senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

Pernah Terfikir Tak Macam Mana Sesebuah Hotel Mencapai Standard 5 Bintang?

afiqa by afiqa
November 28, 2023
in Travel
Pernah Terfikir Tak Macam Mana Sesebuah Hotel Mencapai Standard 5 Bintang?
6
SHARES
595
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bila booking hotel, kebanyakkan antara kita inginkan kebersihan dan harga bilik hotel yang berbaloi untuk didiami tidak kira untuk satu atau dua malam.

Bukan tu saja, pasti ada juga yang memilih kemudahan hotel yang sesuai dengan ahli keluarga, misalnya kolam atau kawasan bebas merokok.

Jadi, baru-baru ini kami menemu bual RI Sugu, General Manager DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort apakah piawaian sesebuah hotel untuk mencapai tahap 5 bintang?

Menurutnya, bagi memenuhi standard hotel 5 bintang adalah sesebuah hotel itu perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MOTEC.

Banyak aspek yang perlu dititik beratkan untuk mencapai tahap 5 bintang antaranya jumlah bilik, kemudahan yang ada di sekitar hotel seperti kolam mandi, spa, gym, taman permainan, tempat khas OKU, gelanggang tenis yang mana tidak semua hotel ada kemudahan ini.

Bukan itu saja, barang kemudahan yang disediakan di dalam bilik mandi dan bilik tidur seperti jenis sabun, katil, lampu dan banyak lagi elemen yang berkait untuk dapatkan standard hotel 5 bintang.

Sugu

Eforea SPA

Bercakap tentang spa, kami yakin tak semua hotel menyediakan perkhidmatan spa dan apa yang menarik tentang spa mereka adalah semua pekerja yang mereka ambil mempunyai sijil.

Malah, menurut Encik Sugu, pihak DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort membuat kerjasama dengan kolej komuniti untuk dapatkan pengalaman selepas habis belajar.

Jadi kami berpeluang merasai sendiri servis skrub dan urutan badan dari Eforea Spa, memang badan kami rasa sangat segar selepas badan di urut dan di skrub.

Kalau korang nak tahu lagi spa mereka terbahagi kepada empat bahagian iaitu tiga untuk single dan satu untuk couple.

ADVERTISEMENT

Setiap satu bilik mempunyai namanya tersendiri iaitu Juniper, Sage, Pine dan Neroli. Malah, ada juga urutan khas untuk bahagian kaki dan bahu sahaja.

BACA JUGA  Kecoh Ular 'Naik' Kapal Terbang ke Sabah! Penumpang Sangka Pendaratan Kecemasan Sebab Cuaca

Paling best lagi, Eforea spa menggunakan produk Krestin Florian yang hanya boleh didapati di Singapura saja.

Memang sangat sesuai untuk anda yang inginkan tempat yang tenang, jauh dari hiruk pikuk bandar atau lebih tepat, healing.

Jangan risau yang ada anak tu sebab dekat sini terdapat banyak kemudahan untuk anak kecil misalnya Kid’s Club dan juga kolam renang penuh dengan taman permainan.

ADVERTISEMENT

Dari review jujur dari lubuk hati kami, kami sarankan korang pergi dekat sini untuk rasai sendiri keseronokkan dan ketenangan kemudahan yang disediakan.

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    253 shares
    Share 101 Tweet 63
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    115 shares
    Share 46 Tweet 29
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    224 shares
    Share 90 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved