senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Muzik

Konsert Di Kuala Lumpur Jadi Tanda Tanya, Bruno Mars Didakwa Sokong Israel

leav by leav
August 18, 2024
in Muzik
Konsert Di Kuala Lumpur Jadi Tanda Tanya, Bruno Mars Didakwa Sokong Israel
4
SHARES
379
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Peminat dunia hiburan pasti mengenali penyanyi antarabangsa, Bruno Mars, yang dijadualkan membuat persembahan konsert di Kuala Lumpur pada September 2024.

Namun, kehadirannya kini mendapat tentangan kuat dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia.

Dalam satu kenyataan rasmi, BDS Malaysia menegaskan bahawa Bruno Mars merupakan penyokong tegar rejim apartheid Israel. Ini berdasarkan rekod kenyataan dan aktiviti penyanyi R&B tersebut yang menolak permintaan sebuah organisasi pro-Palestin untuk tidak mengadakan konsert di Tel Aviv.

Malah, Bruno Mars pernah mengisytiharkan cintanya kepada Israel secara terbuka semasa konsert di Tel Aviv pada Oktober tahun lalu.

@hananyanaftali WATCH: Bruno Mars performs in Tel Aviv and sings "I love you" in Hebrew. The BDS movement with anti-Israel activists has tried hard to force him to boycott Israel – and they FAILED. #brunomars #israel #tlv #telaviv #ברונומארס ♬ original sound – Hananya Naftali

Menurut BDS Malaysia lagi, Bruno Mars langsung tidak bersuara mengenai kekejaman yang dilakukan oleh Israel, meskipun selepas sembilan bulan berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang meragut hampir 38,000 nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Manakala, laporan dari Times Of Israel, di mana Bruno Mars menyatakan, “Saya sayang Israel” ketika membuat persembahan di Tel Aviv juga telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan peminatnya di Malaysia, yang sebelum ini begitu teruja dengan kehadirannya.

BDS Malaysia turut menegaskan bahawa pada Oktober 2023, Bruno Mars tetap mengadakan pertunjukan di Tel Aviv walaupun telah dimaklumkan oleh sebuah organisasi pro-Palestin yang terkenal di Amerika Syarikat, Jewish Voice for Peace (JVP), mengenai pencabulan hak asasi manusia yang berleluasa di Israel terhadap warga Palestin.

ADVERTISEMENT

Bruno Mars tidak mengendahkan permintaan JVP untuk tidak membuat persembahan di Israel sebagai tanda protes terhadap layanan zalim terhadap rakyat Palestin.

BACA JUGA  10 Lagu Penuh Makna untuk Meriahkan Majlis Kahwin Anda

Sebaliknya, dalam konsertnya di Tel Aviv, Bruno Mars dengan bangganya mengisytiharkan cintanya yang tidak berkesudahan kepada negara yang menganiaya berjuta-juta manusia hanya kerana perbezaan etnik atau agama.

Susulan itu, BDS Malaysia dan ramai rakyat Malaysia menggesa agar konsert Bruno Mars di Malaysia diboikot dengan harapan tindakan ini dapat menjadi mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia tidak menyokong artis yang menyokong rejim yang menindas dan melanggar hak asasi manusia.

Source :
Bdsmalaysia
ADVERTISEMENT
Tags: Bruno Mars

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved