Hari ini, satu video seorang suami yang kantoi curang dengan seorang wanita Indonesia, rakan sekerjanya di sebuah kilang di Muar, Johor jadi tumpuan.
Nur Suriany, isteri mangsa dalam skandal ini, berkongsi kisah pilu bagaimana dia menemui suaminya dalam kereta bersama wanita lain.
Menurut kapsyen pada video tersebut, Nur Suriany telah mencurigai perubahan dalam tingkah laku suaminya sejak beliau bekerja di sebuah kilang.
Pada masa yang sama, dia menyatakan kesakitan hatinya setelah mengetahui kebenaran tentang kecurangan suaminya, yang sebelum ini selalu dibantah.
“Dia banyak kali kantoi, tapi aku selalu disalahkan kerana tiada bukti kukuh,” kata Nur Suriany dalam luahan hatinya.
Dia mendedahkan bahawa suaminya jarang meluangkan masa dengan anak mereka, menunjukkan perubahan yang mencurigakan sejak bekerja dengan perempuan Indonesia itu.
@fourzy4z FB : Nur Surainy Selalu aku tgk org je, Kali ni aku yg kena sakit dia makan dalam wey rupanya dpt tahu Dari teams member kilang dia dah banyak Kali keluar bersama, cuma takde bukti je @ Dari awal laki aku keje VTECH COMMUNICATION SDN.BHD. aku dpt rasa perubahan dia ketara sgt, aku menyesal suruh dia masuk balik bekerja dkt situ dan dieorg bersama dh lama dim kilang tanpa aku tahu mustahil kalau rasa sayang antara KAU DGN PEREMPUAN tu BUNGA NAULY org indonesia tu tkkan boleh bertepuk sebelah tgn kan, hmm kenapa dia perlu seksa jiwa, hati aku? Dn Aku Ade hati dn perasaan juga tak perlu pun kau seksa aku mcm ni boleh je kau jujur Dari awal kau sayang dia, Dah banyak Kali kantoi sebenarnya tapi dia Salah kan aku balike yela aku kan takde bukti yg kukuh, tapi skrang ni Allah terbukakan hati aku untuk cari laki aku pada jumaat malam tu juga, Allahmdulillah Allah tunjuk kan jugal patut selama aku bersama dia mesti dia menjauh Dari aku, Dan aku dpt rasakan ada benda yg tak kena dgn haiqal ni sampai anak pun jarang jumpa dgn dia, time cuti pun bole kita berapa Kali je dia pgg anak dia, dia jaga anak dia 60 aku ni kalau dah sayang memang susah nak lepas kan tapi kalau dah dia menyeksa jiwa dn hati aku memang aku tak terima dn akhirnya aku berpisah jua, semoga aku mendapat keadillah Dari mahkamah & doakan aku guys terima kasih kerana menjadikan aku isteri #bunganauly #lakiorgcurangbelakangisteri #durianlovers #berduaandikereta #vtechcommunicationsmalaysia #penantianyangsiasia ♬ bunyi asal – Fourzy_4z
Sementara itu, Nur Suriany meminta doa daripada orang ramai agar dipermudahkan urusannya untuk berpisah dengan suaminya. Dia berharap mendapat keadilan dari mahkamah dalam menangani kes ini.
Perkongsian ini memberi pengajaran yang mendalam tentang kepercayaan dalam hubungan perkahwinan dan kesetiaan dalam keluarga. Ia juga menjadi peringatan betapa pentingnya komunikasi dan kejujuran antara pasangan untuk mencegah percanggahan dan penderitaan yang tidak perlu.