Kisah pasangan suami isteri yang menghadapi pelbagai ujian dalam perkahwinan bukanlah sesuatu yang baru.
Namun, kali ini kisah seorang suami rasa dikhianati oleh isteri yang telah dinikahinya selama 6 tahun, selepas wanita tersebut baru sahaja memulakan kerjaya dalam sektor kerajaan, menjadi perhatian netizen di TikTok.
Tiada angin, tiada ribut, wanita berkenaan yang baru tiga bulan bertugas dalam sektor ketenteraan, tiba-tiba meminta cerai. Alasan yang diberikan adalah dia tidak mahu anak-anak mereka hidup dalam kesusahan.
Sedangkan sepanjang perkahwinan, si suami telah berusaha sehabis baik menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak tanpa sebarang keluhan.
Namun, ternyata alasan itu hanya helah semata-mata. Si isteri mengaku sudah mempunyai lelaki lain yang ingin dijadikan pasangan hidup baru.
Selain menuntut cerai, dia juga mencadangkan hak penjagaan anak dibahagikan sama rata, di mana suami akan menjaga anak bongsu mereka.
Belum sempat proses penceraian selesai, si isteri sengaja memuat naik status WhatsApp menunjukkan dirinya berdua-duaan dengan lelaki lain. Tindakan ini seolah-olah dilakukan untuk menyakiti hati suaminya.

Sumber – Tiktok: @ikram.hakim26
Tidak cukup dengan itu, dia juga mendesak suaminya untuk membayar semula wang sebanyak RM1,500 yang pernah diberi dahulu. Namun, ketika diminta memulangkan kereta dan barang kemas, wanita itu memberikan pelbagai alasan.
Kisah ini menjadi peringatan penting kepada semua pasangan suami isteri. Ia menunjukkan betapa pentingnya kejujuran dan kesetiaan dalam perkahwinan.
Semoga suami tersebut mendapat keadilan dan mampu meneruskan hidup dengan lebih baik selepas ini.