senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Nahas Kapal Terbang Terhempas Di Elmina Berulang Selepas 46 Tahun

Adinna by Adinna
August 18, 2023
in Netizen
Nahas Kapal Terbang Terhempas Di Elmina Berulang Selepas 46 Tahun
18
SHARES
1.8k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Petang semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu tragedi melibatkan sebuah pesawat persendirian kecil di Elmina, Shah Alam. 

Sekitar jam 3 petang, mula tular video  kejadian kapal terbang kecil terhempas di media sosial dan WhatsApp.

Pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang ini dikatakan membawa enam orang penumpang serta dua krew pesawat. 

Menurut pihak polis, pesawat berkenaan dah dapat ‘clearance’ untuk mendarat, namun terhempas dua minit sebelum waktu pendaratan.

Dari kejadian itu terdapat 10 orang mangsa yang terkorban dan salah seorangnya adalah Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian kitorang ini bukanlah tragedi pertama kapal terbang terhempas di kawasan Elmina.

34 orang Mangsa Korban – Japan Airlines 715

Ya, kisah tragedi yang sama berlaku pada 27 September 1977 melibatkan sebuah pesawat penerbangan milik syarikat Japan Airlines 715.

Pesawat ini telah terhempas di sebuah ladang getah berdekatan bukit di Elmina telah mengorbankan 34 orang maut iaitu 26 penumpang dan 8 anak kapal.

ADVERTISEMENT

Pesawat McDonnell Douglas DC-8 dengan nombor pendaftaran JA8051 telah membawa penumpang secara keseluruhan 79 orang terdiri daripada 69 penumpang dan 10 anak kapal.

Majoriti penumpang mangsa terkorban adalah warganegara Jepun itu terhempas kira-kira 6.44 kilometer daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang sebelum sempat mendarat.

Pesawat tersebut dikatakan terbang di bawah paras minimum 750 kaki, kemudian pada 300 kaki, terhempas ke tepi bukit, 6.44 kilometer (km) dari lapangan terbang.

Pihat polis mengesahkan bahawa pesawat Japan Airlines 715 rosak disebabkan impak hentaman, bukan kerana kebakaran.

ADVERTISEMENT

Kronologi Japan Airlines 715 Terhempas

Pada awal penerbangan, pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo untuk menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.

BACA JUGA  Biarlah Jodoh Datang Lambat, Asalkan Nanti Datang Calon Yang Terbaik

Pesawat Japan Airlines 715 ini kemudiannya mendapat kelulusan daripada kawalan trafik udara LTSAAS untuk mendarat di LTSAAS sebab ramalan cuaca buruk.

Bila nak dekat sampai di LTSAAS, pesawat itu dilaporkan terbang di bawah altitud minimum iaitu pada 750 kaki lalu terhempas. 

Menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA), cuaca buruk ribut petir yang dipercayai melanda sekitar kawasan lapangan terbang berkenaan ketika itu.

Pada waktu kejadian, cuaca buruk sekitar lapangan terbang dan pesawat berada pada sistem navigasi radio julat omni-arah frekuensi yang sangat tinggi untuk pendekatan pesawat.

Senang kata, kapten juruterbang yang menerbangkan pesawat ini terus landing tanpa melihat landasan sebab beliau tak nampak dengan jelas.

Kami ingin mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dan berharap mereka terus kuat menghadapi ujian ini.

Untuk yang ada video yang melibatkan keadaan mangsa maut, korang mungkin boleh padam dan tak share kepada sesiapa untuk menghormati dan menjaga aib mangsa yang terkorban. 

Source :
Sinar Harian, Berita Harian

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved