senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Food

Roti Puding Makanan Orang Miskin?

leav by leav
June 24, 2024
in Food
Roti Puding Makanan Orang Miskin?
1
SHARES
103
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dulu roti puding ni dikenali dengan nama whitepot. Kenapa whitepot?

Sebab bila dibakar, warnanya jadi putih berkilauan dengan campuran krim.

Sejarah Asal-usul Roti Puding

Hidangan ni sebenarnya dicipta oleh seorang tukang masak bernama John Nott sekitar tahun 1723.

Dari situ, roti puding mula menempah nama dalam dunia kulinari, terutama di kalangan orang miskin di England.

Kenapa makanan ni popular di kalangan mereka? Sebab cara buatnya sangatlah mudah dan murah.

Bayangkan, hanya guna roti yang dah lemau atau hampir basi, campur dengan telur, gula, dan susu.

Semua bahan ni memang senang dapat dan murah. Roti yang tak laku atau hampir basi jangan dibuang, boleh buat roti puding! Memang kreatif betul orang dulu-dulu ni.

ADVERTISEMENT

Bila kita fikir balik, orang zaman dulu memang pandai berjimat dan sangat kreatif dalam memanfaatkan apa saja yang ada.

Roti yang dah tak segar, bukan buang terus, tapi mereka olah jadi sesuatu yang sedap dan mengenyangkan.

Roti puding ni pun jadi penyelamat waktu lapar dan susah. Dengan bahan-bahan yang sederhana, mereka boleh hasilkan makanan yang sedap dan mengenyangkan.

Tapi itu cerita dulu. Sekarang, roti puding dah berevolusi jadi lebih moden dan mewah.

ADVERTISEMENT

Orang kita dah mula mengolah resipi ni dengan sentuhan yang lebih Melayu. Macam mana? Kita tambah kismis, kadang-kadang siap ada badam dan kacang lagi!

Bila disajikan, roti puding ni dicicah pula dengan sos kastard yang pekat dan manis. Memang terangkat!

Keunikan & Evolusi Roti Puding

Di Malaysia, roti puding ni dah jadi salah satu pencuci mulut yang popular.

Banyak restoran dan kafe yang menawarkan roti puding dalam menu mereka. Setiap satu ada cara tersendiri dalam penyediaan dan persembahan.

BACA JUGA  Fakta Sejarah Menarik Kucing Siam Yang Eksotik

Ada yang suka bakar sampai garing di luar tapi lembut di dalam, ada pula yang suka letak banyak-banyak kismis dan badam.

Pendek kata, roti puding ni dah jadi satu hidangan yang versatil dan boleh diolah mengikut selera masing-masing.

Walaupun sekarang roti puding dah nampak mewah dan moden, ia tetap tak lari dari akar asalnya sebagai makanan orang miskin.

Resipi asal yang mudah dan murah masih relevan sampai sekarang. Mungkin sebab tu jugalah, ramai yang masih suka buat roti puding di rumah.

Tak perlu bahan mahal-mahal, guna apa yang ada pun boleh hasilkan sesuatu yang sedap.

Mana tidaknya, tekstur lembut roti yang direndam dengan campuran susu dan telur, ditambah dengan manis gula, memang dah cukup memuaskan.

Kalau nak lebih, boleh je tambah sos kastard, tapi bagi aku, yang simple pun dah terbaik!

Jadi, kalau ada roti yang dah hampir lemau kat rumah tu, jangan dibuang. Cuba buat roti puding.

Senang je, dan hasilnya pasti memuaskan. Selamat mencuba dan selamat menikmati roti puding yang sedap dan penuh sejarah ni. Bye~

Tonton video:

@aliffchannelofficial Makanan orang miskin rupanya roti puding ni, tapi sedap 😋 #rotipuding #resepisimple #resepimudah #pudingroti #breadpudding #resepiairfryer #roti #resepitiktok ♬ original sound – Aliff Channel
Tags: faktaresipi

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved