senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

16 Resort Menarik Di Selangor Untuk Percutian Hebat

Nora by Nora
September 22, 2023
in Travel
16 Resort Menarik Di Selangor Untuk Percutian Hebat
9
SHARES
932
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Resort Pantai Philea Mines
  • 2. Resort mewah di Selangor
  • 3. Resort di Pulau Carey
  • 4. Resort menarik di Puchong untuk keluarga
  • 5. Resort menarik di Cyberjaya
  • 6. Resort menarik di Kuala Selangor
  • 7. Resort di tengah-tengah hutan di Rawang
  • 8. Resort menarik untuk solo traveler di Selangor
  • 9. Resort menarik di Selangor untuk healing
  • 10. Resort menarik di Banting
  • 11. Resort menarik ada kolam renang dengan gelongsor di Semenyih
  • 12. Resort tersembunyi di Serendah, Selangor
  • 13. Resort  menarik di Kajang
  • 14. Resort menarik untuk keluarga di Selangor ada taman tema
  • 15. Resort menarik di Hulu Langat
  • 16. Penginapan menarik di Selangor

Cari resort menarik di Selangor untuk percutian anda? Contohnya, Beach Resort Selangor?

Bayangkan diri anda ‘relax’ di tepi kolam renang, menikmati pemandangan alam semula jadi dari luar balkoni atau hanya ‘spend time’ bersama keluarga tercinta. 

Bagaimana jika anda datang bercuti di sini? Bukan apa, sama ada bersama keluarga atau ‘solo’, anda akan merasai keselesaan seperti di rumah sendiri di tempat bercuti di Selangor.

Malah, menjelang akhir tahun ni, banyak tempat penginapan menarik di Selangor menawarkan promosi diskaun yang menarik. 

Adakah anda ingin tahu lebih lanjut tentang peluang percutian di Selangor? Apakah tarikan terbesar negeri ini? Anda boleh membaca artikel lain dari pautan ini.

Senarai resort menarik di Selangor

Mines Beach Resort

1 Resort Pantai Philea Mines

Alamat: Jalan Dulang, Mines Wellness City, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Tel: 03-8943 6688

ADVERTISEMENT
resort pantai philea mines

Ingin pengalaman percutian yang mewah, penuh privasi dan keselesan di Selangor? Datanglah ke Philea Mines Beach Resort, bersebelahan dengan Kelab Golf Mines Resort.

Resort ini menawarkan 171 bilik yang selesa dengan balkoni menghadap tasik yang indah. 

Terdapat juga pantai, kolam lagun, Mines Cruise, 4 pilihan restoran, padang golf, spa dengan rawatan Ayurveda, sukan air, dan banyak lagi kemudahan menarik.

Jom meluangkan masa di Philea Resort Seri Kembangan bersama orang tersayang!

ADVERTISEMENT

Harga purata: Dari RM 137

Ulasan pengunjung:

“Tempat yang menakjubkan untuk bersantai. Berdekatan dengan Mines Mall. Uptown hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel....”
Selanjutnya Di Agoda

Avani Sepang Goldcoast Resort

2 Resort mewah di Selangor

Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor

Telefon: 03-3182 3600

resort mewah di selangor

Avani Sepang Goldcoast Resort menawarkan 4 jenis bilik yang sesuai untuk keluarga, honeymoon atau mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan Lembah Klang.

Resort menarik di Selangor ini hanya berjarak seminit berjalan kaki dari pantai Bagan Lalang. 

Setiap bilik dilengkapi balkoni dengan pemandangan laut dan dihiasi dalam tema kayu tradisional. 

avani sepang goldcoast resort

Nikmati masa santai di kolam renang infiniti, bersenam di gym, berbasikal, sertai kelas yoga, makan di 6 restoran, atau rileks di spa. 

Bagi yang mencari lebih banyak privasi, vila atas air juga tersedia! 

Harga purata: Dari RM 540

Ulasan pengunjung:

“Tempat santai terbaik. Pemandangan yang bagus dan perkhidmatan kakitangan yang super-duper terbaik! Saya sangat tertekan dalam bekerja jadi memerlukan tempat seperti ini untuk berehat..”
Selanjutnya Di Agoda

Amverton Cove Golf & Island Resort 

3 Resort di Pulau Carey

Alamat: PT673, Jalan Pulau Carey, Mukim Jugra, 42960 Pulau Carey, Selangor, Malaysia

Telefon: +603 3123 3888 / +603 3123 3800

resort di pulau carey

Resort mesra keluarga terbaharu di Amverton Cove ini berdekatan dengan Kampung Budaya Mah Meri dan hanya 45 minit dari KLIA. 

Malah, ia betul-betul bersebelahan dengan Taman Survival Riverine dan Taman Tema Riverine Splash Water. 

Resort 4 bintang ini juga pernah memenangi Best Family Theme Park (MATFA Golden Horse Award).

Sesuai untuk percutian keluarga atau pasangan yang mencari aktiviti yang menyeronokkan!

Harga purata: Dari RM 308 

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Untuk Kanak-kanak Di KL & Selangor

Ulasan pengunjung:

“Pengalaman hebat dari company trip kami! 3H2M. Tempat yang besar dengan hotel, taman (Taman Air, Taman Survival) dan golf…”
Selanjutnya Di Agoda

Espira Kinrara

4 Resort menarik di Puchong untuk keluarga

Alamat: Jalan Kinrara 6, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor

Telefon: 03-8079 1000

resort menarik di puchong

Espira Kinrara ialah sebuah resort yang terletak di pinggir Bandar Kinrara, Puchong, bersebelahan dengan Bukit Jalil dan Putrajaya. 

Ia menawarkan 100 bilik tetamu yang luas dengan akses terus ke kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang menjadi tumpuan utama resort. 

Selain itu, terdapat kemudahan golf dan tempat sesuai untuk mengadakan acara dan mesyuarat.

Jadi, ia adalah destinasi yang sempurna untuk percutian atau urusan perniagaan anda!

Harga purata: Dari RM 297 

Ulasan pelanggan: 

“Terdapat beberapa jenis bilik untuk dipilih, dan kami mendapat bilik di tepi kolam renang. Ini sangat baik kerana kanak-kanak boleh bermain di kolam kanak-kanak pada bila-bila masa, dan ibu bapa boleh duduk di tepi kolam atau dari bilik untuk memantau mereka…”
Selanjutnya Di Agoda

Cyberview Resort & Spa

5 Resort menarik di Cyberjaya

Alamat: The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: 03-8312 7000

cyberview resort & spa

Resort 5 bintang ini terletak di tengah-tengah taman seluas 12 hektar, berdekatan dengan tempat menarik Putrajaya seperti Tasik Putrajaya dan Masjid Putra

Pilih bilik suite atau kotej romantik yang dilengkapi balkoni, peti sejuk mini, Wi-Fi percuma, dan kemudahan membuat teh/kopi. 

Cyberview Resort & Spa Cyberjaya menawarkan menawarkan kolam renang luar gaya lagun, gim, spa, tab mandi panas, dan 3 jenis restoran dengan hidangan Asia dan Itali. 

view luar resort cantik di selangor

Anda juga boleh bermain bola keranjang, tenis, atau memancing di tasik. Tempat yang ideal untuk mesyuarat korporat, sambutan ulang tahun, majlis perkahwinan, dan Hari Keluarga

Harga purata: Dari RM 210

Ulasan pelanggan: 

“Ia adalah resort yang sangat cantik dengan taman landskap yang sangat cantik. Lobi adalah sangat luas dan berbau harum dengan aroma minyak pati…”
Selanjutnya Di Agoda

The Kabin Kuala Selangor

6 Resort menarik di Kuala Selangor

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Telefon: 017-924 7800

the kabin resort menarik di selangor

The Kabin adalah sebuah resort berkonsepkan kontena dengan reka bentuk moden dan minimalis. 

Di sini, anda juga akan menjumpai sebuah kafe, kawasan BBQ, bilik permainan, ruang karaoke, surau, serta perkhidmatan sewaan basikal dan papan paddleboard.

kolam renang luar dengan view cantik

Nikmati pengalaman santai di The Kabin bersebelahan Pantai Remis!

Harga purata: Dari RM 160

Ulasan pengunjung:

“Berbaloi dengan wang, tempat yang sangat baik untuk membawa rakan dan keluarga anda. Hotel ini terletak berhampiran pantai..”
Selanjutnya Di Agoda

Templer Park Rainforest Retreat

7 Resort di tengah-tengah hutan di Rawang

Alamat: 22, Jalan 3/2, Templer Height, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

Telefon: 016-203 8562

resort di selangor

Resort di Selangor ini menawarkan pemandangan hutan hujan dan dekat dengan air terjun Hutan Simpan Kanching.

Anda boleh memilih villa Templer Park moden 4 bilik tidur atau rumah unik 5 bilik tidur dari kontena.

outdoor pool di selangor

Kemudahan lengkap seperti kolam renang infiniti, dapur terbuka, jacuzzi, taman, sauna, kolam renang kanak-kanak, BBQ, dan dek dengan pemandangan gunung.

Sesuai untuk penginapan bersama keluarga atau rakan.

Harga purata: Tiada maklumat

Ulasan pengunjung:

“Tempat yang bagus dengan kedamaian dan ketenangan bergabung dengan keindahan alam semula jadi. Tempat yang bagus dengan keluarga dan tempat percutian yang bagus untuk berehat sebentar…”
Selanjutnya Di Agoda

Sarang By The Brook

8 Resort menarik untuk solo traveler di Selangor

Alamat: Jalan Seruling 20,, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Telefon: 019-332 2448

resort menarik untuk healing

Dikelilingi oleh hutan hijau, resort menarik di Selangor ini hanya 5 km dari Kuala Kubu Bharu Hot Spring.

Bilik-biliknya selesa dengan balkoni, bilik mandi suite, penghawa dingin, dan kemudahan membuat teh/kopi.

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Gombak Untuk Aktiviti Outdoor

Fasiliti termasuk ‘outdoor saltwater pool’, dapur berkongsi, dan tempat BBQ. Anda juga boleh sertai aktiviti jungle trekking dan white-water rafting.

Ia menawarkan suasana healing dan konsep minimal yang menarik.

Harga purata: Dari RM 152 

Ulasan pengunjung:

“Dikunjungi selama satu malam dan benar-benar menikmati penginapan saya! Hos sangat mesra dan membantu. Tempatnya sangat bersih dengan kolam renang 24 jam dan ruang dapur yang boleh anda lakukan sendiri...”
Selanjutnya Di Agoda

Beacon Resort Selangor

9 Resort menarik di Selangor untuk healing

Alamat: PT 4049, Mukim Sungai Gumut,, Kampung Gumut Tambahan, 44100 Kerling, Selangor

Telefon: 019-833 3378

tempat percutian menarik di selangor

Apabila anda tiba di Beacon Resort, anda pasti akan menyukai suasana sekelilingnya.

Selain daripada bercuti bersama keluarga, resort menarik di Selangor ini juga sesuai untuk healing, day trip, aktiviti team building atau company trip. 

hot spring pool di selangor

Menariknya, mereka menawarkan perkhidmatan penjagaan holistik peribadi oleh pasukan perubatan profesional. 

Di samping itu, pelbagai kemudahan disediakan termasuk kolam air panas semula jadi, pusat spa, peluang untuk memberi makan ikan, mandi sungai serta jungle trekking.

Harga purata: Dari RM 100

Ulasan pengunjung:

“Suka seluruh suasana resort. Sangat bagus untuk keluarga bersantai dan bersantai. Kolam air panas, urutan tangan percuma, kakitangan yang mesra dan sedia membantu. bilik yang bersih dan selesa, hidangan buffet…”
Hotel Terdekat

Tadom Hill Resorts, Banting

10 Resort menarik di Banting

Alamat: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang,42700 Banting, Selangor

Telefon: 012 5225 728

tadom hill resort yang menarik

Tadom Hill Resort adalah destinasi ideal bagi pencinta alam dengan pondok-pondok yang dibina daripada buluh dan dikelilingi pokok menghijau serta berhampiran tasik. 

Anda boleh memilih dari pelbagai jenis penginapan, termasuk khemah pra-pitched, pondok jerami peribadi, dan bilik berhawa dingin. 

Sarapan pagi dan tempat letak kereta adalah percuma, dan terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti rakit buluh, memanah, ATV, zipline flying fox, dan banyak lagi. 

Disyorkan untuk team building bersama sekumpulan besar! 

Harga purata: Dari RM 150

Ulasan pengunjung:

“Sangat seronok untuk pembinaan pasukan kami di sini. Fasilitator yang hebat, makanan, kemudahan..”
Selanjutnya Di Agoda

Paradise Valley Broga Resort

11 Resort menarik ada kolam renang dengan gelongsor di Semenyih

Alamat: Lot 1742 & 1369, Jalan Tarun 27/23, B34, Jln Broga, Broga, 43500 Semenyih, Selangor

Telefon: 011-1668 6188

resort ada kolam di selangor

Cari resort menarik di Hulu Langat? Marilah ke Paradise Valley Semenyih!

Paradise Valley Resort, dikelilingi oleh hutan hujan, menawarkan percutian santai dengan pelbagai jenis buah organik dan aktiviti rekreasi seperti mendaki Bukit Broga, berjalan ke ladang buah, flying fox, dan banyak lagi.

tempat percutian menarik di selangor

Nikmati kolam renang dengan pemandangan bukit hijau yang menakjubkan, sesuai untuk mesyuarat, aktiviti pembinaan pasukan, percutian keluarga, dan majlis perkahwinan.

Lupakan seketika kesibukan bandar dan nikmati udara segar gunung di Paradise Valley!

Harga purata: Dari RM 136 

Ulasan pengunjung: 

“Ia benar-benar satu perjalanan yang menyenangkan untuk menginap dan menikmati di Paradise Valley Broga Resort. Banyak pilihan aktiviti. Penginapan selesa dan bersih. syorkan tempat ini kepada orang lain….”
Selanjutnya Di Agoda

Sekeping Serendah Retreats 

12 Resort tersembunyi di Serendah, Selangor

Alamat: Sekeping Serendah Retreats, Jalan Ipoh, Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor

Telefon: 012-324 6552

sekeping serendah di selangor

Tempat percutian menarik di Selangor ini terletak dalam hutan hujan, hanya 10 minit berjalan kaki dari Air Terjun Serendah dan berhampiran Taman Eko Rimba Kanching.

Bilik-biliknya dibina di atas platform, termasuk chalet kaca dan struktur keluli bergaya industri. Walaupun tiada talian telefon, Wi-Fi disediakan. 

Semuanya menawarkan pemandangan hutan, kipas siling, kelambu, pancuran mandian terbuka, dan dapur kecil. Kemudahan termasuk BBQ dan 2 kolam renang luaran.

bilik menarik dengan pemandangan hutan hijau

Resort di Selangor ini ideal untuk kumpulan kecil atau percutian keluarga yang ingin berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi. Jom rehatkan diri anda di Sekeping Serendah!

BACA JUGA  19 Theme Park Hotel Terbaik Malaysia 2024 (Taman Air Popular)

Harga purata: Dari RM 500

Ulasan pengunjung:

“Ini adalah tempat untuk mereka yang sukakan suasana terapi hutan, shinrin-yoku, dan mengelakkan pemasangan khemah. Rumah kampung seperti dibina dengan baik…”
Homestay Terdekat

Embun Resort @ Putrajaya

13 Resort  menarik di Kajang

Alamat: Lot 11571 Bukit Dugang, Sg Merab, Desa Putra, 43000 Kajang, Selangor

Telefon:  011-2185 4013

embun resort putrajaya

Embun Resort Putrajaya menawarkan pengalaman unik dengan tema taman dan ‘nature’. Terdapat dua resort di Malaysia, satu di Putrajaya dan satu lagi di Kampar, Perak.

Selain itu, menyediakan dewan mesyuarat, tempat acara dan persembahan, kemudahan kolam renang serta bilik hotel untuk pelbagai acara.

Terdapat lebih dari 20 aktiviti luar seperti trekking hutan, flying fox, kayaking, river tubing dan banyak lagi.

kolam renang menarik di selangor

Tempat ini popular dalam kalangan keluarga, pasangan, dan pelancong perniagaan. Ia turut sesuai untuk majlis perkahwinan, team building, atau hari keluarga.

Harga purata: Dari RM 132

Ulasan pengunjung:

“Ia adalah tempat yang sangat bagus disyorkan untuk mereka yang ingin "menyembuhkan"..”
Selanjutnya Di Agoda

Sunway Resort 

14 Resort menarik untuk keluarga di Selangor ada taman tema

Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-7492 8000

resort menarik di selangor untuk keluarga

Terletak di Bandar Sunway, hotel mewah 5 bintang ini terkenal dengan taman tema Sunway Lagoon dan berdekatan pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Sunway Resort Hotel menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang, spa, wonderland kids club, waterventure, dan Gordon Ramsay Bar & Grill pertama di Malaysia. 

Semua bilik, suite, dan villa telah diperbaharui dengan teknologi terkini, termasuk suite kesihatan dan perniagaan.

bilik cantik di selangor

Keluarga pasti akan gembira dengan Suite Keluarga yang dilengkapi karaoke serta konsol permainan pada skrin besar.

Nikmati penginapan mewah dan hiburan tanpa henti di sini!

Harga purata: Dari RM 647

Ulasan pengunjung:

“Tempat yang bagus jika anda ingin meluangkan masa di dalam resort (mempunyai semua aktiviti - membeli-belah, makan, hiburan - yang mungkin diperlukan).....”
Selanjutnya Di Agoda

Dedaun Langat Resort 

15 Resort menarik di Hulu Langat

Alamat: PT 86, Kampung Orang Asli, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: 01155026056

resort menarik di hulu langat

Dedaun Langat Resort adalah destinasi ideal untuk bercuti di Hulu Langat dengan bunyi serangga dan suasana hutan yang menenangkan.

Terletak hanya 15 minit dari Gunung Nuang dan Hutan Lipur Sungai Congkak, resort Hulu Langat ini terletak di Kampung Orang Asli Hulu Langat yang terkenal dengan buah tropika. 

Nikmati penginapan yang luas dengan bilik mandi peribadi, dan akses kepada kolam renang luaran serta taman air mini untuk kanak-kanak.

Sarapan pagi percuma turut disediakan. Jom nikmati percutian di Hulu Langat dengan Dedaun Langat Resort!

Harga purata: Dari RM 216

Ulasan pengunjung:

“Pengalaman kampung asli, tempat yang layak, tempat yang indah untuk bersantai dengan pemandangan hijau di luar bilik..”
Resort Terdekat

Carpe Diem Orchard Home Serendah

16 Penginapan menarik di Selangor

Alamat: 803, Main Road, Kampung Sungai Choh, 48200 Serendah, Selangor

Telefon: 013-228 8223

carpe diem resort menarik di selangor

Resort ala kampung ini terletak dalam kehijauan tropika dan tidak jauh dari pusat bandar Rawang dan Air Terjun Hutan Hujan Kanching.

Di Carpe Diem Resort, anda boleh berenang di kolam renang dengan gelongsor, BBQ, berbasikal, memancing, memetik buah-buahan, bermain pingpong dan trampolin.

Selain itu, nikmati permainan tradisional seperti congkak, capteh, dan petanque.

Tempat ini sesuai untuk percutian korporat, latihan pasukan, majlis perkahwinan, atau reunion keluarga.

Harga purata: Dari RM 292

Ulasan pengunjung:

“Suasana kampung macam dulu dulu. Sangat tenang. Anak memang seronok sangat kolam depan bilik ja. Suasana kampung mcm dulu dulu mmg best..."
Homestay Terdekat
Tags: resort menarik di selangorSelangor

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved