senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Growth Watch Month Beri Kesedaran Masalah Bantut Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Remaja

afiqa by afiqa
June 22, 2023
in Lifestyle, Tips
Growth Watch Month Beri Kesedaran Masalah Bantut Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Remaja
5
SHARES
464
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pada awal bulan Jun ini telah berlangsungnya Bulan Pemerhatian Tumbesaran (Growth Watch Month) bagi usaha sama daripada pakar penjagaan kesihatan dan ibu bapa untuk mencegah masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kempen tahunan ini diperkenalkan di seluruh negara oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) di bawah program IMFeD For Growth yang telah bermula sejak tahun 2012.

Melalui perlaksanaan aktiviti ini, pihak berkenaan akan menasihati ibu bapa tentang intervensi pemakanan yang bersesuaian dan sokongan yang diperlukan untuk mengembalikan tahap pertumbuhan anak yang optimum.

Menurut Menurut Profesor Dr Lee Way Seah, Pengerusi Program IMFeD For Growth, walaupun kebanyakan kanak-kanak dan remaja Malaysia membesar secara normal, masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak kekal menjadi suatu kebimbangan.

“Pada usia 5 tahun, kanak-kanak sepatutnya mencapai 60% daripada ketinggian dewasa mereka. Malangnya, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, 21.2% atau 1 dalam 5 kanak-kanak mengalami masalah bantut.

NHMS 2022 juga melaporkan bahawa 6.8% daripada remaja kita mengalami masalah bantut. Individu-individu ini tidak mencapai puncak pertumbuhan yang sepatutnya, iaitu 15 ke 20% hampir dengan potensi ketinggian dewasa mereka,” jelasnya.

Bukan apa, terdapat kesan jangka pendek dan jangka panjang daripada masalah bantut adalah jelas. Antaranya;

  1. Kanak-kanak yang terbantut lebih cenderung untuk jatuh sakit lebih kerap.
  2. Kurang terlepas peluang dalam pembelajaran sehingga menjejaskan prestasi di sekolah.
  3. Mempunyai keyakinan diri yang rendah.
  4. Berisiko menghidapi penyakit kronik.
  5. Penurunan produktiviti ekonomi.
  6. Pendapatan seumur hidup lebih rendah.

Profesor Lee menegaskan bahawa pertumbuhan optimum hanya boleh dicapai apabila wujudnya asas-asas tertentu.

ADVERTISEMENT

Misalnya amalan pemakanan yang baik, nutrisi lengkap, aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan umur dan pemantauan pertumbuhan yang kerap dari usia muda.

ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Hapuskan Jerawat Dengan Membuat Scrub Halba Hanya Di Rumah

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved