senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Fesyen

Ada Tawaran Menarik Bila Shopping Raya Dekat Sunway Pyramid!

afiqa by afiqa
March 19, 2024
in Fesyen, Lifestyle
Ada Tawaran Menarik Bila Shopping Raya Dekat Sunway Pyramid!
198
SHARES
19.8k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Lebih kurang sebulan je lagi sebelum menjelang syawal, jadi kami ada berita baik sempena mereka yang menyambut raya Aidilfitri pada tahun ni.

Berita baik tu, pihak Sunway Pyramid menyediakan hadiah eksklusif untuk siapa saja yang membeli-belah di Sunway.

Bagusnya lagi, penebusan hadiah ini tidak terhad untuk semua orang walaupun pembelian dilakukan sempena kempen hari raya.

Maksudnya tak kiralah anda berbangsa cina ke, india ke, semua orang berpeluang asalkan kita sama-sama happy dapat shopping.

Seni berkonsepkan kontemporari

Selain daripada membeli-belah, korang pun boleh melihat dekorasi pada bahagian depan pintu gerbang masuk yang memiliki elemen Moorish yang unik.

Dekat sini, korang boleh check out corak yang berwarna-warni pada bahagian dinding yang penuh dengan seni. 

Senang kata, semua seni dekorasi yang ada dekat pameran ni memang sedaplah mata memandang. 

Bolehlah nak ber-ootd dengan berlatar belakangkan ala-ala Morrocco style dekat sini.

ADVERTISEMENT

Lihatlah gambar-gambar yang kami sempat ambil ketika berkunjung ke sini. 

Rasai suasana padang pasir

Bukan itu saja, terdapat juga dekorasi motif mosaic dan juga mural hasil air tangan anak seni tempatan, Nas Suha bagi menghidupkan suasana di Magribi.

Bahagian permaidani mereka menggunakan warna yang dapat menambahkan lagi seri konsep Morocco’s Souk. Memang cantik dan rugi kalau tak pergi.

Disebabkan mereka memang ingin menarik pembeli Sunway Pyramid untuk singgah di pameran ini, jadi mereka ada juga menyediakan kerusi rehat untuk pengunjung duduk berehat sebentar sambil melihat atau mengambil gambar dekorasi yang ada di situ.

ADVERTISEMENT

Jangan risau, tiada bayaran yang dikenakan untuk mengambil gambar di situ. 

Shopping & Tebus hadiah!

Apa yang lagi menarik, kepada sesiapa yang membeli belah RM350 ke atas boleh dapat hadiah eksklusif terutama kepada pemegang kad kredit Aeon.

  • Belanjakan RM350 (RM250 untuk pemegang kad kredit Aeon) dalam 2 resit dan berpeluang untuk tebus Gaya Raya Packet Set
  • Belanjakan RM1,200  (RM1,100 untuk pemegang kad kredit Aeon) dalam 2 resit dan berpeluang untuk tebus Glass Canister Set
  • Belanjakan RM5,000  (RM4,900 untuk pemegang kad kredit Aeon) dalam 2 resit dan berpeluang untuk tebus Getha Travel Kit.
BACA JUGA  Musim Monsun: Harga Sayur Bakal Naik Tiga Kali Ganda

Pihak Sunway juga faham bila bershopping pada bulan puasa ini sudah tentu, jadi akan mengambil masa yang lama jadi kepada pengunjung beragama Islam, anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak restoran halal di sini.

Cumanya anda perlu membuat tempahan awal terlebih dahulu dan elakkan datang secara walk-in supaya anda boleh berbuka puasa dengan tenang dan tidak terburu-buru.

Selamat menjalankan ibadah puasa dan semoga raya bersama Sunway Pyramid tahun ini dapat membahagiakan ahli keluarga anda.

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved