Hidangan chicken chop yang lengkap ini biasanya menampilkan sekeping isi ayam, sama ada dipanggang atau digoreng dalam adunan dan disalut dengan serbuk tepung.
Selain itu, chicken chop biasanya dimakan bersama sos lada hitam dan beberapa hidangan sidedish seperti coleslaw dan kentang goreng.
Seringkali dilabel sebagai makanan barat, sebenarnya chicken chop ini bukanlah hidangan makanan barat.
Sebenarnya, chicken chop ni adalah hidangan yang asal usul dari Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia & Singapura).
Chicken chop ini boleh didapati di restoran dan kopitiam di Malaysia, chicken chop sebenarnya adalah juadah yang dicipta oleh etnik Cina Hainan.
Sejarah Asal Usul Chicken Chop, Ciptaan Penduduk Tanah Melayu

Kalau nak tahu, penciptaan makanan chicken chop ini bermula pada zaman penjajahan di Tanah Melayu.
Mengikut sejarah, semasa gelombang kedua penghijrahan orang Cina ke Asia Tenggara sekitar awal abad ke-19, pendatang dari selatan China tiba di wilayah ini untuk mengubah nasib masing-masing.
Cina Hokkien dari Fujian serta Kantonis, Teochew dan Hakka dari Guangdong adalah kumpulan pertama yang tiba di Tanah Melayu dan Singapura yang dijajah British.
Mereka kemudiannya terlibat secara aktif dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan.
Manakala Cina Hainan yang berasal dari wilayah Hainan juga merupakan kumpulan pendatang yang tiba lewat sedikit berbanding yang lain.
Apabila mereka tiba di Tanah Melayu dan Singapura, kebanyakan sektor ekonomi utama dikuasai oleh kumpulan Cina yang lain.
Disebabkan ini, kebanyakan orang Cina Hainan biasanya menjadi pembantu rumah untuk kediaman British dan Cina Peranakan.
Selain itu, mereka juga biasanya berkhidmat sebagai pembantu dapur dan tukang masak di kem tentera British, kapal, restoran dan hotel pada zaman penjajahan.
Orang Hainan dipercayai membawa sejenis hidangan daging khinzir yang digoreng dalam salutan tepung, tetapi daging khinzir agak sukar didapati di Tanah Melayu.
Pada masa itu, ayam digunakan sebagai pengganti dan sudah pasti pelanggan ketika itu juga termasuk pegawai dari British.
Etnik Cina Hainan pertama di Tanah Melayu mempelajari dan mengadaptasi teknik-teknik masakan dari Barat
Antara hidangan yang dipelajari oleh Cina Hainan seperti hidangan berunsurkan panggang, sup krim, kentang goreng, roti dan pastri.
Bahan masakan Barat juga telah dimasukkan ke dalam pantri mereka. Ia termasuklah sos Perrins Worcestershire, sos HP dan sos tomato, dan apa-apa bahan perasa yang sering digunakan oleh orang British.
Selepas itu, ramai orang Cina Hainan mula terlibat dalam perniagaan dan memilih membuka kopitiam. Juadah-juadah yang dijual kemudian dikenali sebagai juadah Hainan tempatan hari ini.
Mereka mula menyewa bangunan-bangunan kosong yang ditinggalkan oleh peniaga-peniaga asing yang terpaksa menutup perniagaan masing-masing ketika dunia dilanda Great Depression.
Sehubungan itu, ramai orang Cina Hainan memilih untuk membuka kopitiam dan menyajikan hidangan yang dikenali sebagai juadah Hainan tempatan.
Berbekalkan pengetahuan yang dipelajari sewaktu berkerja di dalam dapur British, orang Cina Hainan telah menggabungkan teknik dan bahan masakan Timur dan Barat untuk menghasilkan hidangan baru dan unik.
Ini termasuk, roti bakar kaya, pai ayam, stew kambing, roti babi dan sudah tentu, dan chicken chop. Disinilah, nama chicken chop kemudian wujud.
Hidangan ini kemudiannya disesuaikan dengan hidangan Inggeris iaitu satu hidangan perlu mengandungi protein sebagai makanan utama dan disertakan dengan sayur-sayuran dan sumber kanji (nasi digunakan ketika itu) kemudian dihidangkan dengan sos masam manis yang berasingan.
Ya, chicken chop bukanlah makanan barat tetapi sebaliknya lebih kepada hidangan fusion dari 3 negara dan dicipta di Tanah Melayu.
Begitulah kisahnya bagaimana juadah yang disangka ramai orang berasal dari Barat ini rupa tercipta di tanah air kita.
Tonton video:
@aliffchannelofficial Rupanya chicken chop ni asal dari tanah melayu 😆 Baru tahu~ 🥲 #chickenchop# #resepisimple #makanan #asianfood #foodie #resepitiktok #resepiairfryer ♬ original sound – Aliff Channel