senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

8 Tempat Menarik Di Kunak Sabah Untuk Pencinta Alam

Nora by Nora
June 13, 2024
in Travel
tempat menarik di kunak
26
SHARES
2.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Hutan simpan di Kunak
  • 2. Pantai cantik di Sabah
  • 3. Aktiviti air di Kunak
  • 4. Gua menarik di Kunak
  • 5. Pusat perniagaan dan pelabuhan di Kunak
  • 6. Tempat menarik di Tawau
  • 7. Resort di Tawau
  • 8. Tempat menarik di Lahad Datu

Kunak, sebuah bandar yang terletak di bahagian Tawau, Sabah, merupakan destinasi yang mempunyai pelbagai tempat menarik Kunak untuk dikunjungi. 

Pada asalnya diperintah di bawah Pejabat Daerah Lahad Datu, Kunak kini mempunyai status sebagai sebuah daerah penuh sejak 1 Jun 1981. 

Industri pertanian adalah aktiviti utama di daerah Kunak, meliputi kawasan seluas kira-kira 80,000 hektar. Ini merangkumi tanaman seperti koko, kelapa sawit, kelapa dan lain-lain.

Selain keindahan alam semulajadi dan aktiviti pertanian, Kunak juga menawarkan tarikan pelancongan serta pelbagai pilihan hotel di Kunak yang sesuai dengan keperluan anda.

Dengan latar belakang tersebut, mari kita jelajahi beberapa tempat menarik Kunak yang pasti akan menarik minat anda semasa berada di sini. 

Senarai Tempat Menarik Kunak

Madai Recreation Forest

1 Hutan simpan di Kunak

Alamat: Baturong Forest Reserve Nature Centre Kunak, Kunak, Sabah, Malaysia

Hubungi: +6089851863

ADVERTISEMENT

Madai Recreation Forest, atau Hutan Rekreasi Madai, merupakan khazanah alam semulajadi yang tersembunyi di bahagian pantai timur Sabah.

Dengan kawasan seluas 3436.5 hektar, terletak sekitar 15 km dari Kunak dan 50 km dari Lahad Datu. 

Di tempat percutian Kunak ini, anda akan menemui pelbagai spesies burung, flora, fauna dan beberapa gua misteri dengan keranda purba. 

Malah, terdapat pelbagai aktiviti rekreasi menanti pengunjung, termasuk berjalan di laluan hutan, trek hiking, canopy walk, bersantai tepi sungai atau berkhemah di kawasan kem. 

ADVERTISEMENT

Waktu operasi: Isnin – Ahad ( 10 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Pantai Sarina Beach Recreation Center

2 Pantai cantik di Sabah

Alamat: Sarinah Beach Pangi, 91100 Kunak, Sabah, Malaysia

BACA JUGA  14 Tempat Menarik Di Keningau Sabah Yang Membawa Ketenangan

Hubungi: +60102666696

pantai sarina beach yang menarik di Kunak
Kredit gambar: Pantai Sarina Beach Recreation Center (Kunak)

Jom ke Pantai Sarina Beach, tempat menarik di Kunak! Pantai di Kunak ini memiliki pasir putih lembut dan laut biru serta pemandangan pantai yang indah.

Berdekatan pantai ini, terdapat tempat peranginan yang dilengkapi BBQ pit, taman permainan dan juga tempat melepak.

Anda boleh main bola tampar, berenang, mandi laut, atau hanya duduk ‘relax’ tepi pantai sambil nikmati angin laut dan dengar bunyi ombak.

Selain itu, pantai ini mudah diakses dengan kawasan parkir yang baik dan sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Pantai ini agak sesak pada cuti umum dan cuti sekolah.

Tapi tempat ini kurang kemudahan awam dan tidak selamat kerana mempunyai arus dan gelombang yang kuat. Jadi, kalau nak main air, anda perlu sentiasa berhati-hati. 

Harga tiket: Dewasa (RM5) & Kanak-kanak (RM3)

Waktu operasi: Isnin-Jumaat (2 petang – 11 malam) & Sabtu-Ahad (9 pagi – 11 malam)

Semak Harga

Darvel Lagoon Hampilan

3 Aktiviti air di Kunak

Alamat: Jalan Darvel Lagoon, Off, Jalan Sappang Scheme, Kampung Hampilan, 91207 Kunak, Sabah, Malaysia

Hubungi: +60166978689

tempat menarik di kunak untuk mandi-manda

Terletak di kawasan terpencil, ada satu tempat menarik yang ramai orang tak tahu di Sabah.

Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti main kayak, berenang, snorkelling atau mandi-manda. 

Pemandangan di tempat menarik Kunak ini memang cantik dan ‘wow’ dengan air biru jernih dan lagoon besar. Ini juga salah satu spot cantik untuk fotografi!

Suasana sekelilingnya juga boleh buat anda lupa segala masalah dan ‘healing’ habis dengan alam indah. 

Harga tiket: Dewasa (RM10) & Kanak-kanak (RM5)

Waktu operasi: Isnin – Ahad (8 pagi – 9 malam) & Jumaat (2 petang – 9 malam)

Semak Harga

Madai Caves

4 Gua menarik di Kunak

Alamat: No. 3 km, Off Lahad Datu-Tawau Highway, Kampung Madai, Kunak, Sabah, 91100 Lahad Datu, Malaysia

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Jitra Kedah Untuk Makan-Makan

Hubungi: +6089851863

gua menarik di kunak

Terkenal sebagai destinasi popular untuk aktiviti ‘explore’, Gua Madai juga memainkan peranan penting sebagai sumber sarang burung walit yang mahal. 

Selain itu, pengumpul berlesen mempertaruhkan nyawa dengan menaiki bumbung gua melalui tali, tangga rotan dan tiang buluh. 

Apabila melalui lorong dalam gua ini, anda boleh melihat pemandangan alam menakjubkan serta stalakmit dan stalaktit yang menarik.

Menarik lagi, gua misteri ini berusia lebih 30,000 tahun. Adakah anda berani meneroka gua gelap dan misteri ini?

Harga tiket: Dewasa (RM5) & Kanak-kanak (RM3)

Semak Harga

Kunak Ports

5 Pusat perniagaan dan pelabuhan di Kunak

Alamat: Pekan Kunak, 91100 Kunak, Sabah, Malaysia

Hubungi: +6089853299

kunak port di kunak sarawak
Kredit gambar: Instagram @abu_hasan_jusoh

Berhampiran laut, terdapat satu port menarik dan percuma di Kunak di mana anda boleh melihat aktiviti perahu dan juga kapal yang datang serta pergi.

Bukan itu sahaja, pemandangan matahari terbenam di sini juga sangat indah dan untuk kaki pemancing, anda juga boleh memancing di tepi pelabuhan ini.

Tapi, anda juga perlu berhati-hati kerana risiko terkena peralatan berat atau tergelincir.

Pelabuhan juga kerap kali bising dengan bunyi enjin kapal dan kesibukan aktiviti mengangkat muatan.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Tawau Hills Park

6 Tempat menarik di Tawau

Alamat: Tawau Hills Park, 91000 Tawau, Sabah

Hubungi: 0138841321

tawau hill park

Nak lepak dengan alam semulajadi? Jom singgah Tawau Hill Park.

Di Tawau Hill Park, anda akan menjumpai pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan yang menarik. 

Dan jangan lepaskan peluang untuk melihat pelbagai orkid yang cantik dan yang menjadi tumpuan utama di sini, ialah “Elephant’s Ear Orchid”.

Tempat pelancongan di Tawau ini juga menjadi destinasi yang baik untuk keluarga. Anda boleh berkelah, berkhemah, dan menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang. 

BACA JUGA  19 Tempat Menarik Di Lahad Datu Sabah Yang Unik

Adakah anda tertarik untuk menjelajahi keindahan semula jadi yang ditawarkan tempat menarik Kunak ini?

Semak Harga

Balung River Eco Resort

7 Resort di Tawau

Alamat: Mile 33, Apas Balung, Locked Bag No. 30, Balung, 91009, 91000 Tawau, Sabah

Hubungi: 0128024771

Balung River Eco Resort merupakan eco resort pertama yang menawarkan suasana kebun yang memukau bagi para pengunjung.

Ia juga diiktiraf sebagai pemenang “Best Nature Attraction” oleh Sabah Tourism pada 2003.

Selain pelbagai aktiviti menarik, penginapan yang selesa dan hidangan mewah, tempat bercuti di Kunak ini juga ideal untuk aktiviti team building, group outing, seminar, dan rekreasi keluarga.

Di sini, anda boleh berenang, meredah hutan, bird watching, campfire, berkhemah, memancing, bermain badminton, karaoke, berkelah di tepi sungai dan lain-lain.

Menjadikan percutian anda sekeluarga lebih bermakna.

Semak Harga

Menara Kayangan

8 Tempat menarik di Lahad Datu

Alamat: Menara Kayangan, 91100 Lahad Datu, Sabah

Hubungi: 089-889 743

menara kayanagn di lahad datu sabah
Kredit gambar: Harian Metro

Menara Kayangan, juga dikenali sebagai ‘Tower of Heaven’, bukanlah asing bagi penduduk tempatan sebagai destinasi menarik. 

Terletak di lereng Gunung Silam, Menara Kayangan adalah menara pemerhati dengan platform terletak pada ketinggian 880 meter dari aras laut. 

Dari dek 8 tingkat ini, anda akan terpesona dengan pemandangan Teluk Darvey dan Lahad Datu. 

Sebelum mencapai ‘puncak’ Menara Kayangan, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar panorama beberapa gugusan pulau menghadap Teluk Darvel yang mengagumkan.

Selain keindahan alam semulajadi, Menara Kayangan menjadi tempat perlindungan pelbagai spesies hidupan liar dan tumbuhan unik.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 4:30 petang)

Harga tiket: Dewasa (RM 5) & Kanak-kanak (RM 3)

Semak Harga
4/5 - (15 votes)
Tags: sabahtempat menarik kunak

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved