senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

17 Aktiviti Outdoor Di Selangor Untuk Semua & Wajib Pergi

Nora by Nora
May 10, 2024
in Travel
17 Aktiviti Outdoor Di Selangor Untuk Semua & Wajib Pergi
61
SHARES
6.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Aktiviti bermain paintball di Selangor
  • 2. Melihat kelip-kelip di Selangor
  • 3. Aktiviti water rafting 
  • 4. Tempat menarik untuk keluarga di Selangor
  • 5. Go Kart Petaling Jaya
  • 6. Aktiviti air dan merakit
  • 7. Aktiviti atv riding 
  • 8. Aktiviti flying fox
  • 9. Forest adventure di Selangor
  • 10. Aktiviti paragliding 
  • 11. Rock climbing di Selangor
  • 12. Tempat hiking di Hulu Langat
  • 13. Tempat hiking di Selangor
  • 14. City karting di Selangor
  • 15. Tempat memancing di Selangor
  • 16. Mandi air terjun di Selangor
  • 17. Melihat haiwan di Selangor

Bagi warga Selangor dan KL yang mencari outdoor activities, anda bertuah!

Selangor memang tempat yang menarik dengan pelbagai pilihan aktiviti termasuk aktiviti lasak, aktiviti indoor dewasa, team building activities in Selangor dan juga water activities Selangor.

Apabila matahari terbenam, bandar ini meriah dengan pelbagai aktiviti malam di Selangor.

Sama ada anda merancang untuk datang seorang diri, bersama keluarga, atau rakan-rakan, pasti terdapat nama aktiviti yang menarik yang sesuai dengan minat.

Jadi, jom explore destinasi menyeronokkan ini!

Senarai outdoor activities in Selangor

Mudtrekkerz Paintball Park

1 Aktiviti bermain paintball di Selangor

Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor

Telefon: 0163231144

ADVERTISEMENT
paintball activities in selangor

Selain sesuai dijadikan aktiviti team building di Selangor, golongan remaja dan orang dewasa pasti akan bergembira merasai pengalaman seolah-olah menjadi seorang tentera komando.

Antara tiga aktiviti utama yang disediakan ialah paintball, ride ATV dan electric mini scooter.

Jadi, jom ajak rakan ramai-ramai ke Mudtrekkerz Paintball Park!

ADVERTISEMENT
Semak Harga

Kelip-Kelip Kampung Kuantan Kuala Selangor

2 Melihat kelip-kelip di Selangor

Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor

Telefon: 0332891439

kelip-kelip kampung kuantan

Terletak hanya 9 km dari Kuala Selangor, Pusat Santuari Kelip-kelip ini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. 

Kampung Kuantan ini popular kerana menjadi habitat kelip-kelip yang begitu banyak.

Menurut Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS), tempat ini menerima pelancong dari pelbagai negara seperti Jepun, Korea, United Kingdom, China, Amerika Syarikat, Arab Saudi, dan Asia Tenggara. 

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk menaiki sampan dan nikmatilah keindahan cahaya kelip-kelip di sepanjang sungai.

Waktu operasi: Dibuka dari 7:30 malam – 10:30 malam

Semak Harga

Kuala Kubu Bharu

3 Aktiviti water rafting 

Alamat: Water Rafting, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Telefon: 0195134193

Adakah anda peminat aktiviti air? Jika jawapannya ya, cuba aktiviti water rafting ni!

Anda akan menerima latihan ‘water confidence’ yang membantu anda bersedia sebelum mula bermain.

Jangan risau, para jurulatih semuanya berpengalaman dan mereka akan memberi tunjuk ajar untuk memastikan anda rasa selamat dan tidak panik ketika berada dalam air. 

Pakej yang ditawarkan di sini termasuk gambar dan video, jadi anda boleh membawa pulang kenangan tersebut.

Semak Harga

Sunway Lagoon Theme Park

4 Tempat menarik untuk keluarga di Selangor

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Di Padang Besar Untuk Membeli-Belah

Telefon: 0356390000

Sebut sahaja Sunway Lagoon, semua orang pasti kenal. Tapi, apa ‘fun activities in Kl and Selangor’ yang anda boleh buat di sini? 

Taman tema air di Selangor ini menawarkan pelbagai aktiviti air yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. 

Jadi, tiada masalah untuk ibu bapa mengajak anak-anak mereka ke tempat menarik di Selangor ini terutama pada hujung minggu dan hari cuti.

Tarikan utama: Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Scream Park, Lost Lagoon & Extreme Park

Pengunjung bolehlah menginap di Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Resort Hotel kerana sehari di sini memang tak cukup, tau!

Semak Harga

Morac Go Kart Track 1 Utama

5 Go Kart Petaling Jaya

Alamat: 1 Utama Shopping Centre, Lot 60947, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Tel: 011-2570 7005

Morac Go Kart Track 1 Utama

Landasan 420m direka untuk aksi karting yang mendebarkan bagi semua pemain. 

Pilih antara kart Sodi RT10 solo atau 2Drive berkembar untuk pengalaman karting terbaik.

Kemaskini perjalanan anda melalui Apl Morac untuk live timing, rakaman POV, dan kongsikan aksi anda di media sosial.

Selepas pusingan panas, rehatkan diri anda di kedai makan di tempat tarikan sambil menonton perlumbaan yang mengujakan.

Semak Harga

Tadom Hill Resort, Banting

6 Aktiviti air dan merakit

Alamat: 2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Telefon: 0125225908

Tadom Hill, Banting – Tempat hebat untuk aktiviti air! Siapa tak suka bermain air, betul tak? Boleh datang dengan rakan atau keluarga, pasti seronok! 

Pelbagai aktiviti menarik disediakan, termasuk rakit, water confidence, dan water slides. 

Kalau suka cabaran lasak, cuba ATV, flying fox, go kart, mendaki bukit, memanah dan banyak lagi dengan cas tambahan.

Tambah lagi, pengunjung berpeluang menginap di penginapan berasaskan kayu buluh. 

Semak Harga

Atv Adventure Park Kemensah

7 Aktiviti atv riding 

Alamat: Atv Adventure, Kampung Kemensah, 68000, Selangor

Telefon: 019-244 8544

Sudahkah anda mencuba aktiviti ATV di ATV Adventure Park Kemensah? 

Terletak di Kampung Kemensah, tempat ini menawarkan pengalaman mencabar di dalam hutan sambil melihat pemandangan menghijau.

Terdapat pelbagai pilihan laluan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Anda boleh memilih laluan yang pendek atau panjang, bergantung pada tahap keberanian anda.

Semak Harga

Zipline, Shah Alam

8 Aktiviti flying fox

Alamat: Zipline Shah Alam, Persiaran Tasik, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Telefon: +60183666272

flying fox activities in selangor

Tahukah anda bahawa Zipline Shah Alam adalah zipline awam pertama di Malaysia? 

Ia adalah tarikan yang menawarkan pengalaman meluncur di udara sepanjang 240 meter merentasi tasik. 

Anda akan rasa seperti ‘superhero’ melintasi hutan dan sungai dengan kelajuan yang pantas. Seronok kan? 

Lebih menariknya, mereka menggunakan sistem brek tercanggih dari USA untuk memastikan keselamatan pengunjung.

Cuba ‘outdoor activities in Selangor’ yang menarik ini bersama rakan-rakan atau keluarga anda!

Semak Harga

Skytrex Adventure, Sungai Congkak

9 Forest adventure di Selangor

Alamat: SKYTREX Adventure Sg Congkak, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, Hulu Langat, Selangor, Malaysia

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong

Telefon: +60132769841

Skytrex Adventure Sg Congkak membawa pengalaman ‘eko-rekreasi’ yang benar-benar unik.

Anda akan melalui halangan udara di atas ketinggian 5 hingga 22 meter! Ia adalah pengalaman trekking hutan kanopi yang pertama di Malaysia. 

Apa yang lebih menarik, Skytrex Adventure Sg Congkak mempunyai Flying Fox Park pertama oleh Skytrex, dengan laluan yang lebih panjang daripada cawangan lain. 

Anda juga dapat menikmati pemandangan yang indah dari Chongkak Park & Resort dan sungai Congkak yang mengalir di bawah laluan aktiviti.

Dan jangan lupa, terdapat lokasi Skytrex Adventure yang menarik di tempat lain juga:

  • Skytrex Langkawi dengan Surf Board dan X-bridge.
  • Skytrex Melaka yang menawarkan Tarzan Swing pertama dan Malaysia Skybike, basikal-kabel pertama di Malaysia.
Semak Harga

Paragliding, Bukit Jugra

10 Aktiviti paragliding 

Alamat: Bukit Jugra, Jugra, Banting, Selangor, Malaysia

Telefon: +60331872825

paragliding activities in selangor

Tahu tak, di Bukit Jugra ada aktiviti menarik yang boleh kita cuba? Ia dipanggil Paragliding!  

Aktiviti ini semakin popular di kalangan tempatan dan pelancong. Terletak di Jugra, sebuah bandar bersejarah di Kuala Langat. 

Bukit Jugra juga merupakan tempat yang bagus untuk ‘outdoor activities in Selangor’ seperti mendaki, paragliding, dan menuruni bukit dengan trike. 

Adakah anda berminat untuk mencuba? Pastikan untuk datang pada bulan Mac hingga September. Masa penerbangan adalah pagi dan petang selama 5-10 minit.

Pakej termasuk insurans, foto/video GoPro, pemindahan, bayaran tapak, bayaran terbang, dan hidangan ringan.

Semak Harga

Gua Damai Xtreme Park

11 Rock climbing di Selangor

Alamat: No 15 blok 2, Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor

Telefon: 0124812005

activities lasak in selangor

Gua Damai Xtreme Park merupakan destinasi pilihan untuk peminat aktiviti lasak memanjat dinding. Sesuai untuk ‘beginner’ dan pakar.

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lasak lain seperti caving, flying fox, abseiling, dan banyak lagi.

Di sini, terdapat lebih daripada 70 ruang memanjat dan peralatan memanjat juga disediakan kepada pengunjung yang berminat.  

Untuk yang baru mula, ada baiknya belajar kemahiran memanjat terlebih dahulu sebelum mencuba!

Semak Harga

Gunung Nuang

12 Tempat hiking di Hulu Langat

Alamat: Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor

Telefon: N/A

outdoor activities in selangor

Gunung setinggi 1493 meter ini menawarkan cabaran laluan berbatu, turun naik, dan tanah licin ketika hujan. 

Nikmati keindahan alam dan udara segar di Gunung Nuang, Hulu Langat. Tapi, ia tidak sesuai untuk pendaki pemula.

Jika anda ingin lebih lama berada di sini, bolehlah berkhemah, tetapi jangan lupa menjaga kebersihan kawasan hutan. 

Pastikan juga maklumkan aktiviti pendakian kepada pihak keselamatan untuk keselamatan anda. 

Semak Harga

Bukit Broga

13 Tempat hiking di Selangor

Alamat: Jln Broga, 43500, Semenyih Selangor

Telefon: N/A

hiking activities in selangor

Sudah pernah ke Bukit Broga? Ia mungkin tidak setinggi gunung lain, tapi ia adalah tempat menarik untuk dijadikan destinasi riadah dan mendapatkan udara segar. 

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Tuaran Sabah Pelbagai Aktiviti Best

Terkenal di kalangan pendaki Selangor, pendakian di sini hanya mengambil masa sekitar 20 hingga 25 minit bergantung kekuatan anda.

Apa yang menarik, pemandangan dari puncaknya sangat memukau! Jadi, jika anda mencari ‘outdoor activities in Selangor’, jangan lepaskan peluang untuk ke siini!

Semak Harga

City Karting Shah Alam

14 City karting di Selangor

Alamat: Litar Go Kart, Tempat Letak Kereta Stadium, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 0355125868

Jom tinggalkan permainan GTA dan alami keseronokan memandu kart sebenar di City Karting! Ini salah satu trek terbaik di KL. Sesuai untuk kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa.

Bagi ibu bapa dengan anak kecil, anda boleh membawa mereka di dalam kart 2 tempat duduk. Pilihan tempat duduk yang berbeza boleh dipilih, sama ada kart 2-stroke atau kart 4-stroke 

Pastikan untuk memulakan dengan kart 4-stroke sebelum mencuba yang lebih pantas, iaitu kart 2-stroke 

Jadi, bila lagi anda mahu bermain karting sebenar?

Waktu operasi: 10 pagi – 10 malam (Selasa – Ahad), 10 pagi – 7 malam (Isnin)

Semak Harga

Hulu Langat Fishing Resort

15 Tempat memancing di Selangor

Alamat:  Jalan Sentosa 11/A, Taman Desa Sentosa, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 0146373979

Cari tempat untuk berehat, melepak dan meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan?  

Datanglah ke Hulu Langat Fishing Resort, tempat memancing terbaik di Selangor! Di sini, anda akan menemui kolam pancing yang luas dan penginapan yang selesa. 

Jika anda tidak memiliki peralatan memancing, jangan risau, semuanya boleh disewa. Mari memancing dari platform peribadi yang selesa! 

Semak Harga

Air Terjun Kanching

16 Mandi air terjun di Selangor

Alamat: Kanching Eco Forest, Rawang, Selangor

Telefon: N/A

air terjun di selangor

Satu lagi tempat mandi di Selangor yang sangat menarik ialah Air Terjun Kanching. Air Terjun Kanching ini terletak di antara Kuala Lumpur dan Rawang.

Menarik lagi, air terjun Kanching ini bertingkat tujuh tingkat. Pengunjung boleh berkelah dan mandi manda sambil dikelilingi alam semula jadi.

Antara air terjun di Selangor lain yang menarik: Air Terjun Chiling, Air Terjun Sungai Pisang, Sungai Gabai Waterfall, Air Terjun Bukit Saga & Serendah Air Terjun

Semak Harga

Farm In The City

17 Melihat haiwan di Selangor

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Telefon: 0107627612

zoo in selangor

Anda peminat haiwan comel? Datanglah ke Seri Kembangan untuk mengunjungi Farm In The City!

Selain itu, anda boleh melihat dan memberi makan haiwan-haiwan comel yang berkeliaran bebas di dalam zoo ini. 

Terdapat 11 habitat yang berbeza, termasuk Pets Village, Bird Aviary, Turtle & Tortoise Farm, Rabbit Farm dan sebagainya. 

Jadi, bila lagi anda mahu berinteraksi dengan haiwan-haiwan yang comel ini? Mari kunjungi zoo ini sekarang!

Semak Harga
4/5 - (15 votes)

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved