Macha yang terkenal dengan gelaran ‘One By One Gentleman‘ kini semakin popular selepas video pergaduhannya tular di seluruh Malaysia. Siapa sangka, insiden tersebut membuka pintu rezeki buatnya untuk bergelar seorang influencer terkenal.
Pasti ramai yang tertanya-tanya, senangkah menjadi popular di Malaysia? Nampaknya, nasib menyebelahi macha ini. Walaupun kalah dalam pergaduhan ‘one by one‘, rezekinya kini melimpah sebagai seorang influencer.
Perubahan ini dapat dilihat melalui beberapa video yang dikongsi di akaun TikTok @thiran1040, di mana beliau menerima undangan untuk mempromosikan produk, termasuk mencuba makanan di restoran.

Dari respon netizen pada video-videonya, ramai yang memberikan sokongan positif kepada macha untuk teruskan apa yang dilakukannya. Mereka berharap agar dia terus menghasilkan konten yang menarik dan positif.
Ada juga yang memberi nasihat agar dia tidak mengulangi kesilapan lampau, seperti mabuk.
Walaupun perjalanan macha sebagai influencer masih baru, harapan ramai adalah agar dia menjadi contoh yang baik dan meninggalkan perbuatan yang tidak baik.
Kisahnya adalah satu peringatan bahawa setiap cabaran boleh menjadi peluang jika kita bijak menghadapinya. Semoga macha terus berjaya dalam dunia influencer dan membawa perubahan positif dalam hidupnya dan masyarakat.