senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Food

Adakah Haram Makan Tapai Yang Memang Ada Alkohol?

leav by leav
May 28, 2024
in Food
Adakah Haram Makan Tapai Yang Memang Ada Alkohol?
5
SHARES
471
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tapai sememangnya sinonim dengan makanan tradisional Melayu dan sering dijadikan menu semasa majlis keraian atau perkahwinan.

Tapai ialah sejenis makanan yang ditapai contohnya makanan popular dunia seperti tempe, yogurt dan kimchi.

Antara jenis tapai yang ada ialah tapai nasi, tapai pulut dan tapai keladi.

mengikut sejarah, ia dikatakan berasal dari negara Sabah dan dipopularkan oleh etnik Kadazan-Dusun-Murut, tetapi kaya dengan sumber probiotik.

Adakah tapai mengandungi alkohol?

Ya, tapai sebenarnya mengandungi alkohol. Proses penapaian mungkin menyebabkan tapai mengandungi lebih sedikit alkohol.

Bagi orang Islam mengambil sebarang bentuk arak adalah dilarang sama sekali.

Jadi satu bentuk kontroversi mengatakan tapai adalah haram untuk orang Islam makan. Adakah benar?

ADVERTISEMENT

Berita baiknya, Majlis Fatwa Malaysia telah menyatakan tapai halal untuk dimakan.

Ini kerana kandungan alkohol terkandung didalamnya terlalu sedikit dan tidak memabukkan.

Proses pembuatannya juga bukan seperti proses pembuatan minuman arak.

Alkohol hanyalah kesan sampingan daripada proses penapaian dan tidak ada tujuan untuk menjadikannya sebagai sumber untuk memabukkan seseorang.

ADVERTISEMENT

Jadi, tidak ada masalah bagi orang Islam untuk makan tapai, walaupun kesannya sangat bertentangan jika dibandingkan dengan arak.

Cuma berhati-hati, jangan makan terlalu banyak kerana apa-apa yang berlebihan adalah tidak baik dan membazir.

Tahukah anda, tapai mempunyai beberapa manfaat lain? Antara khasiatnya ialah:

1 Sumber probiotik yang kaya

Makanan yang ditapai kaya dengan probiotik. Mikroorganisma yang baik di dalamnya berfungsi untuk melawan bakteria jahat dalam sistem imun kita.

Malah ia dikatakan mampu meningkatkan sistem imun badan kita.

2 Membantu menstabilkan suhu tubuh badan

Makan tapai ketika demam dikatakan boleh membantu mengurangkan suhu badan. Kandungannya mampu menyejukkan suhu dalam darah dan kulit anda kerana sifat bakteria baiknya.

BACA JUGA  Tips Simpan Daging Dalam Peti Ais Agar Tahan Lama

Tidak ada kajian tentang ini tetapi kadang-kadang nasihat orang tua ini berkesan juga. Cubalah kerana tiada salahnya makan tapai ketika selsema.

3 Memberi tenaga kepada badan

Tapai mengandungi karbohidrat yang tinggi dan boleh memberikan kesan yang sama seperti makan nasi atau makanan berkarbohidrat lain.

Malah, tapai membantu protein untuk diasingkan dengan lebih baik oleh sel-sel dalam badan.

Tapai juga membantu memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan dan menukarkannya kepada tenaga.

4 Membantu membaiki neuron dan sistem otot

Dibuat melalui proses penapaian, ia akan menghasilkan tiamin, sejenis kandungan yang berfungsi membantu membaiki neuron dan sistem otot. Atas sebab ini, badan anda akan rasa bertenaga selepas makan tapai.

5 Dipercayai dapat merawat masalah jerawat

Tapai adalah kaedah tradisional untuk merawat masalah jerawat. Ia mampu membantu meneutralkan kandungan toksik yang wujud dalam liang roma pada kulit anda. Kotoran ini sebenarnya punca utama kulit anda mudah dijangkiti jerawat.

Jadi selepas ini, jika ada yang bertanya apa rahsia ‘flawless’ anda, sebut saja tapai!

Tonton video:

@aliffchannelofficial Replying to @Aliza Mansor Terima kasih bagi soalan! 😃 So siapa pernah makan tapai? Ada rasa mabuk tak? #tapai #food #kuih #makanan #foodreview #alkohol #halal #halalfood ♬ original sound – Aliff Channel
Tags: tapai

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved