senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Gadis Rusia Tak Kisah Kahwini Bakal Suami Gaji RM2K

leav by leav
June 26, 2024
in Netizen
Gadis Rusia Tak Kisah Kahwini Bakal Suami Gaji RM2K
11
SHARES
1.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bila sebut pasal perkahwinan, topik persediaan kewangan memang tak boleh dielakkan. Ini kerana mendirikan rumah tangga memerlukan perbelanjaan bulanan yang lebih tinggi dan berbeza daripada kehidupan semasa masih bujang.

Jadi, amat penting bagi pasangan yang baru berkahwin memastikan kewangan mereka kukuh untuk menempuh liku cabaran kehidupan.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang jangkaan gaji bakal pasangan. Namun, berbeza dengan pandangan gadis Rusia ini.

Di TikTok, satu video yang dikongsikan oleh pengguna @spstreetstory telah menarik perhatian netizen. Dalam video itu, seorang gadis Rusia ditanya tentang gaji yang perlu dimiliki seorang lelaki yang berhajat meminang wanita dari negaranya. Gadis itu dengan tenang menjawab bahawa jumlah gaji tidak begitu penting, asalkan cukup untuk menampung perbelanjaan hidup.

Menurutnya, wanita di Rusia tidak terlalu mementingkan jumlah gaji bakal suami. Apa yang penting, gaji tersebut cukup untuk menampung segala perbelanjaan harian. Gadis tersebut memberi anggaran pendapatan yang dianggap sesuai oleh wanita di Rusia adalah sekitar US$500 atau kira-kira RM2,353 sebulan.

@spstreetstory

How much money does a man need to marry a Russian woman?..

♬ original sound – SP STREET STORY

Selain itu, bakal suami juga perlu memberi duit kepada ibu bapa bakal pengantin perempuan untuk majlis perkahwinan, sekitar US$200 (kira-kira RM941). Dia juga turut berkongsi beberapa tradisi yang perlu diterima oleh lelaki yang ingin berkahwin dengan wanita Rusia.

Gadis itu turut bercerita tentang kos majlis perkahwinan teman rapatnya yang ditanggung sepenuhnya oleh bakal pengantin lelaki. Sebagai contoh, majlis perkahwinan rakannya pada bulan Ogos akan datang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat, dengan kos sekitar US$700 (RM3,298) sahaja.

ADVERTISEMENT

Dia menambah bahawa, bakal pengantin biasanya lebih memilih untuk berbelanja wang untuk destinasi berbulan madu daripada majlis perkahwinan yang mewah. Jadi, walaupun gaji RM2,000 mungkin nampak kecil, ia cukup untuk memulakan kehidupan berkeluarga dengan gadis Rusia!

Source :
TikTok/@spstreetstory
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Maksud Disebalik Mimpi Bayi
Tags: rusia

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved