senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Fahami Kesihatan & Sifat Peribadi Seseorang Dari Bentuk Pusat Badan

leav by leav
April 3, 2024
in Tips

Foto: Elitereaders

334
SHARES
1.5k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ada pelbagai bentuk pusat manusia, dan ini adalah salah satu anggota tubuh yang sering diabaikan ramai, kecuali jika anda seorang yang kerap membersihkannya setiap hari. Soalan buat anda, pernah tak memperhatikan bentuk pusat anda? Untuk pengetahuan anda, kesihatan dan sifat peribadi seseorang dapat dilihat dari bentuk pusat.

Pertama, bentuk pusat yang seperti tombol (ada benjolan) biasanya orang yang memiliki tenaga kuat, seperti Giant dari komik jepun Doraemon. Namun, harus berhati-hati kerana ada kemungkinan anda menderita hernia. Kedua, pusat yang bentuknya menonjol, biasanya mudah terdedah terhadap virus seperti flu.

Ketiga, pusat yang bentuknya sedikit mengulung biasanya orang yang susah membuang air besar, atau proses pencernaannya kurang lancar, berisiko susah menurunkan berat badan. Berikutnya, pusat yang bentuknya seperti biji almond cenderung menderita sakit otot dan migrane.

Terakhir, pusat yang bentuknya seperti huruf U pula berkemungkinan menderita penyakit kulit dan masalah ginjal. Sudah tahu mengenai kaitan pusat dengan kesihatan, bagaimana pula dengan sifat seseorang? Semak berikut ini.

Bulat

Bentuk yang bulat dan dalam, menandakan dia seorang yang optimistik. Dia selalu melihat sesuatu dari sisi yang cerah. Pintar dalam berkomunikasi, ada hubungan yang baik dengan sahabat dan keluarga. Selain, kewangannya juga lumayan.

Besar

Ukuran yang besar dan dalam, menandakan keuntungan. Sifat bijaksana, murah hati dan unggul dalam pengurusan. Kemungkinan akan gagal beberapa kali di usia muda, namun akan menjadi seorang yang berjaya di usia tua, khususnya pada usia 40 tahun ke atas.

Kecil

Pusat jenis ini menandakan kelemahan dan sifat negatif. Kebanyakkan tugas atau pekerjaan yang tidak menjadi. Jadilah lebih positif!

Menonjol

Pusat yang menonjol, bermaksud sikap keras kepala. Biasanya sukakan perhatian, sering dimanfaatkan oleh orang lain. Sebaiknya jangan suka menjadi penjamin orang lain dengan mudah.

ADVERTISEMENT

Ke Atas

Pusat ini merupakan bentuk ideal. Dia mempunyai sifat peribadi yang ceria, mudah beradaptasi dengan orang lain, bertenaga, dan mudah meraih kejayaan.

Ke Bawah

Bentuk pusat yang mengarah ke bawah, bermaksud kurang bertenaga, selalu meninggalkan pekerjaan yang belum selesai.

Oval

Pusat ini biasa dimiliki oleh orang yang agak ragu-ragu, selalu berfikir terlalu banyak dan melepaskan banyak peluang.

Lebar

Pusar yang lebar menandakan dia memiliki kewaspadaan yang tinggi, selalu curiga, dan memiliki kemahuan yang besar. Sebaiknya, jadilah seorang yang lebih terbuka dan berkomunikasi untuk membawa keuntungan yang baik.

ADVERTISEMENT

Berpusar

Biasanya dimiliki oleh orang yang kerap gagal dalam soal cinta. Baru bercinta sekejap… dah putus. Tak sempat nak ber’cia cia cia’. Dalam soal kesihatan pula, harus lebih diperhatikan.

Huruf “Y” Terbalik

Baik lelaki mahupun perempuan, soal kewangan, kesihatan dan keluarga, anda sangat bagus.

Sudah tahukan kaitan bentuk pusat dan sifat peribadi. Sebaiknya, sifat peribadi kita yang kurang baik kita ubahlah segera. Sila kongsikan kepada sahabat handai dan keluarga jika difikirkan bermanfaat.

Sumber : Elite Readers

Tags: pusat

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    433 shares
    Share 173 Tweet 108
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    150 shares
    Share 60 Tweet 38
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    122 shares
    Share 49 Tweet 31
  • 20 Tempat Menarik Di Yan Kedah Untuk Pencinta Alam Semulajadi

    287 shares
    Share 115 Tweet 72
  • 13 Tempat Menarik Di Senai Untuk Dikunjungi

    83 shares
    Share 33 Tweet 21

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved