senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

12 Tempat Menarik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Nora by Nora
August 25, 2023
in Travel
12 Tempat Menarik Di Mukah Untuk Dikunjungi
42
SHARES
4.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Masjid di Mukah
  • 2. Jambatan ikonik di Mukah
  • 3. Rumah tradisional Melanau
  • 4. Resort menarik di Mukah
  • 5. Tempat bersejarah di Mukah
  • 6. Pantai di Mukah
  • 7. Pusat membeli-belah di Mukah
  • 8. Tapak pesta di Mukah
  • 9. Hutan paya bakau di Mukah
  • 10. Struktur bersejarah di Mukah
  • 11. Tempat memproses kuih sepit di Mukah
  • 12. Hotel di Mukah

Nak tau lebih lanjut tentang tempat menarik di Mukah? Jom tengok beberapa fakta menarik tentang sejarah bandar Mukah dan asal usul nama “Mukah”.

Mukah sebelum ini dikenali sebagai “Muka.” Terletak di tepi Laut China Selatan, di pulau Borneo, hanya 2 jam perjalanan darat dari bandar Sibu.

Bandar kecil ini boleh dicapai melalui ‘flight’ MASwings dari Kuching dan Miri, atau dengan menaiki bot laju dari bandar Dalat (30 km dari Mukah) ke Sibu. 

Ada beberapa versi mengenai asal usul nama “Mukah,” termasuk cerita tentang seorang wanita cantik misteri yang membantu saudagar karam dari Brunei. 

Selain itu, terdapat patung ikan merah dan udang yang melambangkan industri perikanan di bandar ini. Orang Melanau penduduk asli terawal menetap di Mukah. 

Jambatan Batang Mukah dan Pejabat Daerah Mukah dan Dalat turut menjadi ciri penting dalam bandar ini. 

Dikelilingi hutan hujan tropika dan keindahan alam semula jadi menjadikan Mukah tarikan unik yang harus anda jelajahi.

ADVERTISEMENT

Senarai Tempat Menarik Di Mukah

Masjid Setia Raja Mukah

1 Masjid di Mukah

Alamat: Bandar Baru Mukah, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia

Hubungi: N/A

masjid di mukah sarawak yang cantik dan menarik

Masjid Setia Raja di Mukah adalah antara destinasi menarik yang patut dikunjungi. 

Masjid ini tidak hanya megah dari segi seni bina yang cantik, gaya moden dengan elemen tradisional, tapi juga mempunyai kepentingan keagamaan yang besar. 

ADVERTISEMENT

Anda dan keluarga boleh datang melawat masjid ini, melihat seni bina masjid yang indah dan memahami lebih lanjut tentang budaya tempatan. 

Bukan sahaja sebagai tempat ibadah, malah Masjid Setia Raja Mukah turut menyediakan kemudahan seperti bilik solat dan juga perpustakaan untuk masyarakat. 

Hotel Terdekat


Batang Mukah Bridge

2 Jambatan ikonik di Mukah

Alamat: Jalan Mukah – Balingian, Batang Mukah, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia

Hubungi: N/A

jambatan di muka
Kredit gambar: FB My Mukah

Jambatan Batang Mukah merupakan salah satu tarikan menarik di Mukah Sarawak!

Bukan sahaja berfungsi sebagai jalan raya, malah menjadi destinasi pelancongan yang menarik untuk berjalan-jalan.

BACA JUGA  11 Tempat Ekopelancongan Di Limbang Sarawak Yang Penuh 'Nature'

Dari jambatan ini, anda dapat menikmati pemandangan indah menghadap Sungai Mukah yang tenang.

Jangan lupa bawa kamera dan mengambil beberapa gambar kenangan bersama keluarga di sini.

Hotel Terdekat

Lamin Dana Telian Mukah

3 Rumah tradisional Melanau

Alamat: Telian Tengah, Lamin Dana Cultural Lodge, Kampung Tradisi, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia

Hubungi: +60388733710

rumah tradisional melanau di muakh

Lamin Dana Telian Mukah adalah destinasi menarik yang memperkenalkan anda kepada keunikan budaya Melanau.

Anda akan terpesona dengan seni bina tradisional, hiasan, pameran, tarian tradisional dan juga mendengar cerita-cerita menarik mengenai kehidupan Melanau.

Pemandangan sekitar tempat menarik Mukah ini juga indah dengan pemandangan pantai dan laut yang biru.

Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti sukan air termasuk meneroka kawasan sekitar dengan menyewa kayak atau bot.

Sesuai untuk percutian keluarga, dengan kawasan ‘piknik’ dan taman permainan kanak-kanak.

Waktu operasi: 24 jam | Harga tiket: Dewasa (RM 5)

Hotel Terdekat

Kingwood Resort

4 Resort menarik di Mukah

Alamat: 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia

Hubungi: +6084873888

Resort tepi pantai di Sarawak ini menawarkan pemandangan indah dan pelbagai aktiviti seronok untuk seisi keluarga.

Dengan suasananya yang tenang, destinasi pelancongan ideal di Mukah ini menjadi pilihan terbaik untuk meluangkan masa bermakna bersama keluarga.

Dilengkapi fasiliti yang lengkap termasuk spa, pusat kecergasan, kolam renang besar, restoran dan lapangan golf.

Pelbagai jenis penginapan selesa seperti bilik hotel, chalet, dan vila yang ditawarkan. Nikmati hidangan lazat di restoran sambil menikmati pemandangan indah di sekeliling resort.

Jangan lupa membuat tempahan awal, terutamanya semasa musim puncak, seperti cuti sekolah atau cuti umum.

Waktu operasi: Isnin – Ahad : Check-in (3 petang), check-out ( 12 tengah hari)

Harga bilik: Dari RM 250 semalam

Ulasan pengunjung:

"Tempat terbaik untuk menyegarkan diri anda selepas beberapa kerja rutin yang memenatkan. Pasti, anda boleh berasa segar dengan percutian anda di resort ini.." - Khairuddin Jahuri
Selanjutnya Di Agoda


Sapan Puloh Melanau Museum

5 Tempat bersejarah di Mukah

Alamat: Kampong Telian Tengah, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia

Hubungi: +60198781545

“Sapan Puloh Muzium Melanau” adalah tarikan utama pelancongan di Mukah. 

Tempat Menarik di Mukah ini menyimpan pelbagai artifak dan peralatan tradisional Melanau yang menakjubkan. 

Dari pameran dan informasi di muzium, pengunjung boleh mengumpul pengetahuan yang bernilai tentang sejarah dan gaya hidup masyarakat Melanau. 

Seterusnya, terdapat juga demonstrasi pembuatan kuih tradisional. Ia adalah tempat yang bagus untuk memahami sejarah, tradisi dan adat resam Melanau.

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Di Padang Besar Untuk Membeli-Belah

Sesuai untuk pendidikan formal dan membantu kita lebih memahami serta menghormati kepelbagaian dalam masyarakat tempatan.

Kelemahan muzium ini termasuk ruang terhad dan kurangnya kemudahan seperti tandas, tempat duduk, dan tempat letak kereta yang mencukupi.

Harga tiket: Dewasa (RM 3)

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat

Mukah Beach

6 Pantai di Mukah

Alamat: 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia

Hubungi: N/A

Tempat percuma di Sarawak ini menjadi tumpuan penduduk untuk lepak dan bersantai pada waktu petang. Pantai indah ini juga mempunyai air laut jernih dan berpasir putih. 

Destinasi terbaik untuk berjalan-jalan santai, menghirup udara segar, mandi laut, bermain pasir, melakukan aktiviti air, berkelah tepi pantai atau sekadar menikmati pemandangan yang menenangkan.

Alang-alang dah ada kat sini, makanlah di kedai makan Mukah berhampiran yang menyajikan hidangan laut segar.

Ini pasti akan menggembirakan semua ahli keluarga!

Hotel Terdekat


Medan Mall

7 Pusat membeli-belah di Mukah

Alamat: Bandar Baru Mukah, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia

Hubungi: N/A

mall di mukah sarawak

Terletak di pusat bandar, Medan Mall menawarkan pelbagai jenis perniagaan termasuk makanan dan hiburan untuk seisi keluarga. 

Pengunjung boleh berjalan-jalan dalam suasana yang selesa sambil mencari barangan keperluan seperti pakaian, aksesori, kasut, dan barangan lain.

Di samping itu, terdapat pelbagai kedai makan, restoran, butik, pusat permainan, taman permainan dan pawagam untuk menonton filem terkini.

Tempat ini sesuai untuk bersantai, melepak dan berkumpul dengan keluarga serta rakan-rakan.Tapi pada waktu puncak, ruang letak kereta agak terhad.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (10 pagi – 9 malam)

Hotel Terdekat


Tapak Pesta Kaul Mukah

8 Tapak pesta di Mukah

Alamat: 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia

Hubungi: N/A

tapak pesta kaul mukah

Tapak Pesta Kaul Mukah adalah tempat yang menghidupkan budaya dan tradisi Mukah. 

Di sini, anda boleh melihat pertunjukan tarian tradisional, teater, persembahan muzik serta mendengar kisah-kisah legenda tempatan. 

Apa sahaja makanan tradisional Sarawak yang anda mahu seperti umai, satay sago dan ikan terubuk masin, semuanya boleh dicuba. 

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai pasar Mukah dan pameran tempatan yang meriah serta membeli kraf tempatan dan barangan unik, seperti patung kayu, kain songket, dan manik. 

Hotel Terdekat

Taman Tanjung Pedada

9 Hutan paya bakau di Mukah

Alamat: Jalan Batu 8, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Mukah, Sarawak, Malaysia

BACA JUGA  18 Tempat Menarik Di Bintulu Sarawak Untuk Diterokai

Hubungi: +60163790661

taman paya bakau di mukah sarawak
Kredit gambar: borneo-talk

Taman Tanjung Pedada berhampiran jeti Mukah, adalah tempat menarik di Mukah Sarawak!

Kerana terletak di muara sungai, daerah Mukah juga mempunyai hutan bakau yang subur, sebagai contoh Taman Tanjung Pedada.

Selain melihat pemandangan hutan paya bakau, anda boleh melepak di taman serta mengambil gambar alam semulajadi.

Di taman ini, anda juga akan menjumpai jambatan kayu yang merentasi kolam ikan yang akan menarik perhatian kanak-kanak.

Pastikan Taman Tanjung Pedada ada dalam senarai ‘checklist’ tempat menarik Mukah Sarawak.

Waktu operasi: Isnin – Ahad (9 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat

Kilang Memproses Sagu

10 Struktur bersejarah di Mukah

Alamat: 96400 Mukah, Sarawak

Hubungi: N/A

sago factory chimney

Sago Factory Chimney adalah salah satu struktur bersejarah di Malaysia. 

Ia merupakan cerobong dari Kilang Palma Sago pada abad ke-19 dan meskipun ditutup pada abad ke-20 kerana harga tepung sagu merosot, struktur ini masih berdiri teguh di tengah kota lama Mukah.

Selain itu, di Dalat dan Mukah, anda boleh menemui banyak ladang dan kilang memproses sagu. Ini kerana pokok ini tumbuh dengan subur di daerah Mukah ini.

Hotel Terdekat

Kuih Sepit, Kpg Judan Mukah

11 Tempat memproses kuih sepit di Mukah

Alamat: Kuih Asli Kampung Judan, Mukah, Sarawak

Hubungi: N/A

kuih sepit di mukah

Sebelum pulang, jangan lupa ajak rakan-rakan melawat tempat memproses kuih asli Kampung Judan.

Menarik lagi, Mukah memang terkenal dengan kuih sepit dan tempat ini popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar. 

Dapatkan pengalaman memproses kuih tradisional ini dan bawa pulang beberapa sebagai ole-ole!

Hotel Terdekat

Kingwood Hotel Mukah

12 Hotel di Mukah

Alamat: Lot 1004, Block 68, Mukah Land District, 96400 Mukah, Sarawak, Malaysia

Hubungi: +6084-874 811

hotel di mukah

Kingwood Mukah Hotel merupakan hotel 3 bintang yang terkenal di bandar Mukah. 

Dilengkapi pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi percuma, peti deposit keselamatan, penyaman udara, dan perkhidmatan dobi, hotel ini menjadi pilihan yang baik pada harga yang berpatutan. 

Hotel Mukah ini juga mempunyai 200 bilik dan berdekatan kawasan bandar lama yang kaya dengan budaya tempatan.

Harga bilik: Dari RM 167 semalam

Ulasan pengunjung:

"Tempat yang sangat selesa & bagus untuk menginap di Mukah, berhampiran Masjid Setia Raja Mukah, kedai & restoran..." - MABHEHE
Selanjutnya Di Agoda
4/5 - (14 votes)
Tags: mukahSarawaktempat menarik mukah

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved