Sejarah patung Lady Liberty ini mulanya adalah seorang perempuan petani Islam berasal dari Mesir. Patung ini adalah idea dari seorang pengukir dari Perancis, Frédéric-Auguste Bartholdi yang mengambil inspirasi model dari patung wanita Muslim yang dirancang untuk memperingati pembukaan Terusan Suez di Mesir.

Bartholdi membuat gambaran perempuan memakai jubah dan menggenggam obor di tangan kiri iaitu simbol kepada kemajuan. Sebuah mercu tanda tentang keberanian, ketabahan, dan semangat untuk mencapai cita-cita yang lebih tinggi.
Sejarah Pembangunan

Pada tahun 1869, Bartholdi mengemukakan cadangan untuk mencipta patung besar di Mesir, bertujuan untuk memperingati pembukaan Terusan Suez. Reka bentuk itu menggambarkan seorang wanita seorang petani Mesir, yang dipanggil fallāḥ, memegang obor tinggi-tinggi sebagai simbol cahaya yang membawa kemajuan.
Perubahan Konsep Asal
Walaubagaimanapun, projek itu akhirnya tidak direalisasikan kerana kosnya yang besar. Namun, Bartholdi tidak berputus asa. Dia menukar reka bentuk, menggantikan pakaian Mesir dengan pakaian Yunani, dan mengalihkan sumber cahaya dari kepalanya kepada obor yang dia pegang.
Frédéric-Auguste Bartholdi menukar konsep patungnya kepada “dewi keamanan Rom” iaitu Libertas selepas Mesir menolak idea awal sebagai terlalu mahal. Dia kemudiannya membangunkan reka bentuk yang lebih kecil dan berbeza, yang akhirnya menjadi Patung Liberty yang dikenali hari ini.
Konsep patung ini kemudian diubah menjadi Lady Liberty, sebuah simbol kebebasan dan kemakmuran yang ingin disampaikan oleh Amerika Syarikat, bagi memperingati persahabatan antara Perancis dan Amerika Syarikat pada tahun 1875.
Patung Liberty mengenakan mahkota, mengangkat obor tinggi sebagai simbol pencerahan, dan memegang tablet dengan tulisan yang menunjukkan tarikh penting dalam sejarah Amerika.
Liberty digambarkan sebagai seorang perempuan yang teguh, penuh bersemangat, dan siap menyambut sesiapapun yang datang mencari kebebasan di tanah yang baru.
Patung ini kemudian ditempatkan di Pelabuhan New York City dan menjadi ikon yang tak tergantikan bagi masyarakat Amerika dan dunia.
Tonton video:
@aliffchannelofficial Kalau aku cakap patung liberty tu perempuan korang percaya tak? 😏 #mystery #patungliberty #conspiracy #knowledge #faktaunik #libertystatue #statueofliberty ♬ original sound – Aliff Channel