ni memang pilihan utama untuk korang yang nak mandi-manda dan lepak santai.

Terletak kira-kira 28km dari Seremban dan 12km dari pekan Jelebu, Jeram Toi ni sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Berembun yang memang memukau dengan keindahannya.

Tarikan utama dekat sini ialah air terjun empat tingkat yang cantik.

Selain kemudahan lengkap, korang boleh berkelah, mandi beramai-ramai atau pun berjalan-jalan di sekitar kawasan ni.

Suasana tenang dan sejuk di Jeram Toi membuatkan ia tempat yang sempurna untuk korang lepaskan stress dan bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan.

Datang ke Jeram Toi dan mandi-manda bersama keluarga pada hari cuti! Jangan lupa bawa makanan picnic sekali!

Semak Harga

Jeram Berungut

7 Tarikan alam di Negeri Sembilan

Alamat: Lata Berungut, Taman Negeri Kenaboi, Negeri Sembilan

Tel: N/A

Kredit gambar: Instagram @mytravellicious, msyazwanmzaki & suelily81

Jeram Berungut adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi jiwa adventurous. Dengan berjalan kaki sekitar dua kilometer dari pejabat Taman Negeri Kenaboi, anda akan sampai di sini. 

Pendaki juga perlu melalui sungai yang mengalir dengan arus sebelum sampai Lata Berungut. Laluan ini agak berpasir, berbatu, dan licin.

Bandar terdekat dari Lata Berungut adalah Titi dan Kuala Klawang. Bergantung kepada cuaca, pemakaian jaket pelampung adalah wajib kerana paras air agak tinggi.

Jadi, rancang perjalanan anda dengan lebih awal dan dapatkan permit serta pemandu untuk ke Lata Berungut.

Keunikan Jeram Berungut terletak pada tebing batu setinggi 40 meter yang mengelilinginya, nampak cantik giler. Air kat sini pun sejuk dan menyegarkan badan. 

Semak Harga

Glamping @ Kongkoi

8 Tempat glamping di Jelebu

Alamat: Lot 608, Kampung Puom, 71650 Titi, Negeri Sembilan

Tel: 012-685 6790

Kredit gambar: Instagram @g.a.kongkoi & wanms_13

Terletak di atas tanah seluas 10 ekar yang dikelilingi hutan di sekitar Sungai Kenaboi, tempat glamping ini berjarak kira-kira 80km dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Tempat glamping di Negeri Sembilan ini menyediakan suasana yang ideal bagi anda yang mencari ketenangan, pengalaman baru, atau sekadar bersantai.

Terdapat 10 buah handcraft chalet yang menawarkan pengalaman tidur yang unik kepada para pengunjung dengan bunyi alam semulajadi.

Selain itu, terdapat juga sebuah rumah tamu yang dilengkapi dengan tempat makan, dapur, dan anjung untuk beristirehat yang memberikan keselesaan seumpama di rumah sendiri. 

Pengunjung juga berpeluang melakukan jamming, barbeku, kayak, dan aktiviti semula jadi lain.

Bagi yang cari tempat untuk sambut hari lahir atau gathering keluarga tu, boleh cuba tempah tempat ni!

Semak Harga

Durian Valley Outdoors

9 Tempat penginapan menarik berdekatan Jelebu

Alamat: 1001, Jalan Kg Chennah – Kg Esok, 71650 Kuala Kelawang, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: 012-320 5797

BACA JUGA  28 Tempat Menarik Di Melaka Paling Popular Terkini 2024
Kredit gambar: Instagram @travelrookiemy & suzanaraman

Durian Valley Outdoors Villa di Jelebu adalah tempat yang paling bagus untuk menghabiskan masa bersama orang tersayang! 

Kami mengesyorkan tempat ini kerana udara segar dengan langit penuh bintang pada waktu malam dan berkabus di waktu pagi. 

Villa ini menawarkan penginapan selesa dengan bilik-bilik berhawa dingin di Kuala Kelawang, dengan teres peribadi, bilik mandi selesa dan tempat letak kereta persendirian percuma.

Setiap bilik dilengkapi dengan balkoni yang menawarkan pemandangan gunung yang indah. Untuk sarapan, anda boleh memilih hidangan à la carte atau hidangan tempatan. 

Fasiliti membuat teh, kopi, dapur serta peralatan dapur, turut disediakan untuk tujuan memasak sendiri.

Paling penting, pemilik villa ini adalah seorang Muslim, jadi anda tidak perlu risau tentang arah kiblat dan sejadah juga disediakan. 

Jangan lepaskan peluang untuk pergi mandi-manda di Jeram Gading yang hanya terletak 1.2 km dari sini. 

Semak Harga

Muzium Adat

10 Muzium di Jelebu

Alamat : Jalan Dato’ Umbi, Kampung Jelebu Tengah, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Tel: 066136586

Kredit gambar: Instagram @suhananasution, muziumadat & _abdfthr

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai keunikan budaya Minangkabau, jangan lepaskan peluang untuk melawat Muzium Adat Jelebu. 

Di sini, terdapat pelbagai pameran menarik yang dapat anda lihat, termasuk peralatan zaman dahulu dan pelbagai jenis pakaian tradisional yang dipakai mengikut umur dan perayaan penting.

Keunikan budaya mereka meliputi adat perkahwinan, kelahiran, dan bahkan kematian. 

Dengan melawat Muzium Adat Jelebu, anda dapat memahami kehidupan mereka dengan lebih mendalam!

Semak Harga

Batu Peringatan Inggeris Kuala Klawang

11 Tempat bersejarah di Negeri Sembilan

Alamat: Taman Pembina Jaya, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Tel: N/A

Kredit gambar: Instagram @khairulnaimrafidi

Batu Peringatan Inggeris Kuala Klawang terletak di Bukit Undang. Di sini, anda dapat melihat hampir keseluruhan pemandangan bandar yang menakjubkan Kuala Klawang. 

Di batu peringatan ini, terdapat sejarah yang tertulis yang menggambarkan penghormatan dan kesetiaan kepada Yang Maha Mulia Ratu Great Britain dan Maharani India. 

Batu Peringatan Inggeris Kuala Klawang Jelebu ditubuhkan secara bersama-sama pada bulan Jun tahun 1807 oleh masyarakat Eropah, Melayu, Jawa, Cina, Tamil, India, dan Singhalese di Jelebu. 

Tempat ini satu-satunya lokasi yang harus dikunjungi dan dapat digunakan sebagai tempat lawatan ilmiah bagi semua pengunjung, terutamanya bagi anak-anak kita. 

Jadi, luangkanlah masa untuk melawat tempat ini yang sarat dengan nilai sejarah dan budaya!

Semak Harga

Gua Pelangi 

12 Aktiviti meneroka gua di Negeri Sembilan

Alamat: Hutan Simpan Pasoh, Jelebu, Negeri Sembilan

Tel: 011-21130788

Kredit gambar: Instagram @ezat_ezaty, ezlyanie, Facebook Gua Pasoh Atoa & Facebook Menarik di Jelebu 

Lokasi seterusnya bagi anda yang gemar aktiviti lasak di Jelebu ialah Gua Pelangi dan Bukit Batu Dinding. 

Menariknya, terdapat kawasan kajian arkeologi dengan penemuan-penemuan menarik yang boleh dilihat di sini, selain dari keindahan alam semulajadinya. 

Jika anda berminat untuk mengikuti aktiviti seperti menjelajah gua, mendaki bukit dinding, memanah, berkhemah, flying fox, merentas hutan, dan panjat tebing, sila hubungi Azliny di nombor 011-1884 5936.

Semak Harga

Bukit Batu Dinding

13 Pemandangan matahari terbit di Jelebu

Alamat: Bukit Batu Dinding, Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan

Tel: N/A

Kredit gambar: Facebook menarik di jelebu

Jika anda seorang yang suka cabaran, cuba hiking di Bukit Batu Dinding. 

Bukit Batu Dinding memiliki ketinggian 428m. Biasanya, masa yang diambil untuk menakluki trek ini adalah kurang dari 2 jam. 

Di puncak gunung ini, anda akan dapat menyaksikan keindahan matahari terbenam dan matahari terbit!

Pemandangannya sangat cantik, bahkan anda akan dapat melihat awan seperti karpet. 

Jom sertai aktiviti mendaki sepanjang hari atau menginap semalam di sini!

Semak Harga

Bukit Batu Sawa

14 Aktiviti hiking di Negeri Sembilan

Alamat: Bukit Batu Sawa Trailhead, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan

Tel: N/A

Kredit gambar: Instagram @zuraidahmhdzulkipli, babychaix & shhrasaudi_

Jika anda mencari pengalaman hiking yang santai atau ingin memulakan hobi hiking, kunjungi Bukit Batu Sawa.

Bukit ini tergolong dalam kategori trail mudah yang sesuai untuk pemula. 

Laluan hiking ini tidak terlalu jauh, hanya kira-kira 1.3 kilometer sahaja.

Tapi, jangan terkejut kerana pemandangan di puncak sangat menakjubkan. 

Disarankan untuk memulai hiking pada waktu pagi kerana anda akan dapat menikmati pemandangan yang lebih indah dari puncak bukit!

Semak Harga

Gunung Berembun & Telapak Buruk

15 Aktiviti lasak di Negeri Sembilan

Alamat: Gunung Berembun Trailhead, Loji Rawatan Air Pantai, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

BACA JUGA  11 Tempat Ekopelancongan Di Limbang Sarawak Yang Penuh 'Nature'

Tel: N/A

Kredit gambar: Facebook Amirul Farid

Pendaki yang suka mencabar diri pasti tertanya-tanya destinasi yang lebih mencabar, kan? Jadi, saya cadangkan anda ke Trail Gunung Berembun dan Telapak Buruk. 

Trail pendakian ini adalah sangat sesuai untuk pendaki yang berpengalaman dan ingin mencari cabaran baru. 

Menariknya lagi, saat anda berada di sana, anda akan dapat melihat bangkai kapal terbang yang terhempas pada tahun 1945 semasa Perang Dunia II. 

Tempat menarik di Jelebu ini juga akan mengajarkan kita untuk menghargai kemerdekaan negara kita sendiri.

Semak Harga

Gunung Besar Hantu

16 Gunung di Negeri Sembilan

Alamat: Gunung Besar Hantu, Negeri Sembilan

Tel: N/A

Kredit gambar: Instagram @mimiazwar

Laluan ke Gunung Besar Hantu melalui kawasan berlumpur, terutamanya selepas Kem Orkid.

Pendakian bermula dengan laluan mudah, tetapi semakin mencabar ketika mendaki ke puncak.

Hutan yang lebat memberi peluang melihat flora dan fauna yang pelbagai.

Pemandangan menakjubkan dari puncak ini berbaloi dengan usaha hiking anda! 

Angin sejuk di puncak menyegarkan badan pendaki dan lagi satu, ni seperti latihan kalau anda nak cuba pendakian yang lebih mencabar seperti Gunung Kinabalu. 

Jelajah keindahan alam semula jadi Negeri Sembilan dan capai puncak tertinggi di daerah Jelebu ini!

Semak Harga

Bukit Batu Beras

17 Aktiviti outdoor di Negeri Sembilan

Alamat: Bukit Batu Beras Trailhead, 72400 Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan

Tel: N/A

Kredit gambar: Instagram @aoshaari,razi_adik, raksa_rakan_lasak & afiqahsabri

Seterusnya, kami ingin mengesyorkan kawasan hiking yang sesuai untuk pemula dan mereka yang ingin hiking santai bersama keluarga, iaitu di Bukit Batu Beras yang terletak di Simpang Durian. 

Trail di sini sangat mudah dan menjadi pilihan ramai penggemar hiking. Jaraknya juga tidak begitu jauh, hanya sekitar 1.5 kilome sahaja. 

Apabila hiking beramai-ramai, pastinya suasana menjadi lebih menyeronokkan. Jadi, ajaklah rakan-rakan anda untuk turut serta. 

Selain mendapatkan tubuh yang sihat dengan aktiviti mengeluarkan peluh, cipta kenangan indah bersama-sama. Anda tidak akan menyesal memilih untuk hiking di sini! Jom hiking!

Semak Harga

Titi Eco Farm 

18 Ladang organik di Jelebu

Alamat: Lot 1706, Jalan Sungai Rotan, Kampung Titi, 71650, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: 019-220 7868

Kredit gambar: Facebook Titi Eco Farm Resort

Titi Eco Farm sebenarnya adalah sebuah ladang organik yang meliputi kawasan lebih kurang 40 ekar dan terletak di Kampung Titi, Jelebu. 

Ia merupakan salah satu destinasi menarik di Jelebu yang menawarkan pengalaman percutian dalam ladang, atau lebih dikenali sebagai “Farmcation”.

Cubalah menginap di Titi Eco Farm Resort!

Di sini, anda tidak hanya dapat berehat dan bersantai, tapi juga dapat mempelajari cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup organik yang menyumbang kepada kehidupan yang lebih sihat. 

Pengalaman ini benar-benar unik dan berbeza dari percutian biasa!

Semak Harga

Homestay Omak Akam

19 Homestay menarik di Jelebu

Alamat: Batu 51/2 Kg. Peradong, Jelebu, Malaysia 

Tel: 014-713 0644

Kredit gambar: Facebook Homestay Omak Akam 

Jika anda merancang untuk bercuti bersama keluarga besar anda, pilihlah homestay Omak Akam sebagai destinasi percutian anda! 

Homestay ini menawarkan bilik-bilik yang luas, dengan jumlah keseluruhan 9 bilik yang disediakan.

Apa yang lebih menarik, lokasi ini berdekatan dengan sungai, jadi anda boleh mandi-manda. 

Kawasan hadapan homestay ini juga sangat luas, yang membuatnya sempurna untuk dijadikan tempat majlis perkahwinan, hari keluarga atau sebarang acara istimewa yang anda ingin adakan.

Jomlah ke homestay Omak Akam untuk mencipta kenangan indah bersama keluarga anda!

Semak Harga

Hotel Rasa Sayang Artisan Inn Jelebu

20 Hotel Jelebu

Alamat: Lot 2074, kampung chempedak, 71600 Kampong Seperi, Malaysia

Tel: N/A

Kredit gambar: booking.com

Hotel Rasa Sayang Artisan Inn Jelebu merupakan hotel ala homestay yang terletak berdekatan dengan pekan Jelebu Negeri Sembilan.

Terletak di hadapan jalan utama, hanya sekitar 4km ke Pekan Titi, hotel ini adalah tempat yang baik untuk menginap di Jelebu! 

Penginapan ini juga menyediakan wifi percuma di semua bilik, penghawa dingin, peti sejuk, televisyen, pengering rambut, air botol, dan kopi segera kepada tetamu. 

Terdapat bilik keluarga dan beberapa bilik juga dilengkapi dengan balkoni atau teres. 

Tempat letak kereta sentiasa tersedia dan merokok hanya dibenarkan di kawasan merokok yang ditetapkan untuk memastikan persekitaran udara sentiasa bersih.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • 23 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Paling Popular
  • 15 Tempat Menarik Di Ampang Untuk Dikunjungi

4/5 - (15 votes)
Tags: JelebuNegeri Sembilantempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved