senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Pemilik Kebun Gantung Keropok Beracun Tepi Pagar, Dua Beradik Kritikal

leav by leav
August 18, 2024
in Netizen
Pemilik Kebun Gantung Keropok Beracun Tepi Pagar, Dua Beradik Kritikal
20
SHARES
2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Malang tak berbau apabila dua adik-beradik termakan keropok beracun yang digantung di tepi pagar.

Kejadian terjadi di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Muhammad Luth Syauqi Abdul Rahman, 3, dan Muhammad Akil Syauqi, 2, dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pada mulanya, dua beradik itu gembira membawa dua bungkusan makanan ringan yang diikat dengan tali ketika mereka mengikuti datuk mereka ke kebun untuk mencari lembu.

“Saya sangkakan ada orang bagi makanan ringan itu kepada mereka kerana nampak mereka seronok sangat sebelum saya keluar ke kebun getah berhampiran,” kata datuk mereka.

“Waktu itu saya tak nampak mereka makan kerana dua beradik itu terus masuk ke dalam bilik ibunya yang ketika itu sedang tidur selepas pulang kerja malam.”

Tidak lama kemudian, sebuah ambulans tiba di kawasan rumah dan datuk mereka terkejut apabila diberitahu cucunya telah dibawa ke klinik oleh jiran.

Dia melihat dua bungkusan makanan ringan itu sudah terbuka di bahagian tengah dan hanya tinggal baki tiga keping, mengesyaki bahawa cucunya telah termakan keropok beracun tersebut.

ADVERTISEMENT

Diserang Sawan & Mulut Berbuih

Menurut ibu mereka, Nurain, menjelaskan bahawa ketika kejadian, anak-anaknya masuk ke rumah dan tidak lama kemudian, anak bongsunya diserang sawan. Dia turut memeriksa keadaan anak sulungnya yang berada dalam keadaan serupa dengan mulut berbuih.

“Saya lihat ada plastik makanan ringan dan yakin mereka sudah termakan keropok yang dicampur racun tikus, yang sering digunakan penduduk berhampiran bagi memerangkap monyet,” katanya.

Doktor Tidak Beri Harapan Anak Sulung Pulih

Menurut Nurain, doktor tidak dapat memberi harapan terhadap pemulihan anak sulungnya tetapi mereka akan cuba yang terbaik.

Bagi perkembangan Muhammad Luth Syauqi pula, Nurain memberitahu anak keduanya itu masih koma.

ADVERTISEMENT

“Pada masa ini, fikiran saya masih buntu, namun saya mohon supaya orang ramai mendoakan kesembuhan kedua-duanya,” tambahnya yang juga seorang operator kilang.

Source :
Bharian

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    147 shares
    Share 59 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    234 shares
    Share 94 Tweet 59
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    121 shares
    Share 48 Tweet 30
  • “Sebab Nak 200k Tu Ke?” – Mangsa Buli Dah Meninggal Tapi Uqasha Senrose Tak Nak Tutup Kes?

    98 shares
    Share 39 Tweet 25

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved