senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Puncak Alam 2023 (Lepak & Makan)

Nora by Nora
August 4, 2023
in Travel
16 Tempat Menarik Di Puncak Alam 2023 (Lepak & Makan)
184
SHARES
18.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Cafe menarik untuk lepak di Puncak Alam
  • 2. Cafe dengan menu Korea dan kek sedap di Puncak Alam
  • 3. Tempat makan dengan menu Timur Tengah
  • 4. Tempat makan menu Thai
  • 5. Kedai makan berhampiran Masjid Puncak Alam
  • 6. Tempat makan mamak style di Puncak Alam
  • 7. Kedai makan menu barat, Pakistan dan Arab di Puncak Alam
  • 8. Kedai makan menu kampung di Puncak Alam
  • 9. Kedai makan indian muslim di Puncak Alam
  • 10. Cafe Puncak Alam yang menarik dan cantik untuk bergambar
  • 11. Kedai makan seafood di Puncak Alam
  • 12. Makanan thai di Puncak Alam
  • 13. Tempat makan konsep hipster di Puncak Alam
  • 14. Tempat makan tengah hari dan malam di Puncak Alam
  • 15. Tempat makan menarik untuk instagram
  • 16. Tempat lepak menarik untuk pelajar di Puncak Alam

Selamat datang ke Puncak Alam, destinasi menarik di Kuala Selangor yang menawarkan pelbagai tempat seronok untuk lepak dan makan-makan! 

Bahkan, bandar ini juga terkenal dengan pemandangan alam yang mempesona, serta pelbagai tarikan menarik yang memikat hati pengunjung. 

Oh ya, jangan risau pasal hotel di Puncak Alam, kerana banyak pilihan hotel dengan bajet rendah. Tapi buat tempahan awal ya!

Apa lagi, jom kami kongsi beberapa pilihan tempat menarik di Puncak Alam waktu malam untuk melepak dan menikmati makanan sedap!

Senarai 16 Tempat Menarik Di Puncak Alam

Andra by Gula Cakery @ Grandeur Labs

1 Cafe menarik untuk lepak di Puncak Alam

Alamat: Eco Grandeur, Lot 6232, B49, Puncak Alam, 42300 Sungai Buloh, Selangor

Hubungi: 0162160977

Kafe ini memang salah satu yang terbaik di Grandeur Lab! Makanan disajikan dengan cantik dan pencuci mulutnya memang sedap.

ADVERTISEMENT

Antara hidangan yang patut dicuba ialah grilled chicken chop, waffle dengan es krim, fish & chips, mango cheesecake dan pavlova coklat.

Apa yang menarik, suasana cafe ini juga chill dan cool, memang best nak lepak dengan rakan.

@zhorifariff

Jom datang lepak dekat sini dengan orang tersayang 😆 #puncakalam #grandeurlabs #portlepak

♬ Sempurna – DENII

Menunya juga campuran makanan klasik Melayu dan Barat, dan harganya memang berbaloi 100%. 

ADVERTISEMENT

Bahkan, tempat ini ideal untuk sambut ‘birthday’ dan majlis istimewa. Bagi peminat pencuci mulut, kafe ini memang wajib dikunjungi!

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

Mizukicakes Cafe

2 Cafe dengan menu Korea dan kek sedap di Puncak Alam

Alamat: 48-2, Jln Eco Grandeur 1/8A, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Hubungi: 0163475987

Kredit gambar: Mizukicakes Cafe

.

Mizukicake Cafe merupakan sebuah kafe yang menarik dan simple. Ia menggabungkan makanan Korea dan kek yang sedap. 

Terdapat ruangan khas yang menampilkan pelbagai kek dengan hiasan comel dan kreatif. 

Antara menu yang dijual ialah carbonara fetuccini, nasi goreng kimchi, strawberry mochi red bean, strawberry burnt cheesecake, dan banyak lagi. 

Dari segi suasana, Mizukicake Cafe mempunyai suasana yang nyaman, luas, dan bersahaja dengan tempat duduk yang selesa. Nak tempah kek untuk birthday pun boleh, tau!

Tempat yang bagus untuk bersantai dengan orang tersayang atau rakan-rakan. Anak muda terutama wanita pasti akan menyukai kafe ini!

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Kampar Untuk Jalan-jalan

Waktu operasi: Rabu – Isnin (12:30 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

Restoran Marhaba Puncak Alam

3 Tempat makan dengan menu Timur Tengah

Alamat: 36, Jalan Niaga Bestari 8, Puncak Bestari, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Hubungi: 03-3393 8692

Kredit gambar: Restoran Marhaba

Terletak di Bandar Puncak Alam, kedai makan yang terkenal dengan menu nasi kandar ini mempunyai ciri mesra keluarga. Harga makanannya juga berpatutan, tau!

Ruangan dalaman kedai makan juga sangat terang-benderang serta mempunyai corak tertentu yang dapat dilihat di seluruh restoran termasuk syiling, dinding, dan lain-lain.

Selain nasi kandar, anda boleh cuba menu kebab, naan cheese, biryani, kari kambing dan banyak lagi. ‘Portion’ banyak dan sangat sedap!

Jangan lupa cuba menu baru mereka “Roti Pisang Nutella”! 

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 12:00 pagi (Setiap hari)

Hotel Terdekat

Dapur AROI THAI (Puncak Alam)

4 Tempat makan menu Thai

Alamat: 26-G, Jln. Eco Grandeur 1/9A, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Hubungi: 018-989 0075

Kredit gambar: Aroi Thai Puncak Alam

Pengemar tomyum dan masakan Thai, anda wajib singgah dan makan di Dapur Aroi Thai.

Suasana kedai makan ini dikatakan agak mewah ala-ala hotel 4 bintang. Seronok kan? Bolehlah ajak satu keluarga datang ya!

Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung ialah siakap stim limau, tomyam campur, siakap sweet sour, ayam pandan dan banyak lagi.

Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 11 malam)

Hotel Terdekat

Cafe 5 Masjid Puncak Alam

5 Kedai makan berhampiran Masjid Puncak Alam

Alamat: Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor

Hubungi: N/A

Cafe 5 Masjid Puncak Alam menawarkan menu roti canai, chapati, minuman segar dan pelbagai hidangan lain.

Terletak berhampiran Masjid Puncak Alam, jadi pada hari biasa bolehlah singgah untuk sarapan pagi. 

@tpl_bypulutpulut

Hi guys! Malam ahad jom lepak dekat The Portload Isnin nak kerja jadi kita santai jap ambil mood dulu makan pulut-pulut, cendol and fruit soda 🤩🤩 Waze: The Portload by Pulut- Pulut No.7 &7-1, Jalan Hillpark 11/11a, Pusat Perdagangan Hillpark Bandar Hillpark, 42300, Puncak Alam Selangor 4 petang – 11 malam #puncakalamfood #foodieselangor #puncakalam #cafepuncakalam #puncakalamcafe #JomMakan #puncakalamselangor #storydicafe

♬ original sound – TPL BY PULUT PULUT – TPL BY PULUT PULUT

Kalau korang pelajar UITM, jangan lepaskan peluang dapat diskaun 10% dengan hanya menunjukkan kad pelajar kepada staf kafe. Lagi jimat duit kan?

Tapi anda perlu datang awal kerana selalunya makanan di kafe ini cepat habis. 

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 7:00 malam (Setiap Hari)

Hotel Terdekat

Shameed Bistro

6 Tempat makan mamak style di Puncak Alam

Alamat: 11, Jln Alam Sutera 6, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Hubungi: 0182034059

Shameed Bistro, tempat ini memang terbaiklah kalau nak cari makanan harga bajet untuk sarapan pagi dan lunch.

Menu yang anda wajib cuba ialah Roti Sarang Burung dan sudah tentu hidangan Melayu popular termasuk Nasi Lemak dan Nasi Goreng Pattaya. 

Tapi ruang duduk dalaman agak sempit, jadi bolehlah pilih duduk di kawasan luar restoran. Lagi best sambil makan boleh nikmati angin segar kan?

Bukan sahaja hidangan mamak-style, tapi ada juga hidangan Siamese-style. Menarik lagi, hidangan Siamese ni dimasak oleh tuan kedai sendiri tau! 

BACA JUGA  23 Tempat Menarik Di Putrajaya Untuk Jalan-Jalan

Waktu Operasi: 7:30 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)

Hotel Terdekat

Kabaabish Restoran Puncak Alam

7 Kedai makan menu barat, Pakistan dan Arab di Puncak Alam

Alamat: 552, Jln Dataran Suria 15/7, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Hubungi: N/A

Cari tempat lepak dan nak makan masakan Timur Tengah atau Western? Jom ajak ‘member’ singgah Kabaabish Restoran Puncak Alam!

Tempat ni memang terkenal dengan makanan berkualiti, harga berpatutan dan yang paling penting mengenyangkan.

Di sini terdapat Nasi Ayam Mandi, Shawarma, Ayam Kabsa, Kunafa, Daging Kambing Aachari dan banyak lagi.

Suasana di restoran ini pun santai, memang selesa nak lepak dan borak-borak! 

Hotel Terdekat

Restoran D’Niz Patin Oree Puncak Alam

8 Kedai makan menu kampung di Puncak Alam

Alamat: 16, Jalan Dataran Suria 15/7/1, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Hubungi: 0182650784

Nak cuba menu kampung yang sedap? Jom, ajak keluarga datang Restoran D’Niz Patin Oree Puncak Alam, terutama ketika makan tengah hari.

Memang banyak pilihan hidangan, khususnya bagi peminat masakan “Kampung” dan hidangan Melayu. 

Antaranya Ikan Bakar Siakap, Patin Tempoyak dan Pucuk Ubi Tempoyak, dan Sambal Bilis Petai Tempoyak. 

Kalau dah singgah makan, cubalah juga Kerabu Maggi. Dah tak perlu pergi jauh-jauh ke Padang Besar!

Hidangannya juga pelbagai dan pasti memuaskan selera anda.

Hotel Terdekat

Restoran Mamu FZ

9 Kedai makan indian muslim di Puncak Alam

Alamat: 13, Jalan Puncak Alam Jaya 10, Bandar Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Hubungi: 0166643217

Kredit gambar: Jamal Yusufi Abdul Rahman

Restoran Mamu FZ, sebuah kedai makan mamak yang terkenal di Puncak Alam. Antara menu paling popular di sini ialah nasi kandar kuah campur mamu ayam goreng dan kari kambing.

Sebaiknya datang awal kerana kedai makan ini selalu penuh dengan pelanggan tempatan dan kadang-kadang kena beratur lama.

Kredit gambar: Mohd Hafiz

Kalau tak suka manis, elakkan letak sos madu. Menariknya, inilah nasi kandar yang paling murah dalam kawasan KL/Selangor dengan harga tak sampai RM 10.

Hotel Terdekat

The Ink Library Cafe

10 Cafe Puncak Alam yang menarik dan cantik untuk bergambar

Alamat: EcoWorld Gallery@Eco Grandeur, 42300 Puncak Alam 6332, B49, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Hubungi: 03-6038 7989

Kredit gambar: The Ink Library Cafe

The Ink Library Cafe, sebuah kafe di Puncak Alam dengan ‘vibe’ cool, chill dan menyenangkan. Mereka menyajikan hidangan gabungan Barat dan tempatan. 

Interior kafe ini memang cantik dengan kerusi yang comel, muzik yang menenangkan, dan dekorasi yang menarik termasuk buku dan pokok menghijau.

Kredit gambar: The Ink Library Cafe

Bagi yang suka lepak berjam-jam dan berbual santai sambil minum secawan kopi atau makan pencuci mulut, kafe ini memang sesuai. 

Latte Coffee, Iced Mocha, Iced Chocolate dan Americano coffee di sini juga memang terbaik! 

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi -10 malam)

Hotel Terdekat

Let’s Seafood Out Puncak Alam

11 Kedai makan seafood di Puncak Alam

Alamat: 31, Jalan Dataran Suria 15/7/1 Seksyen 15 Bandar Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor

Hubungi: 0176077287

Tempat makan seafood yang menarik di Puncak Alam dengan hiasan dan dekorasi yang unik. 

Antara menu yang dicadangkan ialah Udang Masak Buttermilk, Ketam Masak Sambal, dan Kupang Masak Cili Padi. 

Disyorkan datang pada hari Sabtu selepas waktu makan tengah hari untuk makan-makan bersama keluarga.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Istanbul Yang Wajib Pergi

Kombinasi 4 jenis sos dalam satu set shell out memang menarik dan sedap. Seafood segar dan harga pun berpatutan, tau! 

Waktu operasi: Rabu – Isnin (7 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

Soi 55 Thai Kitchen (Puncak Alam)

12 Makanan thai di Puncak Alam

Alamat: 11/11A, Bandar Hill Park, No 6 & 6-1, Pusat Perdagangan Hillpark, Persiaran Hill Park, Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Hubungi: 0167370555

Berhampiran Forest Park Hillpark, terdapat sebuah restoran yang menawarkan makanan Thai. 

Antara hidangan yang popular ialah steam fish with garlic lime, butter prawn, dan mango spicy somtum serta pad thai.

Walaupun harganya sedikit ‘pricey’, tapi kedai makan ini memberikan servis dan saiz hidangan yang baik serta terdapat juga pilihan set combo. 

Waktu operasi: Setiap hari (12 tengah hari – 9:30 malam)

Hotel Terdekat

99 Founder Cafe Official

13 Tempat makan konsep hipster di Puncak Alam

Alamat: no 34, jalan niaga bestari 1, puncak bestari, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Hubungi: 0166445133

Kredit gambar: Azani Ella

Tempat makan ini nyaman, selesa dan sesuai untuk makan tengah hari dan malam bersama keluarga, terutamanya dengan kanak-kanak.

Di sini, anda boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan, Siamese dan barat. 

Kedai ini terletak di kawasan yang tidak sibuk, jadi anda boleh menikmati hidangan dengan tenang.

Menu yang dicadangkan termasuk Bihun Celup, Choc Caramel, Hazelnut Latte, Nasi Padkapraw, Chicken Chop, dan Macha Chochip. 

Waktu operasi: Setiap hari (2 petang – 11 malam)

Hotel Terdekat

Seteshen@118

14 Tempat makan tengah hari dan malam di Puncak Alam

Alamat: No. 11, Grandeur Labs@Eco Grandeur, B49, Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor

Hubungi: 0147626218

Kredit gambar: Fadzil Hisham

Tempat terbaik untuk berjumpa dengan rakan atau untuk urusan perniagaan. Menawarkan beberapa pilihan tempat duduk seperti sofa, bangku dan beberapa meja di luar cafe.

Makanan juga disajikan dalam pinggan-pinggan klasik yang memberikan sentuhan unik dan kopi yang disajikan juga menarik dan cantik dipandang.

Kredit gambar: Mohd Akhili Salamat

Kredit gambar: Alf Azm

Menawarkan set hidangan utama dan jangan lupa cuba Nyonya Curry Laksa dan Iced Latte!

Tempat ini memang bagus, makanan sedap, suasana nyaman, dan lagu-lagu yang dipilih juga sangat ‘up-to-date’.

Suasana keseluruhan dalam cafe ini sangat cantik dan juga ‘Instagram-worthy’.

Hotel Terdekat

Hardcover Cafe 

15 Tempat makan menarik untuk instagram

Alamat: Eco Granduer, Hardcover Cafe, 30-G, Jln Eco Grandeur 1/8A, Puncak Alam, 42300 Kuala Selangor, Selangor

Hubungi: N/A

Hardcover Cafe, kafe yang nyaman dan selesa untuk bersantai bersama orang tersayang. 

Suasana juga tenang dan mempunyai elemen kampung dengan tangga kayu serta hiasan kafe yang cantik.

Anda harus memesan hidangan seperti Creamy Cajun Prawn Pasta, Aglio Olio, atau Spicy Duck Spaghetti.

Waktu operasi kafe ini dari pukul 12 tengah hari hingga 10 malam. 

Hotel Terdekat

Richiamo Coffee 

16 Tempat lepak menarik untuk pelajar di Puncak Alam

Alamat: Kompleks At-Tijarah, MSL 2, UiTM Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam

Hubungi: 01159487070

Terletak di UITM Puncak Alam, kafe ini menawarkan makanan gabungan Asia dan beberapa menu ringan untuk minum petang atau pelajar yang ingin lepak bersama rakan mereka. 

Antaranya ialah cappuccino, spaghetti carbonara, spaghetti aglio olio dan banyak lagi.

Tempat makan menarik di Puncak Alam dengan tema hitam ini menjadi destinasi kegemaran pelajar dan salah satu tempat lepak terbaik di UITM. 

Nikmati makanan yang sedap dan tempat duduk yang selesa di sini. Berdekatan kafe ini juga terdapat kemudahan ATM, tandas, dan surau. 

Hotel Terdekat
4/5 - (15 votes)
Tags: Kuala Selangorpuncak alamSelangortempat menarik di puncak alam

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    414 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    137 shares
    Share 55 Tweet 34
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    253 shares
    Share 101 Tweet 63
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    115 shares
    Share 46 Tweet 29
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    224 shares
    Share 90 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved