senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Untuk Company Trip Di Malaysia 2023

Nora by Nora
August 15, 2023
in Travel
15 Tempat Menarik Untuk Company Trip Di Malaysia 2023
32
SHARES
3.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Housebot di Malaysia untuk trip berkumpulan
  • 2. Pulau cantik untuk company trip di Terengganu
  • 3. Pulau dengan hidupan bawah laut cantik
  • 4. Tempat sejuk untuk company trip
  • 5. Resort dengan aktiviti outdoor menarik untuk team building
  • 6. Penginapan tepi pantai untuk company trip
  • 7. Villa dengan view indah untuk company trip 
  • 8. Resort menarik untuk company trip di Malaysia
  • 9. Homestay menarik di Melaka untuk company trip
  • 10. Taman tema pertama di Asia 
  • 11. Tempat popular di Malaysia untuk company trip
  • 12. Percutian company trip di Perak
  • 13. Tempat menyeronokkan untuk company trip
  • 14. Company trip menarik di Sabah
  • 15. Resort cantik di tengah hutan

Cuti hujung tahun semakin hampir, adakah anda sedang mencari destinasi menarik untuk ‘company trip’ di Malaysia? 

Jangan risau, kami ada beberapa cadangan tempat yang sesuai untuk company trip. 

Selain sebagai ‘reward’ kepada staff, ia juga boleh memperkukuhkan hubungan sesama rakan sekerja, meningkatkan semangat berpasukan dan memberikan impak positif kepada syarikat.

Kini, dengan pelbagai ‘company trip package’ yang menarik, anda boleh memilih mana-mana pakej percutian yang sesuai mengikut keperluan, bajet dan matlamat syarikat.

Sama ada ingin bersantai di tengah-tengah alam semulajadi atau terlibat dalam aktiviti team building outdoor. Jom lihat ‘company trip ideas’ yang terbaik untuk syarikat anda.

Senarai Tempat Menarik Untuk Company Trip

Tasik Kenyir

1 Housebot di Malaysia untuk trip berkumpulan

Alamat: Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia

Hubungi: N/A

ADVERTISEMENT
tasik kenyir company trip ideas

Tasik Kenyir, tarikan popular di Terengganu yang menawarkan keindahan semula jadi dan ketenangan serta sesuai untuk ‘day trip’ bersama keluarga, rakan atau syarikat. 

Apa yang membuatnya begitu istimewa? Dicipta pada tahun 1985, Tasik Kenyir bukan sahaja tasik terbesar di Malaysia, tapi juga tasik buatan terbesar di Asia Tenggara.

@warungacu

Explore Tasik Kenyir bersama team Warung Acu #companytrip #fyp #fypage #fypdongggggggg #warungacu #tasikkenyir #kenyirlake

♬ Epic Music(842228) – Pavel

Anda dan rakan sekerja boleh bermalam di ‘floating house’, memancing, bbq, mengambil gambar menarik, pergi ke santuari kelah / taman orkid / taman rama-rama, mandi manda di air terjun Saok, dan menyelusuri bot sekitar Tasik Kenyir.

ADVERTISEMENT

Bagaimana cara terbaik untuk tiba di Tasik Kenyir? Terdapat dua jeti, iaitu Pengkalan Gawi (jeti utama) dan Jeti Jenagor (pilihan popular untuk house bot). 

Aktiviti Di Terengganu
Resort Terdekat

Pulau Perhentian

2 Pulau cantik untuk company trip di Terengganu

Alamat: Pulau perhentian, Terengganu, Malaysia

Hubungi:N/A

Pulau Perhentian, salah satu pulau tercantik di Malaysia dan terkenal di kalangan penduduk tempatan serta pelancong luar.

Snorkeling adalah aktiviti utama di Pulau Perhentian, membolehkan anda dan rakan sekerja menyelami dunia bawah laut yang menakjubkan. 

Selain itu, ‘relax’ di tepi pantai, mandi di laut, dan hiking ke kincir angin untuk pemandangan cantik adalah aktiviti menarik yang boleh dilakukan. 

Masa terbaik untuk mengunjungi Pulau Perhentian adalah dari Mac hingga Oktober, apabila cuaca panas dan hujan sesekali memberi keadaan percutian yang ideal. 

@undiyana

Replying to @amandaceelyn sisss Perhentian is a gem 💎 #pulauperhentian #perhentian #pulau #traveltiktok #fyp

♬ Barça – .

Cara ke Pulau Perhentian adalah mendarat di Lapangan Terbang Kota Bharu / Lapangan Terbang Kuala Terengganu ke Jeti Besut. 

Jika membawa kereta, anda boleh menaiki Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan parking di Jeti Kuala Besut sebelum meneruskan perjalanan dengan bot.

Aktiviti Di Terengganu
Hotel Terdekat

Pulau Redang, Terengganu

3 Pulau dengan hidupan bawah laut cantik

Alamat: Pulau Redang, Terengganu, Malaysia

BACA JUGA  17 Hotel Dengan Swimming Pool Terbaik Di Malaysia 2024

Hubungi: N/A

Kenapa pulau ini menjadi pilihan hebat untuk trip syarikat anda? Seperti Pulau Perhentian, pulau ini terkenal dengan pantai berpasir putih dan kehidupan bawah laut yang memukau.

Pulau tercantik di pantai timur Malaysia ini mempunyai pelbagai kemudahan sukan air, seperti berenang, snorkeling, scuba diving, dan jungle trekking serta sesuai untuk honeymoon.

@qimanna2

Episod 1 Terengganu. Senang korang book je dgn @AG HOLIDAY #qimanna #holidayvibes #holiday #beach #travel #vacation #staycation #snorkeling #pulauredang #island #terengganu #makanmakan

♬ Sisa Rasa – Mahalini

Masa yang sesuai untuk lawatan adalah dari Mac hingga Oktober dan elakkan musim monsun dari November hingga Februari berikutan ombak dan cuaca buruk. 

Banyak resort menawarkan pakej percutian lengkap, termasuk tiket bot pergi-balik dari Jeti Syahbandar atau Jeti Merang. Dapatkan tiket harga promosi di bawah!

Tiket Bot Jeti Merang
Hotel Terdekat

Cameron Highlands, Pahang

4 Tempat sejuk untuk company trip

Alamat: Cameron Highland, Pahang

Hubungi: N/A

Cameron Highlands menawarkan peluang unik untuk merehatkan diri daripada kepenatan bandar dan ideal untuk company trip serta tempat percutian keluarga. 

Kawasan pegunungan ini terkenal dengan udara segar dan pemandangan hijau yang menenangkan. Anda dan pasukan boleh mengunjungi ladang teh, ladang strawberi dan Cactus Valley yang menarik. 

Satu lagi ‘hidden gem’ di sini ialah Mossy Forest, hutan pelik dengan kabus misteri dan indah di Gunung Brinchang. 

@latte.javachip

Episode 2 | 5 Tempat menarik di Cameron Highland 🫰🏻 #cameronhighland #fyp #healing

♬ original sound – 😻😻.

Hiking di Mossy Forest akan memberi pengalaman yang bermakna dan memperkukuh hubungan antara rakan sekerja.

Jika anda mencari destinasi untuk company trip, Cameron Highlands tidak akan mengecewakan! 

Aktiviti Di Cameron Highland
Resort Terdekat

Tadom Hill Resort

5 Resort dengan aktiviti outdoor menarik untuk team building

Alamat: 2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Phone: 012-522 5908

aktiviti team building outdoor

Tadom Hill Resort adalah destinasi ideal untuk percutian syarikat yang menawarkan ketenangan di tengah-tengah hutan. 

Selain itu, resort di Selangor ini menawarkan pelbagai aktiviti pembinaan pasukan yang menyeronokkan dan menggalakkan kerjasama.

@aliamaarof

Replying to @Hana Ni budget staycation kitorg 😍 Murah and berbaloi ! Best sgt tempat ni

♬ original sound – Liyaa – Liyaa

Sebagai contoh, aktiviti outdoor seperti flying fox, memanah, atv ride, abseiling, dan bamboo rafting pasti akan membantu mengeratkan hubungan dalam pasukan anda.

Selepas seharian beraktiviti, berehatlah di resort yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi. 

Selanjutnya Di Klook
Selanjutnya Di Agoda

DoubleTree Hilton Lumut

6 Penginapan tepi pantai untuk company trip

Alamat: Jalan Damai Laut, Manjung, 32200 Lumut, Perak

Hubungi: 05-684 3333

Hotel berhadapan pantai ini sangat sesuai untuk percutian keluarga, percutian romantis hujung minggu dan company trip pada hujung tahun. 

Pekerja syarikat dapat berehat dan bersantai di tepi pantai, duduk di kabana pantai percuma, berkayak, bermain golf, bola tampar, tenis, bola keranjang, berbasikal, menerima urutan di spa atau berenang di kolam renang. 

@arvia.av

Day 1 – 📍Doubletree by Hilton Dakai Laut Resort, Lumut Perak #lumut #perak #beach #resort #beachvibes #pantai #hilton #fyp #foryou #vacation #companytrip #familyday

♬ DJ Rembulan Malam – DJ Remix Troopers

Restoran di hotel tepi pantai ini juga menyajikan masakan Malaysia dan masakan China. 

BACA JUGA  Rakyat Malaysia Antara Negara Teratas Di Dunia Yang Kerap Berhubungan Intim

Nikmati suasana tenang dan gunakan peluang ini untuk menjalankan aktiviti team building bersama rakan sekerja!

Ulasan pengunjung:

“Hotel mesra kanak-kanak. Hotel yang bagus menghadap laut. Kakitangannya peramah…” - NAmi225
Selanjutnya Di Agoda

The Waterway Villa, Bentong, Malaysia

7 Villa dengan view indah untuk company trip 

Alamat : PT 21564, Batu 7, Jalan Kuala Lumpur Lama, 28750, Bentong, Pahang

Hubungi: 03-7890 6071

Hanya sejam dari Kuala Lumpur, The Waterway Villa salah satu tempat team building terbaik di Malaysia dan juga sesuai untuk percutian keluarga / santai / romantis / hujung minggu. 

Terletak di tengah-tengah bukit di hutan hujan Bentong, penginapan menarik ini terdiri daripada sekumpulan vila dengan pelbagai reka bentuk dan berinspirasikan alam semula jadi. 

Pengunjung juga boleh memilih antara 3 villa yang unik dan cantik bergantung saiz kumpulan iaitu Suite Vila Batu, Vila Kaca, atau Vila Buluh. 

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang company trip ialah paintball, ATV, memanah, meredah hutan, tiub sungai, snuker dan banyak lagi. 

Ulasan pengunjung: 

“Pemandangan gunung dari Hill Villa sangat menakjubkan dan menyegarkan. Saya sangat mengesyorkan tempat ini jika anda ingin melarikan diri dari bandar untuk berehat..” - Alice Lieu
Selanjutnya Di Klook
Selanjutnya Di Agoda

Club Med Cherating

8 Resort menarik untuk company trip di Malaysia

Alamat: Hvom 29th miles Jalan Kuantan -Kemaman Pahang Darul Makmur, Jalan Kuantan Sungai Lembing, 26080 Kuantan, Pahang

Hubungi: 095819133

Tempat peranginan di Pahang ini sesuai untuk majlis perkahwinan, school trip, percutian keluarga, atau aktiviti korporat seperti mesyuarat / team building / company trip. 

Club Med Cherating menyediakan pelbagai aktiviti menarik, termasuk sukan air dan pilihan pembinaan pasukan yang unik di pantai persendirian. 

@natashaaibrahimm

Escape from the city. 📍Club Med Cherating🐚#vacation #companytrip2022 #clubmedcherating

♬ team – favmusicvibes

Dengan pelbagai kemudahan sukan termasuk flying trapeze, tenis, yoga, kelas kecergasan, gimnasium, memanah, volleyball, bola sepak, dan banyak lagi. 

Anda pasti akan menemui keseronokan yang melibatkan semua rakan sekerja. Jom rancang company trip di resort ini yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dan keselesaan moden! 

Aktiviti Di Kuantan
Selanjutnya Di Agoda

Rimba Hang Kasturi, Melaka

9 Homestay menarik di Melaka untuk company trip

Alamat: 70, Jalan Hang Kasturi, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Hubungi: N/A

homestay di melaka

Terletak di Jalan Hang Kasturi, terdapat sebuah villa peribadi yang dikelilingi oleh alam semula jadi. Sebelum diubah menjadi homestay, bangunan itu sebenarnya merupakan rumah kedai lama.

Penginapan ini berhampiran Jonker Walk dan sesuai untuk trip bersama rakan, keluarga besar atau syarikat.

@nadiafdzl

melaka hidden gem?

♬ sonido original – yo

Selain itu, ia dilengkapi halaman depan menghijau yang besar, kolam renang indoor, bilik mandi suite, 4 bilik tidur, ruang tamu, kemudahan bbq dan dapur berkonsep terbuka.

Rimba Hang Kasturi juga boleh memuatkan sehingga 14 tetamu dalam 1 rumah dengan selesa.

Ulasan pengunjung:

“Keseluruhan tempat yang indah untuk tinggal dengan kumpulan besar. Kami pergi dengan 8 orang. 2 minit berjalan kaki ke jonker street..” - Eddy Ng
Selanjutnya Di Klook
Selanjutnya Di Agoda

Legoland, Johor

10 Taman tema pertama di Asia 

Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Iskandar Puteri, Johor

Hubungi: 075978888

Dibina dengan seni bina terinspirasi dari Lego, Legoland adalah seperti impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan.  

BACA JUGA  23 Hotel Yang Ada Gym Di Malaysia 2024

Di tempat menarik Johor Bharu ini, usia tidak menjadi halangan untuk bergembira! 

Nikmati satu atau dua hari yang penuh kegembiraan melalui aktiviti berkumpulan yang direka khas untuk mengukuhkan hubungan dan kemahiran komunikasi pasukan anda.

@aydenmikaelmy

📍 Legoland Johor Bahru #legoland #vacation #motherhoodlife

♬ Good Time – Owl City & Carly Rae Jepsen

Pakej kumpulan outing dan team building yang disediakan membolehkan anda membina kepercayaan dan kerja berpasukan dengan cara yang bermakna. 

Anda juga berpeluang untuk bermain dalam Legoland Park yang unik dan bermalam di Hotel Legoland yang selesa selepas satu hari yang aktif.

Tiket Legoland
Selanjutnya Di Agoda

Langkawi

11 Tempat popular di Malaysia untuk company trip

Alamat: Langkawi, Kedah, Malaysia

Hubungi: N/A

Langkawi, salah satu destinasi popular di Malaysia untuk percutian korporat dan tempat percutian keluarga yang bermakna. 

Antara tarikan menarik di Langkawi ialah Jambatan Langit Langkawi, Underwater World, dan Eagle Square. Pengunjung boleh bermalam di Park Royal Langkawi Resort.

Di samping melakukan aktiviti bebas seperti mandi tepi pantai, snorkeling dan bermain bola tampar, pengunjung boleh menikmati matahari terbenam semasa pelayaran cruise, menjelajah paya bakau, atau mengagumi keindahan pulau dari kereta kabel.

@khairulaming

Kita tutup kilang Sambal Nyet selama 5 hari untuk bawa kesemua 60 staff bercuti di Langkawi. Kita sediakan hotel 5 bintang, jetski, explore cave, snorkelling, private yacht untuk tgk sunset & duit belanja untuk diaorang shopping. Alhamdulillah semua staff happy ✨🥹

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Melalui aktiviti ini, anda boleh memupuk semangat kerja berpasukan dan semua peserta company trip akan rasa bertenaga, bersemangat, dan ceria sepanjang perjalanan.

Sebelum pulang, boleh membeli-belah coklat di kedai bebas cukai ya!

Aktivti Di Langkawi
Resort Terdekat

Pulau Pangkor, Perak

12 Percutian company trip di Perak

Alamat: Pulau Pangkor, Perak

Hubungi: N/A

Nikmati percutian peribadi di Pulau Pangkor, destinasi santai dengan pemandangan indah dan aktiviti menarik.

Pantai Pasir Bogak dan Teluk Nipah adalah destinasi popular di Pulau Pangkor untuk rehat dan bermain di atas air. 

Selain island hopping, pelbagai aktiviti air menanti anda, termasuk snorkeling, berkayak, dan jet ski. Nikmati makanan tempatan seperti ikan bilis dan hidangan laut segar.

@suriabeachresort

Korang kalau ramai2 nk ke pulau pangkor, kami ada pakej untuk korang, ikut korang lah nk ape, kami list pilihan… antaranya, ✅ Bilik lah en macam biasa ✅ Makan ✅ Aktiviti Pantai spt kayak/snorkeling dll ✅ Karaoke ✅ Memancing ✅ Dewan ✅ Motor Sewa ✅ Tiket Feri ✅ Tongkang bawa motor Xlrt admin type 🤣 korang wasap jela customer service, link kt bio 🤪 #HolidayVibes #fypmalaysia #pulaupangkorperak #traveltiktok #JalanJalanTraveling #travelvlog #travel #peraktravel #pangkortips #resortpulaupangkor #travelmalaysia #MiniVlogTravelling #pangkorisland #malaysia #healingpangkor #pangkor #jalanjalanmalaysia #TikTokTravelTrend #healing

♬ original sound – Suria Beach Resort Pangkor – Suria Beach Resort Pangkor

Seterusnya, terdapat peninggalan sejarah yang menarik seperti Kubu Belanda serta menikmati kecantikan masjid terapung, Masjid Al-Badr Seribu Selawat. 

Ringkasnya, Pulau Pangkor menawarkan pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik untuk perjalanan korporat.

Hotel Terdekat

Genting Highland

13 Tempat menyeronokkan untuk company trip

Alamat: Genting highland

Hubungi: N/A

Jika anda merancang untuk mengadakan company trip, destinasi menarik Genting Highlands patut dipertimbangkan. 

Hanya beberapa jam dari Lembah Klang, ia membolehkan percutian singkat yang berbaloi. 

Genting Highlands bukan sahaja menawarkan pemandangan indah, tapi juga pelbagai tarikan menarik untuk dinikmati. 

@khairulaming

Company retreat untuk staff Sambal Nyet di Genting Highland selama 4H3M 🔥😁

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Salah satu lokasi utama yang wajib dikunjungi ialah Genting Skyworld Theme Park, di mana anda boleh meluangkan masa bersama pasukan dalam persekitaran yang menyeronokkan.

Resort mewah dan hotel murah di Genting turut tersedia bagi anda untuk menginap semalaman.

Aktiviti Di Genting
Hotel Terdekat

Kundasang 

14 Company trip menarik di Sabah

Alamat: Kundasang Sabah

Hubungi: N/A

Apabila merancang percutian syarikat di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk menjelajahi Kundasang Sabah serta destinasi menarik di sekitar Kota Kinabalu. 

Destinasi ini tidak hanya menawarkan pengalaman menarik, tetapi juga memberi peluang untuk mengeratkan hubungan dalam kumpulan anda.

Kundasang menjadi pilihan utama kerana udaranya yang nyaman dan pemandangan yang memukau, termasuk latar belakang Gunung Kinabalu yang menjadi tumpuan pengunjung. 

@ainabeyla

Jalan jalan dalam Malaysia dulu baru travel luar okay 🤍😭 #fyp #travel #kundasang

♬ Kembang Perawan – Gita Gutawa

Antara tempat best yang wajib dikunjungi ialah Dairy Farm, yang membawa anda merasai suasana seakan di New Zealand dengan padang rumput menghijau yang luas, angin sejuk serta banyak lembu.

Dengan pakej percutian yang berpatutan, banyak syarikat telah memilih Kundasang sebagai destinasi pilihan, meskipun harga tiket penerbangan ke Sabah sedikit ‘pricey’.

Hotel Terdekat

Tiarasa Escape Glamping Resort

15 Resort cantik di tengah hutan

Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Hubungi: +6012 887 7777

percutian syarikat di resort menarik

Dalam konteks percutian syarikat di Malaysia, Tiarasa Escape adalah destinasi yang sangat ideal untuk aktiviti team building, mengadakan latihan, atau sekadar ‘healing’ bersama rakan sepasukan. 

Resort terbaik Janda Baik ini menyediakan retreat pasukan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.

Apa yang menarik, pengunjung boleh memilih bermalam dalam villa atas pokok atau khemah yang luas. 

lepak malam bersama keluarga
rumah pondok
chalet menarik
aktiviti malam di chalet
bilik selesa di resort

Anda boleh berkelah tepi sungai, nature walks, memerhati burung, atau berkumpul pada waktu malam di tengah unggun api sambil ketawa dan bertukar-tukar cerita.

Dikelilingi kehijauan, landskap Tiarasa Escapes yang indah serta menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, bbq, dan taman cantik.

Selanjutnya Di Klook
Selanjutnya Di Agoda
4/5 - (15 votes)
Tags: aktiviti team buildingcompany tripMalaysia

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved