senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Serius, Macam Mana Boleh Ada Bisul?

Nora by Nora
June 7, 2024
in Kesihatan
bisul-di-belakang-badan
72
SHARES
7.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Apa Itu Bisul?
  • 2. Bahagian Badan Yang Boleh Terkena Bisul
  • 3. Siapakah Berisiko Mendapat Bisul?
  • 4. Bagimana Cara Merawat Bisul?
  • 5. Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Pernah tak terasa tiba-tiba ada benjolan seperti jerawat pada mana-mana kawasan tubuh badan atau lebih spesifik, punggung?

Bila pegang dan tengok rupanya bisul bukan jerawat! Sebenarnya, bisul adalah suatu penyakit normal yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat.

Malah, dalam kalangan masyarakat melayu percaya bahawa kebiasaan duduk di atas bantal boleh menyebabkan bisul muncul. 

Tapi bagi pandangan ahli sains, mereka mengaitkan bisul dengan kurang menjaga kebersihan dalaman badan dan masalah darah kotor.

Namun, sikap kurang peduli terhadapnya seringkali membuat individu yang mengalami masalah ini enggan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

1 Apa Itu Bisul?

Dalam konteks bahasa Inggeris, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada bisul adalah ‘boil’ atau ‘furuncle’.

Bisul berasal dari bakteria pada rambut folikel dan lapisan kulit di sekitarnya. Pada awalnya, bisul biasanya muncul sebagai jerawat. 

ADVERTISEMENT

Bakteria yang sering menjadi penyebab bisul dikenali sebagai Staphylococcus aureus.

gambar-bisul-tanpa-mata-1
gambar bisul tanpa mata

Macam mana bisul timbul? Apabila kulit terluka, bakteria ini akan masuk kemudian, sel darah putih neutrofil akan tiba untuk melawan jangkitan,.

Ketika ini akan menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk daripada campuran sel darah putih, bakteria, dan sel kulit mati sehingga timbul bisul. Faham?

Bagaimana cara mengenal bisul?  Bagi yang belum ‘familiar’, bisul dapat dikenali dengan benjolan merah dan bernanah yang rasa sakit apabila disentuh. 

ADVERTISEMENT

2 Bahagian Badan Yang Boleh Terkena Bisul

Bisul boleh terbentuk pada mana-mana bahagian tubuh, tetapi yang paling kerap muncul ialah di punggung, muka, leher, bawah ketiak, dan paha.

BACA JUGA  Diet Pelik Dan Ekstrem Turunkan Berat Badan

Ini kerana kawasan tersebut mudah bergesel, kerap berpeluh dan mempunyai folikel rambut. 

Terdapat beberapa jenis bisul, di antaranya adalah bisul biasa, bisul keras, dan bisul dalam. 

Adakalanya, bisul dapat muncul dalam jumlah yang lebih dari satu, dikenali sebagai bisul banyak mata. 

3 Siapakah Berisiko Mendapat Bisul?

Sebenarnya semua individu boleh mendapat bisul, tapi bisul lebih mudah terjadi pada mereka yang memiliki sistem imun yang lemah dan juga pada individu lain seperti di bawah:

  • Kurang zat makanan
  • Sentuhan kulit dengan individu yang mempunyai bisul
  • Pesakit diabetes & kanser
  • Wanita mengandung
  • Ezcema; penyakit kulit kronik seperti kulit kering dan gatal-gatal serta kulit berjerawat
  • Individu yang kurang menjaga kebersihan diri

4 Bagimana Cara Merawat Bisul?

Secara umumnya, bisul yang terbentuk biasanya akan pecah dengan sendirinya dan sembuh dalam jangka masa sekitar 2 minggu. 

Cara merawat bisul yang belum pecah / tanpa mata;

Jika bisul masih belum pecah, terdapat beberapa kaedah yang disyorkan untuk membuat bisul itu pecah dan sembuh. 

Salah satu cara yang efektif adalah dengan menggunakan ‘warm compress’, yang dapat mempercepat proses bisul menjadi ‘masak’. 

Anda boleh menggunakan kain tuala yang direndam dalam air suam.

warm compress untuk bisul

Sebelum itu, jangan lupa untuk cuci tangan dan area sekitar bisul menggunakan sabun antibakteria untuk mencegah penyebaran jangkitan ke bahagian lain.

5 Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika bisul tidak pecah dan mengalami tanda-tanda seperti di bawah, dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat antibiotik;

  • Rasa sakit berlarutan selama lebih dari 2 minggu
  • Bisul lebih besar daripada 5 cm
  • Deman
  • Lebih daripada satu bisul muncul pada satu masa
  • Memberi kesan kepada muka / merimaskan
  • Bisul datang lagi
  • Simptom menjadi lebih teruk
BACA JUGA  Petua Berkesan Hilangkan Bisul

4/5 - (11 votes)
Source :
myhealth, Hello Doktor, Berita Harian, Hello doktor
Tags: bisulbisul tanpa matajenis bisul

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved