senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Sains

Apakah Yang Berlaku Jika Penyu Atau Kura-kura Keluar Dari Cangkerang?

leav by leav
June 25, 2024
in Sains
Apakah Yang Berlaku Jika Penyu Atau Kura-kura Keluar Dari Cangkerang?
7
SHARES
664
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pernahkah anda terfikir, apa yang akan terjadi jika penyu atau kura-kura keluar dari cengkerangnya? Bolehkah mereka boleh hidup tanpa cengkerang? Jom kita bongkar misteri ini dengan lebih mendalam!

Pertama sekali, perlu kita fahami bahawa cengkerang penyu dan kura-kura bukan seperti rumah siput yang boleh ditinggalkan dan ditukar ganti.

Cengkerang mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada tubuh mereka. Ia terbentuk daripada tulang rusuk dan tulang belakang yang telah mengeras menjadi pelindung kuat.

Mustahil Boleh Keluar Dari Cengkerang

Jadi, keluar dari cengkerang bermakna mereka perlu meninggalkan sebahagian besar tubuh mereka.

Cengkerang berfungsi sebagai perisai pelindung terhadap pemangsa dan juga cuaca yang tidak menentu. Ia juga membantu mengekalkan kelembapan badan dan memberikan sokongan struktur kepada organ dalaman.

Tanpa cengkerangnya, penyu dan kura-kura akan menjadi sangat terdedah dan tidak akan bertahan lama.

Jika cangkerang penyu atau kura-kura pecah, haiwan itu akan mengalami kesakitan yang amat sangat, sama seperti manusia yang mengalami patah tulang.

Cengkerang mereka diperbuat daripada tulang rusuk, tulang belakang, dan tulang selangka yang bercantum menjadi struktur keras yang melindungi organ penting.

ADVERTISEMENT

Dua bahagian cangkerang iaitu karapas (bahagian atas) dan plastron (bahagian bawah) bersambung rapat dan tiada celah di antaranya. Tempurung penyu dan kura-kura tidak boleh dipisahkan dari badannya.

Bayangkan, kalau penyu atau kura-kura keluar dari cengkerang, ia seperti manusia yang keluar dari kulit kita sendiri. Bukan sahaja menyakitkan, tetapi membawa maut.

Oleh itu, penyu dan kura-kura sangat bergantung kepada cengkerang mereka untuk kelangsungan hidup.

Jadi, lain kali jika anda melihat penyu atau kura-kura, hargailah mereka dengan cengkerangnya. Cengkerang itu adalah anugerah alam semula jadi yang memastikan mereka selamat dan sihat.

ADVERTISEMENT

Menarik, bukan? Alam semula jadi memang penuh dengan keajaiban dan pelajaran yang berharga. Teruskan meneroka dan belajar, kerana banyak lagi yang kita boleh pelajari tentang dunia di sekeliling kita!

BACA JUGA  Mengapa Warna Rambut Manusia Berbeza Warna? Inilah 5 Sebabnya

Tonton video

@aliffchannelofficial Pernah terfikir penyu keluar dari cengkerang dorang? 🐢🤔 #penyu #turtle #turtlepoint #turtlepointredang #animals #fakta #pencintahaiwan #faktaunik ♬ original sound – Aliff Channel
Tags: haiwankura-kurapenyu

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    423 shares
    Share 169 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    228 shares
    Share 91 Tweet 57
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    142 shares
    Share 57 Tweet 36
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    258 shares
    Share 103 Tweet 65

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved