senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Filem

“Weh ada lipas!’ – Netizen Tak Boleh Fokus Daiyan Trisha Ulas Isu Filem Sumpahan Jerunei Sebab Lipas

Adinna by Adinna
August 4, 2023
in Filem, Hiburan
“Weh ada lipas!’ – Netizen Tak Boleh Fokus Daiyan Trisha Ulas Isu Filem Sumpahan Jerunei Sebab Lipas
7
SHARES
683
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Korang dah tengok ke filem Sumpahan Jerunei? Ramai yang komen kata jalan cerita menarik tapi CGI kurang memuaskan.

Sumpahan Jerunei berkisarkan tentang adat bersejarah pengebumian bangsawan Melanau di Sarawak yang berkait dengan elemen mistik.

Dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Bront Palarae, Uqasha Senrose, Syafie Naswip, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Tony Eusoff dan Ruminah Sidek. 

Pihak produksi filem Sumpahan Jerunei ada mengeluarkan beberapa komen balas mengenai CGI filem ini tapi video penjelasan daripada Daiyan mendapat perhatian ramai.

Video TikTok Daiyan tersebut telah mendapat hampir 600 ribu tontonan dan lebih 1200 komen mencari lipas setakat ini tau. 

@daiyantrisha22

long story short basically we got screwed over by a white man #sumpahanjerunei 👻

♬ original sound – Daiyan Trisha – Daiyan Trisha

Daiyan Trisha VS Lipas!

Menerusi video berdurasi 4.07 saat tersebut, Daiyan menjelaskan tentang isu CGI dan cabaran membawa watak dalam filem Sumpahan Jerunei.

Tapi, ramai tak boleh fokus dengan penjelasan Daiyan sebab mereka mula fokus dengan seekor lipas besar di sebelah Daiyan.

ADVERTISEMENT

Sebelum kita kongsi tentang lipas dalam kereta Daiyan, korang tau tak rupanya orang yang bertanggungjawab melakukan CGI filem ini bawa diri dan balik ke Amerika Syarikat tanpa siapkan kerja. 

Tambah Daiyan, pihak produksi dah bayar Pengarah CGI tersebut tapi lelaki itu ambil keputusan untuk berhenti buat kerja separuh jalan dan terus chow.

Daiyan sendiri mengaku dia tak puas hati dengan CGI filem ini dan sedih sebab rasa hasil kerja Daiyan tidak cukup baik. 

ADVERTISEMENT

Haa pada minit ke 2.38 saat, baru nampak kelibat seekor lipas besar berjalan di bahagian atas seatbelt Daiyan semasa dia terangkan tentang isu saman Pengarah CGI tersebut.

BACA JUGA  "Cium Hajar Aswad Haram..." - Dr Zul Ulas Hukum Hafiz Mahamad Bersesak Demi Team Di Tanah Suci

Meninjau di bahagian komen, ramai kata mereka lebih fokus nak cari lipas yang sibuk nak masuk video untuk tumpang popularity Daiyan. 

Ada juga yang komen bertanya lipas itu CGI juga ke? Adoi, macam-macam korang ni tau. 

Menarik lagi, Daiyan juga sempat komen menjelaskan dia sendiri tak nampak pun ada lipas dalam video tersebut dan minta semua pergi tengok filem lakonannya itu. 

Ini beberapa komen lipas yang mendapat perhatian kami. Kelakar ya sebenarnya netizen Malaysia!

Cara Halau Lipas Dalam Kereta

Untuk Daiyan Trisha dan korang yang mungkin ada masalah lipas dalam kereta, jom kami kongsikan tips mudah halau lipas. 

Pertama sekali korang boleh guna semburkan air sabun di kawasan atau bahagian yang sering lipas kumpul seperti bawah kerusi.

Cara ini antara kaedah yang lebih selamat untuk menggantikan bahan kimia bersifat racun jika anda ada anak kecil.

Kalau korang berani, air sabun korang bancuh itu boleh juga disembur terus ke arah kepala dan perut lipas.

Tips kedua, korang boleh guna botol kosong untuk membuat perangkap dengan hanya potong bahagian atas botol sebelum masukkan campuran bancuhan minyak dan mentega.

Tapi kalau nak guna cari perangkap ini, pastikan korang buang botol bila dah habis tangkap lipas sebab risau bersemut pula nanti. 

Cara ketiga, korang ambil beberapa helai daun pandan dan buat simpulan kecil sebelum diletakkan dalam kereta. Lagi banyak lagi bagus!

Akhir sekali, korang boleh cuba pakai produk semburan yang berasaskan serai wangi di pasaran.

Cara guna pun senang dan selamat sebab semburan serai wangi tidak mengandungi bahan kimia beracun. 

Semoga tips daripada kami ini bermanfaat!

Source :
mstar, hello doktor, tiktok daiyan
BACA JUGA  "Ada Benda Yang Buat Anak Saya Berpusing 360" - Abby Rasa Aslam Tak Mampu Berpoligami

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved