senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Kenapa Ramai Tak Buat Laporan Polis Lepas Kena Langgar Lari Motosikal?

leav by leav
July 5, 2023
in Netizen
Kenapa Ramai Tak Buat Laporan Polis Lepas Kena Langgar Lari Motosikal?
6
SHARES
583
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kita semua tak nak terlibat dalam kemalangan, kan? Tapi hidup ni tak boleh jangka, macam-macam boleh terjadi walaupun kita dah ikut undang-undang jalan raya dengan betul.

Lebih teruk lagi bila motor langgar bontot belakang kereta kita. Kalau tak ada bukti memang kita dipersalahkan walaupun bukan kita yang salah.

Bila dah undang-undang macam ni, mulalah ramai yang tak buat laporan polis sebab boleh menjerat diri. Silap-silap kita yang kena saman.

Tapi, korang silap besar wei! Sebenarnya, kalau tak buat laporan polis, korang kena tanggung risiko sendiri tau.

Naya kalau kena macam ni.. Betul ke undang-undang nya begitu? 🤔 pic.twitter.com/J7zS1892at

— Jalal Misai (@jllmisai) June 21, 2023

Anda Silap Bila Fikir Tak Perlu Buat Repot Polis

Kitaorang buat perkongsian dari Carput (@carputapp) menerusi ciapan Twitter.

Menurut ciapan tersebut, terdapat beberapa sebab kenapa orang suka biar je pelaku lari.

1. Pemilik kereta tidak dapat menuntut insurans

Antara sebabnya sebab pemilik kereta ingat diorang tak boleh claim insurans dari pelaku tersebut. Banyak orang ingat macam tu, tapi sebenarnya boleh je!

Kalau nak claim insurance dari pihak ketiga (pelaku), memang boleh tapi kena buktikan dia salah.

ADVERTISEMENT

Bukan apa, pelaku mesti ada versi ceritanya sendiri, dan korang pun ada versi korang jugak.

Tapi masalahnya, tak semua kereta ada dashcam, lagi-lagi dashcam bahagian belakang.

Kalau tak ada bukti ni, memang jadi susah nak tentukan siapa salah dan siapa betul.

Jadi, tugas tentukan siapa salah atau taknya jatuh kat polis. Pihak mereka akan dengar kenyataan dari kedua-dua pihak kemudian akan tentukan siapa salah dan betul.

ADVERTISEMENT

Biasanya, pemilik kereta yang akan jadi mangsa. Teruk kan? Dah kena langgar, kena saman pulak RM300!

BACA JUGA  Abang Bas Mahu Ambil Tindakan Terhadap Individu dan Selebriti

Itulah sebabnya ramai orang tak buat laporan polis dan biar je kes macam tu.

Kalau nak lawan pulak sebab rasa confident yang korang betul, kena bawak kes ke mahkamah.

Tapi nak buat macam tu, proses lama dan kos pun tinggi. Jadi, ramai yang malas nak buang masa macam tu.

2. Tidak berjaya memperoleh nombor pendaftaran motosikal

Sebab sererusnya, mangsa gagal mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaan tersebut. Mereka fikir, laporan polis tak guna pun tapi sebenarnya, korang salah!

Bukan apa, pelaku boleh buat laporan polis dan cakap versi cerita dia sendiri untuk tuntut insurans kereta korang tau!

Kalau satu pihak buat laporan, yang satu lagi hilang, polis mana yang korang rasa cenderung nak percaya?

Tak nak la nanti tahun depan, masa korang nak renew insurans kereta, NCD korang tetiba kembali ke 0%.

Dah la kena langgar, kena bayar sendiri untuk baiki lepastu NCD pulak kembali ke 0%. Memang sedih betul nasib korang.

Mengapa Anda Perlu Buat Laporan Polis?

Itulah sebabnya penting sangat korang buat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kena langgar.

Korang tak perlu nak bagitahu semua cerita secara terperinci pun sebab lepas dah laporan polis, boleh terus maklumkan insurans pasal kemalangan tu.

Cara nak maklum tu, tak kisah la apa cara pun. Telefon, e-mel, yang penting insurans korang tahu yang kemalangan tu berlaku.

Jadi, kalau tiba-tiba pelaku tu nak tuntut insurans korang (tak malu betul tak rasa bersalah), insurans korang boleh flag and dispute permohonan dia.

Jadi, takkan la korang terkejut tiba-tiba NCD korang hilang tapi kalau korang berhadapan dengan penunggang motosikal dan nak claim insurans motor memang tak berbaloi.

BACA JUGA  Anak Hanya Rapat Dengan Kita Sehingga Dia Berusia 12 Tahun

Ini kerana insurans motorsikal takkan boleh bayar habis kerosakan kereta tapi kalau pelaku tu berjaya tuntut insurans kereta korang, korang kena bayar pulak untuk naikkan NCD balik ke 55%.

Mungkin korang akan rugi beribu-ribu ringgit. Memang tak berbaloi kan?

Jadi, korang kena la cepat-cepat pergi balai polis dalam masa 24 jam lepas kena langgar.

Proses report polis pun tak lama sangat, dalam 15 minit je. Lagi berbaloi dari kena rugi akibat orang tak bertanggungjawab tuntut insurans korang.

Korang ada pengalaman pernah kena langgar lari dengan motosikal? 🛵

Ramai yang tak buat report polis, sebab ingat tak perlu pun. Ketahuilah benda tu berisiko.

Cukup 10 RT min buat bebenang. pic.twitter.com/TICUNpcVYE

— CARPUT – 🔋🚗 (@carputapp) July 5, 2021
Source :
Twitter, Twitter
Tags: langgarpolis

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved