senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

18 Tempat Menarik Di Hatyai Thailand Paling Popular

Nora by Nora
July 28, 2023
in Travel
18 Tempat Menarik Di Hatyai Thailand Paling Popular
30
SHARES
3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pasar terapung di Hatyai
  • 2. Pasar terbesar di Hatyai
  • 3. Aktiviti elephant riding di Hatyai
  • 4. Pasar malam di Hatyai
  • 5. Muzium menarik di Hatyai
  • 6. Pantai di Hatyai
  • 7. Taman rekreasi di Hat Yai
  • 8. Zoo di Hatyai
  • 9. Taj Mahal di Songkhla
  • 10. Muzium senibina cina di Thailand
  • 11. Pemandangan indah Songkhla Hatyai dari bukit
  • 12. Taman burung di Thailand
  • 13. Kedai cenderamata di Thailand
  • 14. Tempat makan menarik di Hatyai
  • 15. Tempat rekreasi di Hatyai
  • 16. Tempat perlindungan hidupan liar di Songkhla
  • 17. Pusat membeli-belah terbesar di Hatyai
  • 18. Pagoda paling unik di Hatyai

Apa yang menarik di Hat Yai, Thailand? Hat Yai juga dikenali sebagai Had Yai atau Haad Yai ialah sebuah bandar kelima terbesar di selatan Thailand dalam wilayah Songkhla.

Walaupun majoriti penduduk menganut agama Buddha dan terdapat komuniti cina, tapi di Hatyai City juga banyak muslim.

Destinasi ini juga lebih ‘low budget’ berbanding destinasi pelancongan popular lain di Thailand, itulah sebabnya ramai pelancong Malaysia suka datang ke sini.

Sedikit tips ke Hatyai, pastikan anda membuat tempahan awal untuk tiket train to hatyai dan beli pada waktu promosi sebab lebih jimat tau! 

Salah satu tarikan utama Songkhla Hatyai ialah floating market hatyai dan pantai Hatyai. Jadi, apa lagi? Jom bercuti di Hatyai Thailand!

Senarai 18 Tempat Menarik Di Hatyai Thailand

Khlong Hae Floating Market

1 Pasar terapung di Hatyai

Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: N/A

ADVERTISEMENT
pasar terapung di hatyai thailand

Hatyai ni memang syurga makanan yang penuh dengan pelbagai pilihan unik! Jadi, jangan lupa jejakkan kaki ke Pasar Terapung Khlong Hae.

Menariknya lagi, anda akan melihat penjual-penjual dalam sampan di tepi sungai. Tak susah pun nak beli makanan, anda hanya perlu jalan-jalan di tepi jambatan.

Jangan risau, gerai di daratan pun ada. Nak tahu apa yang terlaris kat sini? Minuman-minuman dalam bekas tembikar dan buluh. Unik betul kan?

Waktu buka: Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (4:00 petang – 9:00 malam)

ADVERTISEMENT
Hotel Terdekat

ASEAN Night Bazaar

2 Pasar terbesar di Hatyai

Alamat: 76 Chotevittayakul 3 Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +66987399809

Asean night baazar di hatyai thailand
Kredit gambar: Chew Aeron

Beroperasi dari pukul 4.30 petang hingga 10 malam, pasar dua tingkat ini adalah tempat best di Hatyai, di mana anda boleh mencari makanan dan barangan unik yang jarang ditemui di tempat lain. 

Kedai-kedai di sini menawarkan makanan, cenderahati menarik, pakaian, hiasan dekoratif, dan kraftangan tempatan. 

Antara makanan viral Hatyai yang wajib anda cuba adalah Luk Chup, Nasi Bambu, Puding Kelapa Thai, Pisang Bakar Thai, dan paling popular, Ais Krim Kelapa Thai. 

Hotel Terdekat

Chang Puak Elephant Camp Hat Yai

3 Aktiviti elephant riding di Hatyai

Alamat: 108 Moo.8, km19-Tajeen Rd Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +66822628670

elephant di hatyai
Kredit gambar: Ahmad Arif

Jom sertai pengalaman unik menunggang gajah di Chang Puak Elephant Camp Hat Yai di Thailand! 

Aktiviti elephant riding ini berlangsung selama kira-kira 30 minit, membawa anda meredah sungai dan masuk ke kawasan hutan yang menarik. 

Bagi mereka yang menyertai, anda berpeluang memberi makan gajah dengan makanan yang disediakan. 

Tempat menarik Hatyai ini turut menawarkan aktiviti lain seperti memanah, menaiki ATV, menikmati pertunjukkan gajah yang menarik, dan tentunya, bergambar bersama anak-anak gajah yang comel. 

Hotel Terdekat

Pasar Malam Greenway

4 Pasar malam di Hatyai

Alamat: 1406/4 ถนน กาญจนวณิชย์ Hat Yai, Daerah Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand. 

Hubungi: N/A

pasar di hatyai thailand
Kredit gambar: Anan Nawakitbumrung

Terkenal di Hatyai, pasar malam ini menjual pelbagai barangan termasuk pakaian, makanan, cenderamata, buku dan banyak lagi. Pasti rasa tak sabar nak shopping kan? 

BACA JUGA  18 Jenis Jantina di Thailand Yang Jarang Dikenali

Di sini, pilihan makanan juga sangat banyak sehingga 1000 menu. Ada snek tempatan, hidangan Thai asli, sampai makanan antarabangsa, semuanya ada! 

Boleh pilih sahaja mana-mana yang nak makan dan yang paling penting pastikan semuanya halal ya. Kalau rasa harga mahal, jangan malu untuk tawar menawar! 

Waktu buka: 5:00 petang – 12:00 tengah malam (Rabu hingga Ahad)

Hotel Terdekat

Magic Eye 3D Museum

5 Muzium menarik di Hatyai

Alamat: 414 Kanjanavanich Rd, Hatyai, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +6674211444

magic eye 3d museum di thailand

Ada lagi masa extra di Hatyai City? Apa kata anda singgah Magic Eye 3D Museum?

Dipenuhi dengan pelbagai lukisan 3D, muzium seni optik ini akan membuatkan mata anda tertipu.

Bolehlah anda mengambil pelbagai gambar kreatif dengan pelbagai gaya, aksi dan menjadi sebahagian lukisan itu sendiri. Memang seronok!

Bukan itu sahaja, terdapat pameran interaktif dan menghiburkan juga tau! 

Hotel Terdekat

Samila Beach

6 Pantai di Hatyai

Alamat: Songkhla, Thailand

Hubungi: N/A

samila beach hatyai
Kredit gambar: Alongkorn Kiatdilokrath

Sini ada pantai yang memang popular di Songkhla iaitu Pantai Samila. Waktu petang suasananya memang riuh rendah dan meriah.

Dari sini, anda boleh melihat pemandangan unik Pulau Kucing dan Pulau Tikus serta ‘The Golden Mermaid’! Patung ikan duyung ini dipercayai membawa kekayaan untuk rakyat Songkhla. 

Menariknya, tempat ini sesuai untuk percutian tepi pantai di Hat Yai. Tak perlu risau tentang penginapan, kerana banyak pilihan tersedia, dari hotel mewah hingga hotel bajet Hatyai.

Datanglah waktu petang sekitar pukul 6, dapatlah gambar sunset dengan Mermaid tu, confirm cantik!

Hotel Terdekat

Song Thale Park

7 Taman rekreasi di Hat Yai

Alamat: Tambon Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hubungi: N/A

tempat menarik di hatyai songkhla
Kredit gambar: Bank Choomanee

Tempat menarik Hatyai ini menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk aktiviti riadah pada waktu petang. 

Tahu tak, salah satu tarikan utama di sini ialah ‘Nag’. Sebuah binaan berbentuk naga yang menghadap Tasik Songkhla. Nag ini juga seperti mengeluarkan air. Unik kan? 

Tapi sebenarnya ‘Nag’ itu ialah seekor ular berkepala naga. Penduduk tempatan percaya ‘Nag’ ini mengeluarkan ‘air suci’ yang membawa kesihatan, kebahagiaan dan kesuburan untuk Songkhla. 

Hotel Terdekat

Songkhla Zoo

8 Zoo di Hatyai

Alamat: 189 หมู่ที่ 5 ถนน สงขลา-นาทวี Khao Rup Chang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hubungi: +6674598555

zoo di hatyai thailand
Kredit gambar: Thanon Ampunsang

Kalau anda bercuti bersama keluarga di Hatyai, bawa anak kecil anda ke Zoo Shangkhla.

Lepas bayar tiket, anda akan diberi peta zoo yang menunjukkan masa pertunjukan dan lokasi setiap haiwan.Terdapat juga pertunjukan Seal Show and Penguin Parade, Survival of Wildlife dan Feeding Tiger.

Zoo ini juga berkonsep terbuka, jadi anda boleh pandu kereta masuk zoo dan melihat sendiri beberapa spesies haiwan yang bebas berkeliaran.

Hotel Terdekat

Central Mosque of Songkhla Province

9 Taj Mahal di Songkhla

Alamat: 352 หมู่ที่ Lopburi Ramesuan Rd, Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +6674305300

masjid cantik di thailand

Masjid Besar Wilayah Songkhla ini sering dikunjungi oleh para pelancong dari Malaysia yang ingin melihat dan mengagumi keindahan senibinanya. 

Terdiri daripada tiga tingkat, di mana tingkat bawah untuk letak kenderaan, tengah untuk program agama, dan tingkat atas untuk ruang solat utama. 

Masjid terbesar di Songkhla ini seakan-akan Masjid Taj Mahal dan ada kolam besar yang cantik di hadapannya. Memang terasa kagum melihat masjid ini!

Hotel Terdekat

Songkhla National Museum

10 Muzium senibina cina di Thailand

Alamat: 6H2Q+WCM road Wichian Chom – Rong Mueang Alley Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hubungi: +6674311728

muzium menarik di hatyai
Kredit gambar: Yugo Tham

Jom explore satu lagi tempat menarik di Hatyai – Muzium Songkhla! Tempat menarik Hatyai ini mempunyai konsep senibina Cina yang menarik.

BACA JUGA  F&N: Kenapa Keuntungan Jatuh 38% Di Thailand?

Pada awalnya, bangunan ini merupakan rumah agam pemerintah Songkhla, dan kemudian digunakan oleh pegawai pentadbiran atasan. 

Pada tahun 1953, ia diubahsuai menjadi muzium dan mempamerkan artifak, arkeologi tempatan, sejarah, serta seni budaya rakyat Songkhla. 

Pengunjung juga boleh melawat beberapa muzium lain seperti Princess Maha Chakri Sirindhorn Natural History Museum dan Phathammarong Museum.

Hotel Terdekat

Tangkuan Hill

11 Pemandangan indah Songkhla Hatyai dari bukit

Alamat: 1 3 Sukhum Rd, Tambon Bo Yang, Mueang Songkhla District, Songkhla 90000, Thailand

Hubungi: +66 7431 6330

bukit menarik di hatyai thailand
Kredit gambar: chatchai saengchuwong

Kalau nak melatih kaki, panjatlah 145 anak tangga ke puncak Bukit Tang Kuan untuk pemandangan indah Songkhla dan panorama pulau-pulau di sekeliling. 

Lokasinya berdekatan dengan Pantai Samila. Naik bas mini merah atau TukTuk untuk sampai ke sini. 

Pemandangan di atas bukit memang menakjubkan dan ini antara cara terbaik untuk lihat panorama di bandar ini. 

Hotel Terdekat

Thale Noi Waterbird Sanctuary

12 Taman burung di Thailand

Alamat: Phanang Tung, Khuan Khanun District, Phatthalung 93150, Thailand

Hubungi: N/A

taman burung di Thailand
Kredit gambar: Jiranchai Kasem

Jom ke Thale Noi Waterbird Sanctuary di Hat Yai, Thailand! Tempat tersembunyi ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi.

Anda akan terpesona dengan keindahan tanah lembap air tawar terbesar di Thailand ini dan melihat beberapa spesies burung yang jarang ditemui. 

taman burung menarik di thailand
Kredit gambar: lew cher yong

Duduklah di tengah kehijauan yang subur dan dengarkan bunyi kicauan burung yang menenangkan. Jangan lepaskan peluang untuk memerhati lebih 200 spesies burung air.

Tempat ini dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang, dan lawatan bot turut disediakan untuk menerokai kawasan ini. 

Tersedia juga denai alam semula jadi yang boleh anda jelajahi dengan berjalan kaki. Bagi penginapan, terdapat banyak pilihan resort, hotel, dan homestay berdekatan. 

Hotel Terdekat

Thanyada Village Souvenir Shop

13 Kedai cenderamata di Thailand

Alamat: 36 36/1 Pracharak Road, Hat Yai Subdistrict, Hat Yai District, Songkhla 90110

Hubungi: +66869644774

tempat cenderamata murah dan menarik di hatyai

Jom singgah di Thanyada Village Souvenir Shop jika anda ingin membeli cenderahati semasa melancong. 

Di sini, anda boleh membeli pelbagai barangan menarik seperti t-shirt, beg, keychain, madu, postkad dan banyak lagi.

Menariknya, di kedai tepi jalan jarang jumpa kad pos dijual, jadi Thanyada Village adalah tempat yang sesuai untuk membelinya. Di hadapan kedai ini juga ada sebuah cafe.

Hotel Terdekat

Khlong Hae Halal Seafood Buffet

14 Tempat makan menarik di Hatyai

Alamat: 85 11 Lopburi Ramesuan Rd, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +66881834422

tempat makan menarik di hatyai

Jika anda pertama kali melawat Hatyai, antara lokasi tempat makan halal yang patut anda singgah ialah Khlong Hae Halal Seafood Buffet. 

Di sini, anda dapat menikmati hidangan seafood buffet dengan harga berpatutan, iaitu 299 baht (RM 40) untuk dewasa. 

Buffet ini sangat berbaloi dengan pelbagai pilihan hidangan seafood, termasuklah udang segar yang besar-besar dan menu makanan lain yang lazat. 

Selain kedai makan halal ini, anda boleh mencuba pulut ayam goreng di Kaitod Meena, nikmati sarapan pagi di Dimsum Chabura yang popular dalam kalangan pelancong Malaysia, dan Lee Gardens Night Market yang berada di hadapan Lee Gardens Plaza.

Hotel Terdekat

Hatyai City Municipal Park

15 Tempat rekreasi di Hatyai

Alamat: Kanjanavanich Rd, Tambon Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +6674211898

kereta kabel best & menarik di Hatyai
Kredit gambar: Beng Keat Low

Taman Perbandaran Hatyai City, juga dikenali sebagai Hatyai City Municipal Park, merupakan tempat menarik yang boleh dilawati di Hatyai, Songkhla. 

Tempat ini menawarkan pelbagai tarikan menarik untuk pengunjung dari pelbagai peringkat umur. Salah satunya ialah pavilion di tengah-tengah kolam yang dikelilingi kehijauan.

BACA JUGA  Bibir 'Tanduk Kerbau' Trend Kegilaan Gadis Thailand

Di sini, terdapat taman permainan, meja berkelah, menara jam gergasi dan patung gajah gergasi. Pengunjung juga boleh berehat, berjalan-jalan santai, berbasikal atau mendaki. 

Jangan lepaskan peluang naik kereta kabel yang bawa korang ke puncak bukit, sebab view panorama Hat Yai dari situ memang cantik!

Hotel Terdekat

Ton Nga Chang Wildlife Sanctuary

16 Tempat perlindungan hidupan liar di Songkhla

Alamat: Tambon Wang Tong, Amphoe Sadao, Chang Wat Songkhla 90240, Thailand

Hubungi: +6674894804

air terjun menarik di Hatyai Thailand
Kredit gambar: Blue Thailand

Jom terokai alam semula jadi di Santuari Hidupan Liar Ton Nga Chang! Tempat ni memang indah dan akan disukai pencinta alam. 

Dari Hatyai City, nak ke sini ambil masa dalam 40 minit je kalau naik teksi, kereta atau motosikal. 

Di sini, ada air terjun cantik, gunung berhutan yang best untuk hiking, dan kolam yang memang seronok untuk berendam. 

Bila habis seharian berjalan panas-panas di bandar, bolehlah datang sini! Lihat pemandangan alam hijau tu memang boleh hilangkan stress! 

Hotel Terdekat

Central Festival Mall

17 Pusat membeli-belah terbesar di Hatyai

Alamat: 1518 Kanjanavanich Rd, Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +6674801555

central mall menarik di hatyai thailand
Kredit gambar: Central Hatyai เซ็นทรัล หาดใหญ่

Kalau suka beli-belah, tempat ini memang wajib ada dalam senarai destinasi Hatyai anda! Luasnya kira-kira 250,000 meter persegi dan menempatkan lebih 250 kedai, memang boleh lepak lama-lama.

Nak cari barangan berjenama, restoran mewah, spa untuk santai, atau nak main ice skating, arked permainan, bowling, atau tonton wayang 3D Imax, semuanya ada. 

Tapi kalau bajet shopping terhad, anda boleh ke Kim Yong Market atau Santisuk Market untuk tawar-menawar harga yang berpatutan.

Jangan lupa ke Foodcourt di tingkat 4 & 5 untuk cuba pelbagai makanan tempatan yang sedap seperti mee Thai, bubur nasi, dan lain-lain.

Hotel Terdekat

Phra Maha Chedi Tripob Trimongkol (Steel Pagoda)

18 Pagoda paling unik di Hatyai

Alamat: Kho Hong, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

Hubungi: +66816788809

Di Songkhala Hatyai, terdapat satu pagoda yang menarik dikenali sebagai Steel Pagoda. 

Uniknya, pagoda ini dibina dari besi tahan karat dan dikelilingi dengan loceng dan gong. Pada waktu senja, lampu-lampu di pagoda ini akan menyala dan menerangi pagoda tersebut.

Jangan lupa ambil gambar cantik-cantik untuk kenangan ya!

Hotel Terdekat

Masa Terbaik untuk Melawat Hat Yai, Thailand

Eh, korang tahu tak bulan terbaik untuk jalan-jalan ke Hat Yai? Jawapannya bulan Januari, Februari, Mac, November, dan juga Disember.

Cuaca pada bulan Februari dan Mac memang sangat baik, tak panas sangat.

Bagaimana untuk pergi ke Hat Yai, Thailand

Melalui Udara: Anda boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai.

Terdapat beberapa pilihan syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan dari KL ke Hat Yai, seperti AirAsia dan Malaysia Airlines.

Dengan Kereta Api: Dari Kuala Lumpur, anda boleh ke stesen KL sentral dan menggunakan ETS ke Padang Besar. Penduduk Pulau Pinang pula boleh mengambil ETS di Stesen Tasek Gelugor dan berhenti di Stesen Padang Besar.

Anda boleh melakukan tempahan tiket kereta api dari Malaysia ke Thailand dengan mudah melalui pautan ini:  https://online.ktmb.com.my/

Selepas tiba di stesen kereta api Padang Besar, Perlis, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah ke kaunter imigresen untuk proses pemeriksaan pasport dan visa sebelum ke sempadan Thailand. 

Kemudian, anda akan perlu berjalan kaki selama lima minit ke stesen kereta api Thailand untuk membeli tiket kereta api SRT menuju ke Hat Yai atau Bangkok. 

Anda juga boleh membuat tempahan tiket di laman web: https://www.busonlineticket.com/

@khairulaming

Dari pagi sampai malam tak berhenti makan dekat Hat Yai ni. Sedap and murah makanan kat sana 😭😭 Siapa sini dah pernah pergi? cuba share tempat favourite korang #CutiCutiTikTok #makanlokal #foodfestontiktok

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
Tags: hatyaisongkhla hatyaitempat menarik hatyaithailand

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved