senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Fesyen

Corak Lebih Garang Pakaian Baharu Kontinjen Malaysia Untuk Olimpik Paris 2024!

leav by leav
July 2, 2024
in Fesyen
Corak Lebih Garang Pakaian Baharu Kontinjen Malaysia Untuk Olimpik Paris 2024!
0
SHARES
14
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah memperkenalkan pakaian baharu bagi kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024, berikutan maklum balas yang bercampur baur terhadap reka bentuk terdahulu. Pakaian baharu ini menampilkan corak belang Harimau yang lebih garang dan menyerlah, menjadikan ia lebih menarik perhatian.

Menerusi foto yang dikongsikan MOM, corak baharu ini berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang Harimau berwarna kuning yang lebih jelas dan besar di hadapan dan belakang jaket. Logo MOM bersama kibaran Jalur Gemilang juga ditukar mengikut warna bendera Malaysia, berbanding logo emas yang digunakan sebelum ini.

Baju sebelum logo emas

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, menyatakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau, identiti kontinjen Malaysia sejak Sukan SEA di Manila pada 2005. Beliau berharap corak ini akan menjadi inspirasi kepada atlet negara untuk mengaum di kota Paris nanti.

Disebabkan faktor masa, MOM mendapat kebenaran daripada pihak penaja Yonex Sunrise Malaysia agar logo Yonex tidak dipaparkan di jaket dan kemeja T. Yonex Sunrise Malaysia, yang sudah 10 tahun menjadi penaja pakaian rasmi kontinjen Malaysia, memberi keizinan khas kepada MOM untuk mencetak dan mengeluarkan jaket dengan fabrik pengilang berbeza sebagai pakaian rasmi ke Olimpik Paris 2024.

MOM juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, atas sokongannya terhadap MOM sebagai badan payung Persatuan Sukan Kebangsaan yang bebas dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sejak 1954.

Dengan keputusan ini, MOM mengharapkan seluruh rakyat Malaysia menghulurkan sokongan penuh kepada semua anggota kontinjen Malaysia di Olimpik Paris 2024, yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos nanti.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Kontroversi Luana Alonso: Terlalu Cantik Hingga Dihalau Pulang Dari Olimpik!
Tags: Kontinjen MalaysiaOlimpiksukan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    115 shares
    Share 46 Tweet 29
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    224 shares
    Share 90 Tweet 56

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved