Table of Contents
Jika anda membuat carian di internet, anda akan menemui banyak perbincangan popular tentang tips kecantikan termasuk air detoks.
Pada zaman moden ini, air detoks (detox) telah menjadi amalan popular ramai yang ingin membersihkan badan daripada toksin.
Malah, air detoks untuk mengempiskan perut dan menurunkan berat badan juga.
Jika anda membuat carian di internet, anda akan menemui perbincangan popular tentang petua kecantikan termasuk detoks.
Detoks adalah satu istilah baru untuk menggambarkan pelbagai resepi pemakanan dicipta untuk membersihkan badan, meningkatkan tenaga, dan membantu menurunkan berat badan secara drastik.
Namun, sejauh manakah keberkesanannya terhadap tahap kesihatan seseorang? Baca lagi berikut ini:
1 Apa Itu Air Detoks?
Air detoks biasanya dihasilkan dengan membancuh air kosong dengan hirisan buah atau sayur segar. Ia juga kerap dipanggil sebagai air infusi buah atau air berperisa buah.
Disebabkan air dibancuh dengan bahan-bahan semulajadi, air detoks dikatakan lebih berkhasiat dan kurang kalori berbanding jus buah.
Inilah yang menjadikan minuman ini menjadi pilihan ramai individu yang sedang berdiet.
Minuman segar ini juga merupakan salah satu minuman alternatif yang lebih sihat bagi menggantikan minuman bergula seperti soda dan minuman kordial.
2 Kelebihan Air Detoks Buat Kesihatan
Minuman detoks dikatakan memberi kesan positif kepada kesihatan, antaranya :
- Menyeimbangkan pH dalam badan
- Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
- Menyingkirkan toksin dalam badan
- Meningkatkan mood
- Meningkatkan tenaga
- Baik untuk kesihatan kulit muka
Walau bagaimanapun, menurut laman Healthline, adalah mustahil untuk mempercepatkan proses penyingkiran toksin dari badan dengan menggunakan air detoks.
Adalah lebih penting untuk anda kekal terhidrat setiap hari.
Tidaklah salah untuk anda amalkan minum air kosong dengan kelebihan tambahan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Selain itu, minum 8 gelas air sehari boleh memberi manfaat kesihatan seperti membantu mengurangkan berat badan berlebihan, memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan tenaga dan meningkatkan mood serta menggalakkan fungsi imun badan yang optimum.
3 Resipi Air Detoks Mudah & Cepat Di Rumah
Sangatlah mudah untuk membuat minuman ini di rumah. Apa yang anda perlukan ialah buah-buahan segar, sayur-sayuran dan herba.
Hiris herba yang anda suka dan masukkan ke dalam air panas atau sejuk.
Lebih banyak bahan yang anda tambah, lebih kuat minuman yang terhasil akan rasa.
Bawah ini antara gabungan bahan yang anda boleh cuba :
- Daun pudina dan hirisan timun
- Halia dan lemon
- Oren dan blackberry
- Tembikai dan pudina
- Grapefruit dan rosemary
- Oren dan lemon
- Strawberi dan daun selasih
- Epal dan kulit kayu manis
Jika nak buat air detoks sejuk, anda boleh biarkan di dalam peti sejuk selama 1 hingga 12 jam untuk memastikan rasa semulajadi bertahan lebih lama.
Harus dingat, pastikan buang hirisan buah-buahan, sayur-sayuran dan herba selepas tempoh 12 jam untuk mengelakkannya daripada ‘reput’ di dalam air.
Jika anda kesuntukan masa, anda juga boleh campurkan sedikit bahan yang ingin anda gunakan supaya perasa lebih cepat sebati.
Tonton video:
@aliffchannelofficial Siapa suka minum air detox? 🙋🏻♀️ #airdetox #resipi #recipe #kesihatan #lemon #timun #sayur #buah #khasiat #detoxdrink #detox #detoxwater #tealive #tearista #tealiveyumbler #brewingpositivity ♬ original sound – Aliff Channel