Biasa kita dengar air kopi adalah minuman para sufi. Malah, menikmati air kopi akan membantu mereka lebih dekat dengan tuhan.
Sebabnya, kopi boleh beri tenaga tambahan untuk berjaga malam dan kemudian beribadah dengan tuhan.
Sejarah minuman kopi bermula pada abad ke-9 di tanah tinggi Habsyah atau kini Ethiopia.
Air kopi kemudian merebak ke Mesir dan Yaman di mana ia menjadi terkenal di kalangan ulama sufi dan pada abad ke-15, minuman ini telah sampai ke Armenia, Parsi, Turki dan utara Afrika.
Menurut angka, pada hari ini dua billion cawan kopi dianggarkan dinikmati oleh masyarakat dunia setiap hari.
Para mulanya, para sufi memperkenalkan cara rebusan, namun orang Parsi menemukan cara baru dengan memanggang biji kopi bagi menghasilkan aroma.

Penanaman kopi pertama di dunia juga dilakukan oleh orang Islam.
Sekitar abad ke-15, tumbuhan itu dibawa melintasi Laut Merah ke sebuah bandar pelabuhan di Yaman yang dipanggil Mokha (Mocha).
Yaman menjadi negara pertama yang menanam dan mengusahakan kopi secara meluas.
Pada masa itu, kopi terkenal sebagai minuman ahli sufi yang menggunakannya untuk berjaga malam dan beribadah kepada ALLAH SWT.
Namun, melalui aktiviti perdagangan, kopi mula tersebar ke negara Arab lain termasuk Arab Saudi, Mesir dan Turkiye.
Kopi tiba di Mekah pada akhir abad ke-15. Minuman tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan penduduk setempat.
Kedai kopi juga mula tumbuh seperti cendawan sebagai tempat berkumpul dan bersosial penduduk Mekah.
Air kopi pernah diharamkan

Walaupun air kopi digelar minuman sufi, ia tetap tidak terlepas daripada kontroversi.
Semasa abad ke-15, Gabenor Mesir ketika itu, Ahmet Pasha membina banyak kedai kopi sebagai projek awam yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan politik.
Malangnya, kedai kopi yang semakin bertambah menjadi tempat masyarakat Arab berkumpul dan berhibur.
Kesannya, masjid semakin kurang dikunjungi kerana lebih gemar mengisi kedai kopi daripada menghadiri majlis agama di masjid.
Keadaan ini telah menimbulkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat Islam sehingga akhirnya kerajaan mengeluarkan fatwa terhadap minuman kopi dan kedai kopi.
Pada bulan Ramadan 1539, semua kedai kopi di Mesir telah dirobohkan atau ditutup selama beberapa hari.
Sultan Murad IV yang memerintah ketika itu kemudian memutuskan untuk mengharamkan kewujudan kedai kopi dan larangan ini turut disokong oleh pakar agama.
Namun, akhirnya pengukuhan kuasa ini terlerai kerana peminum kopi atau qahwa ini merupakan golongan yang terpelajar dan mempunyai pendirian politik.

Larangan tersebut akhirnya dibatalkan pada tahun 1524 atas perintah pemerintah Uthmaniyyah, iaitu Sultan Selim I dan Imam Besar Mehmed Ebussuud al-Imadi. Kedua-dua mereka telah mengeluarkan arahan supaya mereka boleh minum kopi.
Walaupun semua percubaan untuk mengharamkan kopi gagal, masih ada masa untuk Sultan Murad IV, khalifah Empayar Uthmaniyyah pada abad ke-17 untuk menetapkan hukuman mati bagi jenayah yang berkaitan dengan kopi.
Ini kerana pemerintah bimbang kedai kopi akan menjadi sarang pemberontakan dan mencetuskan pergolakan politik, beliau turut mengenakan hukuman mati kepada sesiapa yang didapati minum kopi secara terbuka.
Malah, ada sebilangan ulama yang percaya bahawa kedai kopi lebih teruk daripada kedai wain. Tempat-tempat ini disyaki menjadi pusat hasutan terhadap kerajaan.
Namun, aktiviti minum kopi kembali memuncak di empayar sekitar abad ke-18.
Pada masa sama, kopi turut berkembang di seluruh dunia dan menjadi minuman kegemaran ramai setiap pagi untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Berdasarkan kisah ini, Yasir Qadhi menjelaskan bahawa antara punca utama kopi menjadi haram ketika itu adalah kerana wujud golongan ulama yang tidak mahukan perubahan.
Akhirnya, para ulama mencapai kesepakatan bahawa minum kopi adalah suatu keharusan.
Majoriti ulama tidak lagi meragui kehalalan minuman kopi. Mereka semua adalah tokoh sufi yang hebat.
Malah ada juga yang menulis kitab-kitab yang secara khusus membincangkan tentang hukum kopi dan khasiat meminumnya, antaranya Abdurrahman bin Muhammad al-Idrus dalam Risalah Inusi as-Shofwah bi Anfusi al-Qohwah.
Tonton video:
@aliffchannelofficial Teruntuk coffee lover ☕️🩵 #kopi #kafein #minuman #nespresso #coffee #coffeetiktok #funfact #fact #faktamenarik #fakta ♬ original sound – Aliff Channel