senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi

Pembuat Smartphone Meizu Menggarap Ekosistem DreamSmart Untuk Semua Peranti AI Di Malaysia

afiqa by afiqa
June 24, 2024
in Teknologi, Tips & Tricks
Pembuat Smartphone Meizu Menggarap Ekosistem DreamSmart Untuk Semua Peranti AI Di Malaysia
1
SHARES
56
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Mungkin ada yang tidak tahu, Meizu merupakan keluaran pembuatan telefon pintar terkenal di China di bawah DreamSmart Group pada 2003.

Jadi selepas keluaran Meizu 21 pada suku tahun pertama, pihak DreamSmart rancang memperkenalkan produk baru lagi yang terbaru dan lebih inovatif.

Ini kerana bagi memastikan kewujudan jenama Meizu dan ekosistemnya tidak tenggelam.

Spesifikasi Meizu 21

Untuk pengetahuan anda semua, produk Meizu yang terbaru mempunyai nilai inovasi, boleh dipercayai dan rekaan yang mengutamakan keselesaan ketika pengguna pegang telefon ini.

Bercakap tentang rekaan yang selesa, mana tidaknya bahagian belakang telefon mereka boleh dikatakan rekaan minimalis dan mempunyai finishing matte.

Maksudnya kesan jap cari memang tak ada, jadi telefon mudah dijaga dan sentiasa kelihatan kemas dan bersih.

Dan kalau korang perasan, bahagian bawah pada kamera belakang wujud satu ring lighting iaitu Dynamic Halo yang mana terdapat pelbagai fungsi.

Antaranya, jika ada panggilan masuk, ring tersebut akan berwarna mengikut pilihan anda dan jika pasang lagu, warna dia akan gradient mengikut rentak lagu. Menarik kan? 

ADVERTISEMENT

Akhir sekali paling menarik perhatian kami apabila kenipisan bezel bahagian skrin sama tebal atas bawah iaitu 1.74mm. 

Sekaligus ciri Ini menjadikan lebih selesa untuk penglihatan mata kita bila menghadap skrin.

Disebabkan pihak mereka sedar skrin mereka selesa, kemungkinan besar ramai yang akan meluangkan lebih masa di hadapan skrin jadi, mereka bagi kuasa bateri pada telefon ini 4800mAh yang mana akan tahan selama sehari.

Walaupun kita lihat ciri-ciri telefon Meizu sangat high end tapi harga smartphone Meizu boleh dikatakan berpatutan walaupun dikuasakan dengan chip Snapdragon 8 Gen 3.

ADVERTISEMENT

Malah, pihak mereka juga menggunakan AI Flyme bagi memastikan prestasi telefon mereka bergerak lancar dengan Flyme 10.5.

BACA JUGA  Bahaya Gejala Nomofobia Yang Terjadi Pada Zaman Moden Kini

Apa itu FlymeOS?

Disebabkan Meizu dikuasakan oleh FlymeOS jadi kami akan terangkan lebih jelas apa kelebihan jenis OS ini lagipun kami percaya, tak ramai tahu tentang FlymeOS ni.

FlymeOS telah dipertingkatkan dengan keupayaan AI, menambah baik fungsi dengan ciri seperti Galeri AI yang mana menggunakan bahasa yang tepat dan jelas untuk carian imej.

Dengan kelebih ini, telefon ini dapat memudahkan cara pengguna berinteraksi dengan foto mereka melalui arahan intuitif. 

Terdapat juga ciri baru seperti AI Portal dan AI-Assisted Input juga bantu meningkatkan produktiviti pergerakan harian pengguna bersama peranti Meizu ini.

Selain FlymeOS, ada juga Flyme Auto

Kalau nak tahu lagi, Flyme Auto Meizu mewakili sistem pintar pengendalian panduan, yang mana hasil daripada kerjasama antara Meizu dan Geely Auto.

Sistem ini diwujudkan bagi meningkatkan interaksi pengguna semasa pemanduan dalam kereta seperti memudahkan membuka kunci, navigasi dan penggunaan aplikasi.

Selain itu, Flyme Auto turut memperkenalkan konsep yang bagi kami lebih inovatif iaitu “Phone Domain”.

Konsep ini membolehkan pengguna membuat penyambungan antara telefon pintar ke kereta tanpa memerlukan apa-apa aplikasi atau data yang rumit. 

Jangan risau pihak mereka tidak memandang enteng tentang prestasi konspe ini kerana sistem ini memberi tindak balas yang pantas.

Erti kata lain, Flyme Auto dapat mewujudkan perjalanan yang selesa dan mudah kepada semua pengguna mereka.

DreamSmart menggarap teknologi AI untuk semua peranti

Ekosistem DreamSmart untuk smartphone Meizu adalah meningkatkan penggunaan digital dalam kalangan pengguna.

Mereka mengambil langkah menyatukan semua peranti menggunakan ekosistem AI seperti telefon pintar, cermin mata AR pintar dan kereta pintar.

Malah bagi memperluas jenama mereka dalam ekosistem, DreamSmart menerajui inovasi dalam teknologi MYVU AR Smart Glasses yang mana dapat menyokong sistem Apple Watch.

BACA JUGA  Whatsapp Dan Instagram Bakal Dijenamakan Semula Sebagai “Facebook”

Cermin mata pintar AR dwi-paparan penuh warna tidak berat seperti yang kita sangkakan, ringan saja sekaligus ciri memberi keselesaan serta meningkatkan produktiviti pengguna.

Ikutkan dekat pasaran Malaysia kaca mata AR tidak diberi pendedahan yang meluas.

Kami harap dengan keluaran mereka ini dapat membuka mata orang ramai terutama gologan yang kurang celik IT betapa teknologi ini sangat bagus dalam aktiviti harian mereka.

Lagipun sasaran DreamSmart adalah untuk bekerjasama dengan pasukan AI antarabangsa terkemuka, termasuk OpenAI dalam mencapai inovasi dan pembangunan dalam dunia digital. 

DreamSmart juga bersiap-siaga untuk menyokong visi “All in AI” dan akan melaksanakan visi ini secara berperingkat, bermula dengan pelancaran sistem pengendalian mudah alih untuk membina infrastruktur untuk era AI pada tahun 2024.

Kita juga perlu faham, DreamSmart Group merupakan satu platform komprehensif yang menggabungkan barangan teknologi dan perisian telefon pintar, cermin mata AR pintar, dan kereta pintar dalam ekosistem FlymeOS. 

Serba sedikit dapat membawa industri digital ke era AI dan Ekosistem 3.0.

Mereka juga menawarkan cermin mata pintar dan peranti IoT dimana pengguna dapat merasai ‘kemanisan’ dan kehebatan teknologi.

Dalam masa yang sama, pihak mereka juga ingin fokus kepada ekosistem DreamSmart dan ekosistem FlyMe dengan strategi Smartphone + XR + Smart Car. 

Semua ini bergerak dalam ekosistem FlymeOS yang dikatakan inovatif, pantas dan memberi kelancaran dalam setiap pergerakan aktiviti harian kita semua.

Apa yang kami boleh katakan, kita semua bersedialah untuk merasai teknologi era baru yang akan mentakrifkan semula inovasi dan membawa interaksi harian ke tahap yang lebih tinggi.

Nantikan perlancaran mereka yang akan datang!

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved