Masa yang ditunggu-tunggu oleh peminat teknologi di Malaysia akhirnya tiba! Apple dijangka mengadakan pembukaan rasmi kedai pertamanya di Malaysia. Walaupun pada mulanya dijadualkan dibuka pada bulan Februari, pembukaan telah ditangguhkan, buatkan lagi keterujaan orang ramai.
Kini, menurut laman web rasmi Apple, pelancaran besar itu dijadualkan pada 22 Jun jam 10 pagi. Tetapi, apa yang buatkan Apple Store begitu istimewa? Mari kita selami sejarahnya terlebih dahulu.
Ciri-ciri Unik Apple Store Di TRX Exchange Mall

Apple Store pertama di Malaysia ini terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasi ini dipilih kerana kedudukannya yang strategik dan kemudahan akses dari pelbagai arah. Di masa akan datang, Apple juga ada merancang untuk membuka cawangan di bandar lain seperti Pulau Pinang dan Johor Bahru. Ini akan memudahkan lagi peminat Apple mendapatkan produk dan perkhidmatan mereka.
Kedai Apple ini menjanjikan lebih daripada sekadar sebuah kedai outlet. Terletak di dalam TRX Exchange Mall, reka bentuk seninya menakjubkan dengan reka bentuk seni binanya yang unik, menampilkan bumbung tersendiri yang nampak seperti tudung saji. Manakala, bahagian dalaman kedai menampilkan susun atur yang kemas, menawarkan pengalaman membeli-belah yang luas dan mengasyikkan.
Selain itu, sama dengan outlet lain Apple Store di seluruh dunia, Apple Store di Malaysia akan mempunyai ruang pendidikan khusus untuk mendidik pengguna bukan Apple tentang kelebihan dan fungsi teknologi Apple.
Apa Kelebihan Apple Store Untuk Pengguna Malaysia?

Bagi pengguna di Malaysia, ketibaan outlet Apple Store membawa era baharu kebolehcapaian dan kemudahan. Dengan pelbagai produk dan perkhidmatan Apple di bawah satu bumbung, pelanggan boleh menjangkakan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan bersama dengan sokongan pelanggan yang dipertingkatkan.
Selain itu, inisiatif pendidikan yang direka dalam kedai ini menyediakan peluang berharga untuk individu mengembangkan pengetahuan dan kemahiran teknologi mereka.
Kedatangan Apple Store ada impaknya kepada industri teknologi di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan landskap industri teknologi digital negara, tetapi ia juga menetapkan prinsip untuk dicontohi oleh syarikat-syarikat teknologi lain.
Selain, dengan menggalakkan ekosistem inovasi dan keusahawanan, ia dijangka menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.
Tonton video:
@aliffchannelofficial Apa pun min nak join Apple class dia! ðŸ¤ðŸ¤£ #apple #tech #teknologi #smarttechnology #applestore #applestoremalaysia #trx #applestore #beritatiktok ♬ original sound – Aliff Channel