Patung terbesar di dunia, Statue Of Unity setinggi 182 meter bukan sahaja mempunyai saiz yang luar biasa, tetapi juga nilai dan sejarah yang di sebaliknya.
Patung Statue Of Unity ini didedikasikan untuk seorang pemimpin kemerdekaan Sardar Vallabhbhai Patel, dan telah didirikan berhampiran Empangan Sardar Sarovar di Gujarat, India.
Patung ini dibuka secara rasmi pada 2018 yang lepas dan membelanjakan AS$407 juta (lebih kurang RM2 billion).
5 Fakta Unik Patung Statue of Unity Yang Tertinggi Di Dunia
Sebelum dirasmikan, patung ini telah dibantah pembinaannya oleh kumpulan masyarakat tertentu.
Walaupun begitu, patung itu masih dibuka dan dipenuhi dengan pertunjukan bunga api, tarian rakyat dan taburan kelopak bunga.
Namun, di sebalik banyak protes yang ditujukan kepada Patung Perpaduan, ternyata ada juga fakta menarik di sebaliknya di bawah ini.
1 Menjadi Patung Tertinggi di Dunia

Statue of Unity memiliki dua kali ganda ketinggian Statue Of Liberty. Dengan ketinggian 182 meter, patung ini memegang rekod sebagai patung tertinggi di dunia.
Statue of Unity juga mengalahkan ketinggian patung The Spring Temple Buddha yang mempunyai ketinggian sekitar 153 meter yang terletak di Wilayah Henan, China.
2 Pembinaan mengambil masa sekitar 4 tahun

Memetik laporan The Telegraph, patung itu dibina dengan kos sekitar AS$407 juta atau bersamaan RM 2 billion dan mengambil masa sekitar 4 tahun untuk dibina.
Untuk menjadikan patung berkenaan nampak sama dengan watak asal, pengukir Ram V Sutar bekerjasama dengan ahli sejarah dan juga orang yang pernah bertemu dengan Sardar Patel dengan memadankan sekitar 2 ribu imej.
Patung itu diperbuat daripada kira-kira 1,700 tan gangsa, 18,500 tan keluli dan 6,500 tan keluli berstruktur. Sementara itu, pembinaan utama dibina daripada 180 ribu meter padu konkrit.
3 Mendapat bantahan daripada penduduk

Pembinaan patung ini mendapat bantahan daripada penduduk kerana beberapa orang dari masyarakat setempat belum mendapat pampasan tanah atas pembinaan Statue of Unity tersebut.
Anggota kumpulan masyarakat di daerah Narmada berkata polis membawa 12 penduduk pada malam Selasa ke ibu pejabat polis. Bagaimanapun, polis menafikan telah membuat sebarang tangkapan.
Kerajaan negeri Gujerat berkata 185 keluarga terpaksa berpindah untuk membina patung itu. Mereka menerima pampasan dan diberi tanah baru seluas 475 hektar.
4 Patung dibina sangat kukuh

Dibina oleh Larsen & Toubro: L&T India, patung itu direka untuk menahan angin sekitar 180 knot/jam. Kelajuan angin adalah seperti taufan kategori 3 dan juga gempa bumi berukuran 6.5 magnitud.
5 Menjadi salah satu daya tarikan pelancong di India

Patung Statue Of Unity kini menjadi satu tarikan antarabangsa di Gujerat, India.
Pelancong yang berminat untuk ke sana akan dikenakan tiket masuk sebanyak 500 rupee atau sekitar RM29 untuk melihat patung setinggi 182 meter itu. Pengunjung boleh melihat pemandangan kawasan sekitar dan juga bukit.
Tonton video:
@aliffchannelofficial Ghupenye bukan patung liberty🗽 tu paling tinggi, statue of unity ni ha yang paling tinggi 😱 #statueofunity #patung #statueofliberty #india #fakta #faktaunik #faktadunia #patungtertinggi #gujarat ♬ original sound – Aliff Channel