senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Food

Zus Coffee Natural? Tak Apa, Ini Kedai Kopi Tempatan Yang Best

Nora by Nora
May 20, 2024
in Food
Kedai Kopi Tempatan
5
SHARES
490
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kopi antara minuman yang wajib untuk mereka yang nak pergi bekerja setiap pagi atau disajikan sebagai minum petang.

Aromanya yang mengusik hidung dan setiap tegukan kopi itu membuatkan diri makin bersemangat untuk memulakan rutin harian.

Dari kopi hitam yang pekat hingga kopi susu yang creamy, terdapat pelbagai pilihan untuk dinikmati mengikut selera anda.

Bagi anda yang kerap menikmati Zus Coffee tetapi ingin menukar selera, berikut adalah beberapa kedai kopi tempatan untuk pengemar kopi:

1 Bask Bear Coffee

Bernaung di bawah syarikat sama yang mengendalikan Tealive dan cawangan ke-100 berada di Suria KLCC.

Selain daripada menggunakan biji kopi terbaik dari seluruh dunia, kopi signature mereka juga menggunakan gula aren Borneo sebagai pengganti gula.

Nikmati kopi latte best seller mereka – “Aren Signature Coffee” yang pasti lagi sedap dinikmati bersama-sama roti bakar Perancis yang rangup!

ADVERTISEMENT

2 San Francisco Coffee

San Francisco Coffee

Jenama kopi popular dari Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan kopi menggunakan biji kopi premium. 

Walaupun namanya membayangkan ia berasal dari San Francisco, sebenarnya rangkaian kafe ini bermula di Malaysia sejak 1997 dan semakin mendapat tempat di hati peminat kopi tempatan. 

ADVERTISEMENT

Bagi mengekalkan kualiti, kopi lokal ini tidak menggunakan biji kopi yang telah dipanggang lebih dari sebulan atau melebihi seminggu selepas beg kopi dibuka.

3 Richiamo Coffee

Richiamo Coffee

Menjadi pilihan golongan muda dan mahasiswa yang mencari kopi premium dengan harga lebih rendah.

Pernah mendapat anugerah ‘Brand of the Year’ dalam World Muslimpreneur Award.

Selain kopi, mereka juga menyediakan pelbagai hidangan halal lain seperti smoothies, pasta dan set nasi dengan pelbagai lauk.

4 Gigi Coffee

Gigi Coffee

Dihasilkan daripada 100% biji kopi Arabica, jenama kopi tempatan yang menampilkan pelbagai varian kopi yang disukai rakyat Malaysia.

BACA JUGA  Nama Panggilan Lain Daging Babi Yang Harus Anda Ketahui

Semua biji kopi juga diperakui HACCP, ISO22000 dan Halal.

5 Kopi Dua Darjat

Kopi Dua Darjat

Bermula sebagai gerai kopi tepi jalan di Sungai Besi semasa pandemik, kini Kopi Dua Darjat mempunyai lebih 50 cawangan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Menawarkan kopi ala kampung yang lebih kaw menggunakan biji kopi tempatan, namun diolah dengan cara moden.

Turut mempunyai perisa sirap, karamel, susu dan vanila.

6 Kopi Saigon

Kopi Saigon

Korang nak rasa kopi Vietnam yang asli? Cuba Kopi Saigon!

Saigon tu nama lama ibu negara Vietnam yang sekarang dikenali sebagai Ho Chi Minh. 

Menggunakan biji kopi premium jenis Robusta serta kaedah ‘dripping’ menggunakan Phin Filter, Kopi Saigon memberikan rasa kopi Vietnam yang authentic.

Dengan pelbagai pilihan kopi menarik seperti Kopi Kelapa, Yogurt dan Charcoal bermula dari RM10 sahaja, kini anda boleh menikmati kopi Vietnam setiap hari tanpa menjejaskan bajet.

7 Old Town White Coffee

Old Town White Coffee

Korang semua dah mencuba Old Town White Coffee ke belum? 

Ia satu francais kopi yang terkenal di Ipoh, Perak. Kopi Hainan ni diperkenalkan oleh imigran Cina dari Hainan dulu. 

Cara penyediaannya pun unik. Biji kopi disangai ringan dalam marjerin, kemudian disaduh dengan karamel dan ditambah sus pekat. 

Hasilnya, kopi ni rasa sangat pekat dan sedap!

8 The Great Coffee Club

The Great Coffee Club

Dimiliki selebriti popular Awal Ashaari, kedai kopi ini menawarkan pelbagai pilihan kopi yang sedap untuk dinikmati oleh pencinta kopi.

Konsep kedai yang unik dan menu yang pelbagai menjadikan ia destinasi menarik untuk mendapatkan pengalaman kopi istimewa dalam suasana yang santai dan mesra pelanggan.

Turut menyediakan ruang sempurna sama ada untuk bekerja mahupun bersantai sambil menikmati secawan kopi pada hujung minggu.

BACA JUGA  Makan Pisang Rupanya Badan Jadi Lebih Cepat Kurus

9 Rumah Kopi Purnama

Terletak di Kajang, kedai kopi yang simple ini membolehkan anda menikmati pelbagai jenis kopi dan makanan ringan dalam suasana santai.

Kafe konsep terbuka dengan hiasan minimalis dan pemilknya juga peramah.

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved