Selain daripada kita menyambut Awal Muharram pada 7 Julai nanti, kita juga ada selingan menyambut Hari Coklat Sedunia.
Tapi apa yang menjadi persoalan sekarang ni, apa yang istimewa sangat coklat ni sampai ada sambutan coklat sedunia?
Ini kerana coklat ni mempunyai banyak manfaat buat kita semua sebab diperbuat daripada biji pokok koko yang mana merupakan agen antioksida terbaik.
Kalau ikutkan di Malaysia terdapat banyak jenama coklat tempatan antaranya Beryl’s, MyCoklat, Vochelle dan banyak lagi.
Itu belum lagi belum kalau kita sebut kedai-kedai yang menjual coklat, Asuka, Vanilla Crepe Craz, Chezchoux, Street Churros, Royce dan banyak lagi.


Setiap penggunaan coklat ada sejarahnya
Malah setiap jenama kedai coklat ini sebenarnya terdapat sejarahnya tersendiri.
Misalnya, illao illao, Baskin Robin dan Mixue yang mana penggunaan coklat mereka merupakan trend aiskrim yang berlapis dengan coklat bermula pada tahun 1920.

Kebetulan tempoh hari kami menerima jemputan dari pihak IOI Bukit Jalil untuk merasai pelbagai jenis coklat yang ada di sana.
Memang seharian mulut kami penuh dengan rasa pelbagai jenis coklat dari bermacam kedai coklat. Memang seronok!
