senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

12 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Port Dickson Terbaik

Nora by Nora
March 18, 2024
in Travel
12 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Port Dickson Terbaik
54
SHARES
5.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Eagle Ranch Team Building Packages
  • 2. Thistle Hotel Port Dickson team building
  • 3. Ilham Resort Team Building Packages
  • 4. Aktiviti dalaman dan outdoor untuk team building
  • 5. Resort untuk team building di Port Dickson
  • 6. Avillion Port Dickson Team Building
  • 7. Pakej bina pasukan di Corus Paradise Resort
  • 8. Resort Port Dickson ala Bali untuk team buiding
  • 9. Go kart Port Dickson
  • 10. Taman rekreasi untuk team building di Port Dickson
  • 11. Aktiviti atv Port Dickson untuk team building
  • 12. Apartment menarik untuk team building

Dalam kesibukan kerja harian, apa kata kalau kita rancang buat aktiviti team building di Port Dickson pada hujung bulan ni? Sebab apa Port Dickson?

Sebabnya, Port Dickson atau singkatannya ‘PD’, mempunyai pantai yang cantik dan pelbagai pilihan team building venue yang menarik. 

Selain itu, anda juga boleh merancang pelbagai game untuk team building seperti permainan pantai, indoor game, sukaneka, berkayak, treasure hunt, ice breaking dan banyak lagi.

Senarai tempat menarik untuk team building di Port Dickson

Kalau anda sedang mencari tempat yang sesuai untuk team building, di bawah ini terdapat beberapa pilihan terbaik untuk team building venue dan pakej team building Port Dickson yang boleh anda pilih.

Eagle Ranch Resort Port Dickson

1 Eagle Ranch Team Building Packages

Alamat: Lot 544, Batu 14, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Telefon: +606 6610 495

ADVERTISEMENT

Hanya setengah jam perjalanan dari KL, resort ini menawarkan aktiviti outdoor & indoor yang menarik untuk semua, dari percutian keluarga hingga pasukan korporat.

Eagle Ranch Resort juga memiliki penginapan unik seperti kabin kayu, chalet paddock, rumah kampung di atas kolam memancing, dan khemah tepee. 

Setiap penginapan ini dilengkapi dengan kemudahan moden seperti katil, peti sejuk, tv dan banyak lagi. 

Bukan itu sahaja, penginapan ini dikelilingi alam semula jadi dan udara sejuk yang menyegarkan, mencipta suasana ideal untuk outdoor activity.

ADVERTISEMENT

Terdapat 3 pakej team building: day trip, 2d 1n team building dan 3d 2n team building.

Antara aktiviti pembinaan pasukan yang tersedia termasuk go-kart, night jungle walk, flying fox, treasure hunt, berakit, futsal, cabaran survival, aktiviti malam dan banyak lagi.

Jadi, jika anda mencari tempat dikelilingi alam semulajadi untuk berehat atau mengeratkan hubungan pasukan anda, Eagle Ranch Resort adalah pilihannya!

Semak Harga


Thistle Port Dickson Resort

2 Thistle Hotel Port Dickson team building

Alamat: KM 16, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: +606 6482892

Tidak jauh dari Pantai Biru dan Tanjung Tuan, Thistle Hotel Port Dickson ini antara pilihan terbaik untuk percutian keluarga, percutian romantik atau team-building.

Selain itu, pusat peranginan ini mempunyai 251 bilik, spa, gym, ruang kerja, kolam renang yang luas serta kem SWAT yang sesuai untuk aktiviti team-building.

BACA JUGA  Sunway Malls yang ke-10: Tempat lepak baru September 2025

Antara aktiviti membina pasukan yang tersedia termasuk high & low rope course, thistle explore race, ultimate challenge, crusoe’s rafting, mencari harta karun, aktiviti pantai, sesi pengenalan dan sukaneka.

Kadar bilik: Bermula dari RM 307 semalam

Ulasan pengunjung:

“Kakitangan sangat membantu dan sentiasa dengan senyuman. Terima kasih kerana menjadikan penginapan kami sebagai salah satu percutian terbaik..”
Semak Harga

Villea Port Dickson

3 Ilham Resort Team Building Packages

Alamat: Batu 10 Tanjung Biru, 71050, Port Dickson, Malaysia

Telefon: +60 66626800

Terdahulu dikenali sebagai PNB Ilham Resort Port Dickson, kini ia telah dijenamakan semula sebagai Villea Port Dickson.

Terletak berhampiran Pantai Sri Purnama dan Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, ia menawarkan penginapan keluarga yang menarik dengan view laut dan alam semula jadi yang indah.

Salah satu tarikan utama hotel ini adalah Taman Eko Rimba Tanjung Tuan, destinasi eko pelancongan yang membolehkan pengunjung melakukan aktiviti mendaki dan beriadah.

Hotel 4 bintang ini sangat popular dalam kalangan keluarga untuk percutian hujung minggu dan juga menjadi pilihan syarikat yang ingin mengadakan aktiviti team building atau meeting.

Kadar bilik: Bermula dari RM 265

Ulasan pengunjung:

"Ruang besar untuk keluarga saya dan sangat selesa..anak-anak saya sangat suka kolam kanak-kanak..makanan sarapan pagi juga sangat lazat dan mempunyai banyak pilihan..."
Semak Harga

Segar City Port Dickson

4 Aktiviti dalaman dan outdoor untuk team building

Alamat; Bandar Dataran Segar, Lukut, Port Dickson (dekat Burger King)

Tel; +6012-6030886

segar city port dickson
Kredit; Facebook @Segar City Port Dickson

Bagi yang belum ada idea untuk ke mana pada hujung minggu, ajak keluarga untuk aktiviti bersama di Segar City!

Bukan sahaja untuk family day, malah sesuai untuk mereka yang ingin company trip, school trip dan corporate team building.

Flying Fox paling lama di Negeri Sembilan sepanjang 285 meter menanti anda.

Kalau tak suka flying fox, anda boleh abseiling, rock climbing, high rope dan banyak lagi.

Tarikan lain termasuk Wild West Cowboy Port Dickson, Galeri Seni 3D Alive atau Taman Eko Rekreasi Segar yang berhampiran.

Waktu buka: Rabu – Isnin (10 pagi – 7 malam), Selasa tutup (kecuali cuti umum & cuti sekolah)

Semak Harga

Avillion Admiral Cove

5 Resort untuk team building di Port Dickson

Alamat; 5½ Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050 Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: 03-2262 0288

Facebook avillion admiral cove
Kredit gambar; Facebook avillion admiral cove

Selain bermalam di resort yang selesa, luangkan masa melakukan aktiviti team building bersama rakan sekerja.

Di samping bermain bola tampar, anda juga boleh melakukan banyak aktiviti menarik lain seperti memanah, berbasikal, sukan lasak, sukan air, permainan vr, tenis, ping pong, berkayak dan sebagainya.

Rancang perjalanan company trip dan pilihlah daripada pelbagai aktiviti tersebut untuk aktiviti membina pasukan yang lebih menarik.

Percutian di Port Dickson selama beberapa hari pasti tidak akan membuatkan anda kebosanan dan jangan lupa jalan-jalan di tempat menarik Port Dickson!

Semak Harga

Avillion Port Dickson Spa & Beach Resort

6 Avillion Port Dickson Team Building

Alamat: Batu ke-3, 71000, Port Dickson, Malaysia

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Desaru Untuk Bercuti

Telefon: +6066476688

Jom adakan team building 3 hari 2 malam di resort Avillion Port Dickson!

Apa yang menarik, resort pantai ini pernah memenangi anugerah di Malaysia dan menempatkan 258 bilik, chalet dan vila yang direka berkonsepkan seni bina perkampungan nelayan.

Di samping bilik yang luas dan bersih, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan pantai yang indah.

Ini tempat yang bagus untuk pembinaan pasukan korporat kerana terdapat Tough Nation, aktiviti memanah, aktiviti pantai, ruang seni, avillion cruises, sukan air, bilik permainan, dan banyak lagi.

Kadar bilik: Dari RM 273

Ulasan pengunjung:

“Hotel ini akan sentiasa menjadi kegemaran kami apabila di PD. Kanak-kanak boleh berseronok di kolam renang dan juga di pantai. terdapat banyak aktiviti seperti spa, memancing, membelai haiwan, nature walk dan lain-lain…”
Semak Harga

Corus Paradise Resort Port Dickson

7 Pakej bina pasukan di Corus Paradise Resort

Alamat: h-l-1-5, 3.5km, Jalan Pantai, 71000, Port Dickson, Malaysia

Telefon: 606-647 7600

Sedia untuk mengisi semangat pasukan anda? Jom sertai pakej pembinaan pasukan di resort yang menarik, Corus Paradise Port Dickson! 

Selain pakej team building dan family day, Resort Corus Paradise turut menawarkan pakej mesyuarat, majlis perkahwinan, ulang tahun / sambutan hari lahir dan pakej penjagaan kesihatan.

Resort di Port Dickson ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk memperkukuhkan semangat berpasukan.

Selain itu, nikmatilah pemandangan tepi pantai dan ‘sunset’ yang menakjubkan sambil memupuk potensi penuh pasukan anda.

Kadar bilik: Bermula dari RM 184

Ulasan pengunjung:

“Salah satu hotel terbaik dengan pemandangan laut. lokasi baik, agak dekat dengan bandar…”
Semak Harga

Hotel Lexis Port Dickson

8 Resort Port Dickson ala Bali untuk team buiding

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: 06-653 2200

Terletak hanya 2 km dari tengah-tengah Port Dickson, resort Lexis menawarkan pengalaman percutian yang unik berinspirasikan Bali.

Malah, setiap unit chalet dihiasi batu bali dan mempunyai balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan sekitar yang indah. 

Bagi yang menginap di chalet atas air, anda juga akan menikmati panel lantai kaca lutsinar yang membolehkan anda melihat keindahan air laut.

Lexis Port Dickson juga menawarkan banyak aktiviti yang sesuai untuk team building seperti memancing, memanah, berbasikal, bermain bola sepak pantai, bola tampar, dan berlayar.

Kadar bilik: Bermula dari RM 280

Ulasan pengunjung:

“Hotel yang hebat untuk menginap. Bilik besar dengan kolam renang peribadi. Sangat mesra kanak-kanak. Ada permainan dalaman, kolam besar, kolam renang kanak-kanak dan lain-lain..”
Semak Harga

X Park Port Dickson

9 Go kart Port Dickson

Alamat: Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Jelebu Yang Anda Harus Tahu

Hubungi: 012-762 2913

x park port dicskon (1)

Anda pengemar aktiviti lasak? Jom kunjungi X Park Port Dickson!

Ia adalah tempat terbaik untuk program pembinaan pasukan, aktiviti harian bersama rakan-rakan, atau percutian keluarga.

Tempat menarik di Port Dickson ini menawarkan pelbagai aktiviti termasuk go-kart, ATV, memanah, dan permainan paintball.

Dikelilingi alam semulajadi, tempat menarik PD ini sesuai untuk semua peringkat umur, baik orang dewasa mahupun kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas. 

Semak Harga

Segar Recreation Eco Park

10 Taman rekreasi untuk team building di Port Dickson

Alamat: 64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 012-611 7379

segar city port dickson

Di ‘Segar City’, terdapat sebuah taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti team building atau lepak bersama rakan sekerja.

Tempat menarik di Port Dickson ini menawarkan aktiviti termasuk low rope, obstacle challenges, flying fox, high rope, junior rope, rock climbing dan abseiling.

Lebih menarik, terdapat kemudahan taman berbasikal, fire camping site, drift-car track, BBQ camping, dan tempat memanah.

Selepas seharian beraktiviti, tempahlah penginapan berkonsepkan semula jadi sama ada Farm House atau Country House.

Semak Harga

Uncle Wong Happy Farm

11 Aktiviti atv Port Dickson untuk team building

Alamat: Lot 11886, Bukit Permata, 71010 Lukut, Negeri Sembilan

Telefon: 011-54191343

Kalau anda dan pasukan suka aktiviti outdoor serta sukan lasak, Uncle Wong Happy Farm adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti team building di Port Dickson. 

‘Team building venue’ ini menawarkan pelbagai aktiviti best seperti berkayak, menaiki ATV dan pedal boat.

Malah, kawasannya sangat luas dengan beberapa laluan ATV yang berbeza dan terdapat juga tasik di dalam taman untuk aktiviti air.

Untuk aktiviti team building yang lebih bermakna, Uncle Wong Happy Farm turut menyediakan kemudahan tapak camping dan BBQ.

Inilah peluang terbaik untuk bersantai, menghabiskan masa bersama, makan dan bercerita di unggun api.

Semak Harga

Ancasa Residence

12 Apartment menarik untuk team building

Alamat: 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Tanjung Tanah Merah, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Telefon: +606-662 7288

Dengan pakej serendah RM 850 (20-39 pax) untuk 2 hari 1 malam, anda dan pasukan boleh menginap dengan selesa dan melakukan pelbagai aktiviti team building menarik.

Senang sahaja, anda boleh booking pakej team building Port Dickson dengan pihak Radiant Retreat dan mereka akan menguruskan semuanya.

Selain itu, pakej ini termasuk twin sharing dalam apartmen 2 bilik tidur dan apartmen 3 bilik tidur, sewaan dewan, makanan hotel, program sepanjang penginapan dan juga hadiah untuk peserta.

Kadar bilik: Dari RM 172 semalam

Ulasan pengunjung:

"Sesuai untuk aktiviti keluarga/berkumpulan. pangsapuri bersih & kemas. Bilik sangat luas, tilam selesa, bantal lembut. Pool best, paling penting ada acess ke Pantai Teluk Kemang.."
Semak Harga
4/5 - (15 votes)
Tags: Negeri SembilanPort Dicksontempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved