senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Musim Panas Sekarang, Kena Tahu Tanda Badan Anda Dehidrasi Atau Tidak

leav by leav
June 21, 2023
in Kesihatan
Musim Panas Sekarang, Kena Tahu Tanda Badan Anda Dehidrasi Atau Tidak
16
SHARES
1.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Mulut dan Bibir Kering
  • 2. Letih dan Lemah
  • 3. Sakit Kepala
  • 4. Peningkatan Kadar Denyutan Jantung
  • 5. Kulit Kering dan Bersisik
  • 6. Pengambilan Air yang Tidak Mencukupi
  • 7. Aktiviti Fizikal Berat
  • 8. Pengeluaran Peluh Terlalu Banyak

Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan berlaku apabila badan kita kehilangan lebih banyak cecair daripada yang kita ambil terutamanya musim panas.

Lebih-lebih lagi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan Malaysia berdepan El Nino selama lima bulan bermula April.

Lebih teruk lagi, fenomena El Nino yang melanda Malaysia hingga September ini akan memberi impak negatif.

Ini kerana kuantiti hujan berkurangan dan suhu cuaca panas yang melampau sehingga boleh menyebabakan badan seseorang dehidrasi.

Malangnya tak ramai yang peka tanda badan dehidrasi. Jadi kami nak kongsikan tanda badan sedang mengalami dehidrasi.

1 Mulut dan Bibir Kering

Tanda utama yang boleh lihat adalah mulut dan bibir yang kering.

Ini berlaku kerana badan kita menggunakan air yang ada untuk fungsi penting dalam badan antaranya pemeliharaan suhu badan.

ADVERTISEMENT

Bila pemeliharaan suhu badan terganggu, secara tidak langsung mulut dan bibir akan menjadi kering.

2 Letih dan Lemah

Keletihan dan kelemahan juga adalah tanda-tanda dehidrasi.

Apabila badan kekurangan air, badan perlu bekerja lebih keras untuk menggerakkan fungsi penting yang boleh membuat kita rasa letih dan lemah.

3 Sakit Kepala

Sakit kepala juga boleh menjadi tanda dehidrasi kerana boleh menyebabkan penurunan tekanan darah yang boleh menyebabkan sakit kepala.

ADVERTISEMENT

4 Peningkatan Kadar Denyutan Jantung

Peningkatan kadar denyutan jantung juga boleh menjadi tanda dehidrasi kerana jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah yang banyak sehingga boleh menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung.

BACA JUGA  Air Kencing Berbuih: Apa Maksudnya untuk Kesihatan Buah Pinggang Anda?

5 Kulit Kering dan Bersisik

Seterusnya, kulit kering dan mengelupas seperti bersisik juga boleh menjadi tanda dehidrasi kerana kulit merupakan organ paling banyak memerlukan air.

Apabila kekurangan air, secara automatik boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering dan menggelupas sekaligus jadi buruk.

6 Pengambilan Air yang Tidak Mencukupi

Salah satu punca utama dehidrasi ialah pengambilan air yang tidak mencukupi.

Kita perlu minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari untuk memastikan badan kita mendapat air yang mencukupi.

Infografik Tanda-tanda dehidrasi – Kementerian Kesihatan Malaysia

7 Aktiviti Fizikal Berat

Aktiviti fizikal yang berat juga boleh menyebabkan dehidrasi kerana semasa melakukan ini, badan kita akan membuang banyak air melalui peluh.

Jadi kita perlu minum lebih banyak air untuk menggantikan air yang hilang.

8 Pengeluaran Peluh Terlalu Banyak

Cuaca panas juga boleh menyebabkan dehidrasi kerana semasa cuaca panas badan kita akan membuang lebih banyak air melalui peluh untuk menyejukkan badan.

Jadi kita perlu minum lebih banyak air untuk menggantikan air yang telah hilang.

Cara terbaik untuk mengelakkan dehidrasi adalah dengan meningkatkan pengambilan air dan lakukan inisiatif lain juga, antaranya;

  1. Pastikan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari dan lebih lagi jika anda melakukan aktiviti fizikal yang berat atau berada dalam cuaca panas.
  2. Pastikan untuk berpakaian sesuai dengan cuaca untuk mengelakkan dehidrasi.
  3. Pakai pakaian yang ringan dan berwarna terang untuk membantu badan anda mengekalkan suhu yang sejuk.
  4. Jika anda melakukan aktiviti fizikal yang berat, pastikan anda minum air sebelum, semasa dan selepas aktiviti untuk menggantikan air dalam badan yang sudah hilang.

Seperti kami tekankan pada awal tadi, dehidrasi atau kekurangan air dalam badan adalah keadaan yang boleh berlaku jika kita tidak minum air yang mencukupi.

BACA JUGA  Makan Terlalu Banyak Garam Memicu Kanser Perut

Terutamanya semasa melakukan aktiviti lasak atau dalam cuaca panas tapi sebaiknya dengan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Source :
Pelbagai sumber internet
Tags: dehidrasi

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved