senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Wanita Kecewa Restoran Guna QR Untuk Order Tapi Kedekut WiFi

leav by leav
July 9, 2024
in Netizen
Wanita Kecewa Restoran Guna QR Untuk Order Tapi Kedekut WiFi
1
SHARES
100
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bayangkan situasi ini: Anda berada di restoran dan ingin membuat pesanan menggunakan sistem Quick Response (QR), tetapi capaian internet di telefon pintar anda kurang memuaskan.

Anda cuba menggunakan WiFi restoran, tetapi diberitahu anda perlu membuat pesanan terlebih dahulu melalui QR. Ini adalah kisah yang dihadapi oleh seorang wanita, Zeeda, yang menjadi perbualan hangat di media sosial.

Beberapa tahun dahulu, pesanan makanan di restoran diambil oleh pekerja kedai makan secara manual. Kini, dengan kemajuan teknologi, sistem QR diperkenalkan untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan. Namun, jika capaian internet lemah, sistem ini boleh menjadi menyusahkan.

Zeeda berkongsi pengalamannya di Facebook, ketika berkunjung ke sebuah restoran bersama keluarganya. Dia mendapati capaian internet telefon pintarnya tidak memuaskan dan cuba menggunakan WiFi restoran tersebut. Respon pekerja restoran itu mengejutkannya: dia perlu membuat pesanan terlebih dahulu untuk mendapatkan akses WiFi.

“Kalau mood saya tak cantik, saya akan terus keluar dan cari kedai lain. Malam tadi, saya hampir meninggalkan kedai itu sebab tidak dapat membuka link dari QR Code. Capaian Celcom tidak cukup kuat di kawasan itu,” kata Zeeda.

Zeeda meminta anaknya bertanya password WiFi restoran tersebut. Jawapan pekerja di situ adalah, “Nak guna WiFi, ORDER DULU.” Jawapan ini nyata mengecewakan Zeeda.

Menurut Zeeda, premis tersebut sepatutnya menyediakan alternatif lain jika tidak mahu memberikan pelanggan menggunakan WiFi untuk membuat pesanan.

“Kalau tak nak bagi customer guna WiFi, janganlah pakai QR Code. Ambil order secara manual. Datang ke meja, ambil order. Atau letak kertas order, pensil, dan menu. Nanti dah siap tanda, mai ambik kertas tu,” tulisnya.

ADVERTISEMENT

Makanan di restoran itu sedap dan penyediaannya juga cepat. Namun, proses membuat pesanan yang menggunakan QR dan syarat untuk menggunakan WiFi menyebabkan pengalaman pelanggan menjadi tidak menyenangkan.

BACA JUGA  Stres Pencetus Utama Pelbagai Jenis Penyakit

Zeeda telah memaklumkan hal ini kepada pekerja di situ. Katanya, perkara kecil seperti ini boleh menyebabkan pelanggan tidak mahu datang lagi.

“Selepas saya tegur hal ini, mereka beri alasan, internet di situ tidak kuat. Sebab itulah mereka tidak memberi password. Dah tahu internet tak kuat, tak payahlah guna QR Code,” tambahnya.

Ahkir kata, dalam dunia perniagaan, memahami kehendak dan perasaan pelanggan adalah kunci untuk menjaga kepuasan dan kesetiaan mereka. Perkara kecil seperti ini boleh memberi kesan besar kepada perniagaan.

ADVERTISEMENT
Source :
Facebook: Zeeda Aziz
Tags: restoran

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved