Korang ingat lagi tak pada awal Mac lalu ada kecoh isu pelakon jelita, Uqasha Senrose yang dikatakan seorang kaki buli ketika zaman sekolah menengahnya.
Cerita itu tidak berhenti sehingga situ saja kerana rupanya Uqasha bertindak dengan saman individu yang dikatakan memfitnah dirinya.

“Tuntut di padang mahsyar,”
Kini lain pula cerita apabila seorang pengguna laman X mendedahkan rakannya yang pernah menjadi mangsa buli pelakon Ugasha Senrose ketika zaman persekolahan sudah meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.
Susulan pemergian wanita berkenaan, individu berkenaan seolah-olah menyalahkan pelakon berkenaan dan berharap Uqasha gembira dengan pemergian sahabatnya.
Malah individu menerusi ciapan di X, berharap agar pelakon filem Paku Pontianak mendapat pembalasan atas perbuatannya di Padang Mahsyar kelak.




Menjengah ke ruangan komen, Uqasha memuat naik posting menerusi aplikasi X dengan meminta orang ramai mendoakan saudara yang sedang beperang di Tanah Palestin daripada melayan perkara yang tidak bermanfaat.

Apa pun, kami doakan semua salah faham ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan diakhiri dengan kedamaian dari dua-dua pihak.