Siapa mengkuti pasangan sweet dan romantis, Dini Schatzman dan Janna Nick menerusi Instagram, pasti tahu mereka berdua sering berkongsi video dan gambar tentang kehidupan manis mereka.
Pejam celik pejam celik dah nak setahun hubungan mereka dan mereka menyambut ulang tahun hari perkahwinan mereka yang pertama dengan membuat majlis ala-ala persandingan.
“Apa yang i tahu u seorang yang manja…” – Dini
Lebih menarik perhatian kami lagi apabila Dini meluahkan apa yang dirasa selepas setahun bergelar suami dan lima tahun mengenali Janna menerusi sebuah video menerusi posting Instagram miliknya.
“Happy anniversary!” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang menghujani doa agar mereka kekal hingga ke syurga.


Kalau ada yang single, memang boleh menangis tepi bucu katil mengenangkan pasangan mereka tak ‘berkunjung tiba’ tapi itu bukan bermakna kita nak lihat hubungan mereka retak.
Cuma tumpang bahagia saat mereka menjalani fasa indah berumah tangga dan kami doakan mereka berdua kekal bahagia selamanya.