senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Food

Tahu Tak Minyak Masak Terpakai Boleh Buat Extra Duit Poket?

Adinna by Adinna
August 15, 2023
in Food, Lifestyle
Tahu Tak Minyak Masak Terpakai Boleh Buat Extra Duit Poket?
6
SHARES
558
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ayam goreng, pisang goreng, cucur goreng dan banyak lagi menu masakan bergoreng yang sentiasa menjadi pilhan masyarakat Malaysia. 

Kebanyakan menu ini memerlukan jumlah minyak yang banyak supaya makanan akan dimasak elok dan rasa lagi sedap! 

Minyak masak adalah antara salah satu bahan masakan penting di dapur dan setiap isi rumah akan menggunakannya minimum secara purata dua kilogram sebulan.

Bila dah siap masak, apa korang buat dengan baki minyak masak terpakai? 

Sebanyak 45 peratus minyak yang tak boleh digunakan akan dibuang begitu saja di dalam longkang, sinki atau tong sampah.

Kalau korang nak tahu, buang minyak masak terpakai ada caranya dan boleh dijual balik!

Ya, sekarang ada banyak pembeli minyak masak terpakai yang berikan harga yang lumayan. 

Apa Itu Minyak Masak Terpakai? 

Minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng sebanyak tiga kali sudah dianggap sebagai minyak masak terpakai. 

ADVERTISEMENT

Selepas korang guna minyak masak tiga kali, minyak tersebut tak disarankan untuk digunakan lagi untuk menggoreng tau.

Ini kerana minyak masak terpakai boleh memudaratkan kesihatan dimana akan menyumbang kepada peningkatan pelbagai penyakit dalam badan.

Jadi apa kita boleh buat dengan minyak masak terpakai? Korang boleh simpan dan kumpul untuk dikitar semula oleh pembeli minyak masak terpakai. 

Cara Betul Kumpul Minyak Masak

Mudah saja nak kumpul minyak masak yang telah digunakan tapi korang jangan pula terus simpan selepas guna minyak panas-panas ya. 

ADVERTISEMENT

Pertama, korang kena sejukkan minyak masak yang terpakai di dalam mangkuk atau bekas minyak untuk memudahkan proses pengumpulan.

Pouring used cooking oil from frying pan into plastic container, closeup

Bila dah sejuk, korang kena tapis minyak masak tadi dan boleh terus masukkan ke dalam botol mineral besar atau apa-apa bekas lutsinar. 

BACA JUGA  Jom Putihkan Ketiak Yang Hitam Dalam Masa 3 Bulan

Korang boleh ulang langkah di atas dan kumpul sebanyak yang boleh sebelum dijual kepada mana-mana pembeli minyak masak terpakai. 

Lagi banyak korang kumpul, lagi lumayan jumlah pulangan wang yang korang akan dapat!

Kat Mana Boleh Jual Minyak Masak Terpakai?

Minyak masak terpakai ini akan dibeli dengan harga sekurangnya RM3 hingga RM5 sekilogram oleh peraih (pembeli minyak masak persendirian) dan pengilang. 

Kini, persaingan untuk mendapatkan minyak masak terpakai semakin tinggi dan peraih atau pengilang sanggup bayar lebih untuk mendapatkannya.

Sudah ramai peraih yang mula membeli minyak masak terpakai dari rumah atau restoran dengan harga yang lebih rendah sebelum menjualnya kembali kepada pengilang.

Cara mudah nak jual minyak masak terpakai, korang boleh hubungi peraih di kawasan tempat tinggal dan minta mereka datang ke rumah untuk ambil minyak masak yang telah dikumpul.

Tapi kalau korang nak untung lebih sedikit, boleh terus jual ke pengilang atau syarikat seperti Syarikat Airil Global Resources atau SWM Environment Sdn Bhd.

Tapi, kami sarankan korang jual dalam kuantiti yang banyak supaya lebih berbaloi. 

Cara ketiga yang korang boleh buat ialah terus ke pusat pengumpulan minyak di stesen minyak Petronas. 

Korang boleh pergi ke Stesen Petronas 1, Presint 9, Putrajaya, Stesen Petronas Subang Bestari dan Stesen Petronas Kota Kemuning 1, Shah Alam untuk jual minyak terpakai ini.

Minyak masak terpakai terbabit kemudian akan ditimbang dan dengan setiap penjualan akan dibayar melalui mata kredit yang dimasukkan menerusi aplikasi SETEL.

Apa nak buat dengan mata kredit itu? Korang boleh tebus dengan pembelian di mana-mana stesen minyak Petronas atau Kedai Mesra.

Mudah, cepat dan berbaloi!

BACA JUGA  "Ni Gym Ke Neraka?" - Wanita Ini Kongsi Keadaan Gym Wanita Di Arab Saudi

Risiko Guna Minyak Masak Terpakai Lebih 3 Kali

Jika korang guna minyak masak lebih daripada tiga kali akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan. 

Minyak masak secara umumnya akan bertukar menjadi warna gelap dan berbau boleh menyebabkan pelbagai penyakit bahaya. 

Jom kami senaraikan beberapa risiko penyakit tersebut.

  1. Risiko kanser.
  2. Penyakit jantung.
  3. Kolesterol meningkat.
  4. Pembentukan lemak-trans.
  5. Penyakit Alzheimer dan Parkinson.
  6. Hasil radikal bebas menyebabkan radang.
  7. Salur darah tersumbat (Atherosclerosis).

Minyak Masak Terpakai Kitar Semula Boleh Jadi Apa?

Korang tahu tak, minyak masak terpakai boleh dikitar semula untuk dijadikan produk bukan makanan seperti biodiesel sebagai ganti bahan api fosil yang lebih mesra alam?

Bagi pengeluar biodiesel, mereka akan tapis minyak masak terpakai ini melalui beberapa peringkat sebelum melalui pro­ses kimia untuk dijadikan bahan api kenderaan atau biodiesel.

Minyak masak terpakai juga boleh digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun dan makanan haiwan.

Kalau ada masa lebih, korang boleh DIY minyak masak terpakai dan cuba prosesnya untuk jadi lilin atau sabun untuk dijual.

Sambil mengumpul minyak masak terpakai, korang dapat jana pendapatan! Haa, boleh jadi hobi yang menguntungkan tau.

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved