Apa beza Hari Wesak dengan Deepavali ni? Ada apa dengan Hari Wesak? Apa beza dia dengan sambutan Deepavali?
Kita mesti pernah terfikir macam ni kan? Perbezaan antara perayaan Hari Wesak dan Deepavali yang sering menjadi tanda tanya bagi ramai.
Jauh sangat perbezaannya!
Untuk pertanyaan apa perbezaan Hari Wesak dan Deepavali ni, ia terletak pada aspek keagamaan, tujuan sambutan, dan aktiviti yang dijalankan semasa sambutan tersebut.
Deepavali disambut oleh penganut agama Hindu.
Manakala Hari Wesak disambut oleh penganut fahaman ajaran Buddha.
Deepavali adalah perayaan yang sangat penting dalam agama Hindu yang merayakan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan, pengetahuan ke atas kegelapan, dan harapan ke atas keputusasaan.
Perayaan Deepavali ini juga dikenali sebagai “Festival Cahaya” kerana rumah-rumah dan tempat-tempat ibadah dihias dengan lampu-lampu berwarna-warni untuk menyambut kedatangan kegembiraan dan kecerahan.
Mari kita fahami apa itu Hari Wesak dan apa yang membezakannya dari Deepavali.
Apa Itu Hari Wesak?

Buat pengetahuan anda, Hari Wesak adalah perayaan penting bagi penganut agama Buddha yang melambangkan kelahiran, kematian, dan pencerahan agung Buddha.
Di Malaysia, sambutan Hari Wesak ini diiringi dengan perarakan dan persembahan simbolik di kuil Buddha, termasuk bunga, lilin dan colok, yang mempunyai makna yang mendalam.
Sejarah bermulanya Hari Wesak
Mengikut sejarah, pada tahun 1950, persidangan pertama komuniti Buddha dunia telah diadakan di Kandy, Sri Lanka.
Persidangan ini menghasilkan keputusan penting seperti menetapkan tarikh sambutan, memilih simbol Dharmacakra, dan merancang bendera Buddha.
Kalau nak tahu, Hari Wesak ini disambut bersempena untuk merayakan kelahiran Putera Siddhartha Gautama, yang kemudian menjadi Buddha.
Sambutan ini berbeza di setiap negara, tetapi tujuannya tetap sama, untuk menghormati ajaran Buddha dan meraikan pengorbanannya.
Okay gais, memahami perbezaan antara Hari Wesak dan Deepavali penting untuk kita sebagai masyarakat majmuk di Malaysia menghormati pelbagai budaya dan agama di Malaysia.
Melalui sambutan Hari Wesak, kita juga dapat mengambil pengajaran tentang kesederhanaan dan kebijaksanaan dalam kehidupan.
Tonton video:
@aliffchannelofficial Hari wesak vs Hari Deepavali 🤔 #hariwesak #wesak #buddha #wesakday #perayaan #agama #budaya ♬ original sound – Aliff Channel