senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

Terokai Keunikan Taman Botani Putrajaya: Taman Terbesar Di Malaysia

Nora by Nora
October 2, 2023
in Travel
taman botani putrajaya
3
SHARES
289
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Sejarah Taman Botani Putrajaya
  • 2. Keunikan Taman Botani Putrajaya
  • 3. Aktiviti menarik di Taman Botani Putrajaya
  • 4. Tarikan utama dalam taman
  • 5. Kemudahan di Taman Botani Putrajaya
  • 6. Tip untuk melawat Taman Botani Putrajaya
  • 7. Cara ke Taman Botani Putrajaya
  • 8. Harga tiket Taman Botani Putrajaya
  • 9. Tarikan berdekatan Taman Botani Perdana

Anda mencari destinasi yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, lepak bersama rakan, atau dating dengan pasangan? 

Taman Botani Putrajaya di tengah bandar KL adalah pilihan terbaik!

Di sini, anda boleh picnic, berjogging, menyewa basikal mengelilingi taman yang cantik dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Ingin tahu lebih lanjut tentang harga tiket dan pilihan sewa basikal di taman di Putrajaya ini? Jangan risau, kami ada info berguna untuk anda.

1 Sejarah Taman Botani Putrajaya

Awalnya dikenali sebagai Lake Garden, kemudian menjadi Taman Tasik Perdana, dan pada tahun 2011, nama tempat ini berubah lagi menjadi Taman Botani Perdana. 

Dibuka untuk umum pada 31 Ogos 2001 dan dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 4 Februari 2003.

Bagi yang belum tahu, taman berkeluasan 92 hektar ini juga terkenal di seluruh asia;

ADVERTISEMENT
  • Dianugerahkan sebagai ‘Taman Paling Menakjubkan di Asia’ oleh Yayasan Chelsea Diraja, London pada tahun 2008. 
  • Tersenarai di antara 40 taman yang mempesonakan di Asia dalam buku ‘Paradise Found: Journeys Through Noble Gardens of Asia’.

2 Keunikan Taman Botani Putrajaya

Digelar “mother of all gardens”, taman awam di Putrajaya ini berkonsepkan “floral attractions” dan menghimpunkan lebih dari 750 spesies tumbuhan dan 8 taman botani.

Ia juga menempatkan:

Astaka Morocco

Astaka Morocco atau juga dikenali Moroccan Pavilion Putrajaya mengambil inspirasi dari seni bina Maghribi.

ADVERTISEMENT

Ia juga merupakan simbol pertukaran budaya antara Malaysia dan Morocco. 

astaka moroco di putrajaya
Kredit gambar: myra.namirah.azman

Pengunjung boleh mengambil gambar yang menarik di pelbagai sudut cantik seperti pintu masuk dan kolam air yang terinspirasi oleh Al Hambra di Sepanyol. 

Dekorasi dinding bangunan Astaka Morocco Putrajaya ini dihiasi dengan ukiran corak dan kaligrafi yang menakjubkan.

Kredit gambar: xhdrx
Astaka Morocco
Kredit: malaysiafoodandtravel

Untuk memasuki bangunan ini, ada bayaran masuk yang berpatutan, tetapi jika hanya ingin bergambar di luar, tiada bayaran. 

BACA JUGA  19 Tempat Menarik Di Labuan Untuk Dikunjungi

Anda boleh mendapatkan tiket masuk ke Astaka Morocco di pintu masuk Taman Botani, dan perlu diingat bahawa Astaka tutup pada hari Selasa.

Jangan lupa ootd di Astaka Morocco Putrajaya! 

Rumah Johor

rumah johor

rumah johor di taman botani putrajaya

3 Aktiviti menarik di Taman Botani Putrajaya

Selain menikmati keindahan alam semula jadi, taman awam ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya:

Piknik

Bawa keluarga atau rakan-rakan anda untuk piknik di kawasan yang telah disediakan atau berkelah di tepi tasik sambil menikmati suasana alam semula jadi yang menenangkan.

Anda boleh membawa tikar, makanan sendiri atau membeli makanan ringan di taman ini. Jom join Taman Botani Putrajaya picnic!

taman awam putrajaya
Kredit: tamanawamputrajaya

Berjalan / berbasikal / menaiki trem / berjogging

Kawasan ini mempunyai laluan jogging dan basikal yang cantik yang membolehkan anda menjelajahi taman dengan cara yang aktif.

Malah, pengunjung boleh menaiki trem, menyewa basikal dan melalui lorong-lorong yang berlindung serta menghirup udara segar.

berbasikal di taman botani putrajaya
Kredit gambar: lovemily1985

Beriadah di taman permainan

Bagi keluarga dengan kanak-kanak kecil, terdapat juga taman permainan. 

Mereka boleh bermain dengan selamat sementara anda menikmati keindahan sekeliling.

Memberi ikan makan

Di sini, anda boleh menikmati pemandangan tasik yang luas dan memberi makan kepada pelbagai spesies ikan dengan membawa makanan sendiri seperti roti. 

Ia adalah aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Diingatkan untuk berhati-hati dalam memberi makan ikan dan pastikan untuk membuang sampah dengan betul.

taman di putrajaya
Kredit: tamanawamputrajaya

Spot bergambar

Fotografi adalah salah satu aktiviti yang popular di taman cantik ini.

Terdapat banyak lokasi menarik yang sesuai untuk merakam kenangan indah seperti di Astaka Morocco.

tempat menarik untuk ootd
Kredit: pejorocket

4 Tarikan utama dalam taman

Pusat penyelidikan dan pemuliharaan

Taman ini memiliki pelbagai spesies tumbuhan termasuk pokok hutan, zingiberalis & heliconia, spesies eksotik, dan lain-lain lagi.

Para penyelidik dan pelajar sering melawat taman ini untuk menjalankan penyelidikan berkaitan dengan spesies-spesies ini.

Laman perdana

Menariknya kawasan yang luas di tengah taman ini dilengkapi dengan bumbung berkonsep simetri yang unik.

Selain itu, menjadi tempat persinggahan popular untuk pengunjung yang ingin berehat setelah menjelajahi sebahagian besar taman.

BACA JUGA  Terselamat Musibah Tanah Jelus KL: Haridath Memeluk Islam Temui Cinta Ilahi

Tempat pilihan popular untuk mengadakan acara istimewa di Putrajaya.

laman perdana di taman botani putrajaya

Taman herba dan rempah

Di sini, terdapat koleksi herba dan rempah yang memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami khasiat setiap tumbuhan herba.

Sesuai untuk membawa anak-anak mempelajari lebih lanjut tentang tumbuhan herba yang menarik.

Taman sunken

Taman Sunken adalah kawasan terbuka yang dipenuhi dengan tumbuhan berwarna-warni dan reka bentuk geometri yang seakan-akan taman istana.

taman sunken
Kredit: nic_in_the_garden

Taman rusa

Taman Rusa yang seluas 2 hektar ini adalah tempat tinggal bagi Rusa Holland yang menarik.

Walaupun taman ini kecil, ia adalah tempat yang sesuai untuk membawa anak-anak kecil untuk mengenali rusa. 

Taman bunga raya

Kerana bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia, taman ini mempunyai pelbagai jenis bunga raya, termasuk yang berwarna jingga, putih, merah jambu, dan banyak lagi.

Turut mempunyai kolam air terjun setinggi 4 meter dan bangunan bergaya kolonial.

Taman orkid

Taman ini menempatkan lebih kurang 5000 spesies bunga orkid, dan anda pasti akan terpesona dengan koleksi orkid ini.

Herbarium

Jika anda ingin lebih mengenali spesies tumbuhan di taman ini, jangan lupa kunjungi ruang herbarium. 

Terdapat kira-kira 4000 spesimen herbarium hasil kutipan dari seluruh taman Malaysia dan ruang ini membantu penyelidik mengumpul data tentang tumbuhan.

jam suria di putrajaya
Jam suria di taman botani putrajaya, Kredit: stephycheong0330

5 Kemudahan di Taman Botani Putrajaya

Berikut adalah beberapa kemudahan dan laluan berpandu menarik yang boleh anda nikmati ketika melawat Taman Botani Putrajaya:

Kemudahan umum:

  • Sewaan basikal
  • Padang majlis keraian (boleh menyewa taman untuk majlis perkahwinan di dalam taman, hari keluarga, hari jadi, mesyuarat, dan sukaneka)
  • Tempat letak kereta
  • Siar kaki sisiran tasik
  • Trek jogging
  • Tandas, surau, gazebo, taman permainan, kafe dan kedai cenderamata

Laluan berpandu:

  • Laluan jelajah (Meniti kanopi sepanjang 170 meter yang merentasi hutan hujan tropika)
  • Denai helikonia
  • Taman pepanjat
  • Bukit palma 
  • Taman suria (Pelajari cara membaca waktu menggunakan jam suria)
  • Taman flora (Terdapat koleksi tumbuhan dan landskap menarik dari Amerika Tropika, Afrika, dan Asia Pasifik)

menaiki trem di taman botani putrajaya
Menaiki trem di taman botani putrajaya

6 Tip untuk melawat Taman Botani Putrajaya

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk lawatan anda ke taman ini:

  • Datang pada hari cuaca cerah dan waktu pagi untuk pengalaman yang terbaik.
  • Kunjungi Pusat Maklumat Pelawat untuk maklumat terkini tentang taman botani dan aktiviti di sana.
  • Gunakan basikal atau naik tram untuk mengelilingi taman yang luas ini.
  • Jangan lupa bawa air minum dan makanan ringan, tetapi jangan tinggalkan sampah di taman.
  • Pastikan memakai kasut yang selesa kerana mungkin perlu berjalan jauh untuk melihat keindahan taman botani.
  • Bawa payung atau topi kerana cuaca di Putrajaya boleh menjadi panas dan hujan pada masa yang sama.
  • Pastikan membawa air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi semasa berjalan-jalan di taman botani.
  • Bawa kamera untuk mengambil gambar keindahan taman botani .
BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Semenyih Selangor Untuk Di Singgah

7 Cara ke Taman Botani Putrajaya

Terletak di Presint 1, Putrajaya, Malaysia dan beralamat:  Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Taman ini beroperasi setiap hari dari jam 7 pagi hingga 7 malam. 

Untuk sampai ke Taman Botani Putrajaya, terdapat beberapa pilihan:

  • Kenderaan sendiri: Jika memandu kereta sendiri, taman ini mempunyai tempat kereta yang luas dan anda boleh gunakan aplikasi Waze atau Google Map untuk panduan ke Taman Botani Putrajaya.
  • Pengangkutan Awam: Naik bas dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau naik keretapi ke stesen Putrajaya Sentral, dan dari sana naik teksi / Grab ke taman.

Apabila tiba di sini, pastikan anda mendapatkan peta taman untuk merancang perjalanan dengan lebih baik.

8 Harga tiket Taman Botani Putrajaya

Anda boleh masuk ke Taman Botani Putrajaya secara percuma. 

Namun, terdapat caj berasingan untuk masuk ke Astaka Morocco (Pavilion Maghribi) dan untuk aktiviti seperti menaiki trem atau sewa basikal Taman Botani Putrajaya.

Naik tremIndividu/DewasaRM 7.00 /paxRM 5.00/pax (MYKAD) 
Pelajar/AnakRM 6.00/paxRM 4.00/pax (MYKAD)
BasikalIsnin JumaatTempat duduk bujangRM10.00/unit/jamRM 8.00/unit/jam (MYKAD)
Isnin JumaatPembawa BayiRM12.00/unit/jamRM 9.00/unit/jam (MYKAD)
Hujung minggu & cuti umumTempat duduk bujangRM12.00/unit/jamRM 10.00/unit/jam (MYKAD)
Hujung minggu & cuti umumPembawa BayiRM14.00/unit/jamRM12.00/unit/jam (MYKAD)

9 Tarikan berdekatan Taman Botani Perdana

Selepas itu, kunjungi tempat-tempat menarik berhampiran seperti Taman Burung KL, Memorial Tun Abdul Razak, Tugu Negara, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama, Muzium Kesenian Islam, dan Masjid Negara. 

Jadi, apa tunggu lagi? Temui keindahan semula jadi dan habiskan masa yang indah di taman terbesar di Malaysia ini! 

4/5 - (5 votes)
Tags: Kuala Lumpurlake gardenputrajayaSelangortaman botani putrajayatempat menarik di putrajaya

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved