senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

“Saya Tak Rasa Kaki Saya Lagi” – Sherry Ibrahim Tawan Gunung Kinabalu

leav by leav
July 11, 2024
in Gosip
“Saya Tak Rasa Kaki Saya Lagi” – Sherry Ibrahim Tawan Gunung Kinabalu
2
SHARES
194
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pelakon Sherry Ibrahim berjaya menawan Gunung Kinabalu dan berkongsi pengalaman tersebut di instagram beliau. Syarizad Ibrahim, yang berusia 41 tahun, tiba di puncak Gunung Kinabalu sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi.

Yang lebih mengagumkan, ketibaannya disambut dengan kemunculan pelangi yang indah selepas hujan.

“Syukur Alhamdulillah, Sherry baik-baik saja dan Sherry berjaya. 6 pagi, Gunung Kinabalu 4095.2 meter. Sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan,” katanya.

Sherry juga berkongsi pengalaman bertemu dengan rakan-rakan baru sepanjang pendakian tersebut. Menurutnya, pengalaman dua hari satu malam itu telah mengajarnya erti ketabahan dan ketahanan fizikal serta mental.

“Dua hari satu malam. Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia adalah ujian ketahanan, tekad dan ketabahan, mendorong saya melebihi had saya secara fizikal dan mental. Berjumpa dengan kawan-kawan baru yang semuanya kuat dan hebat. Akhirnya, bukan gunung yang kita tawan tetapi diri kita sendiri, sudah tentu dengan kehendak Allah.”

Sherry juga mengakui ini adalah kali pertama dan terakhir dia mendaki Gunung Kinabalu.

“Pertama dan terakhir kali ke Kinabalu. Saya tak rasa kaki saya lagi dalam perjalanan turun, jalan macam ketam!” tulisnya.

Dengan perasaan syukur, Sherry berkongsi kejayaan menakluk puncak gunung tertinggi di Malaysia itu. Netizen turut tumpang gembira dan ramai yang menulis komen tahniah kepada Sherry.

ADVERTISEMENT
Source :
Instagram: @sherryibrahim
ADVERTISEMENT
Tags: Sherry Ibrahim

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    146 shares
    Share 58 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    233 shares
    Share 93 Tweet 58
  • 8 Tempat Menarik Di Kapit Sarawak Untuk Dikunjungi

    49 shares
    Share 20 Tweet 12
  • “Sebab Nak 200k Tu Ke?” – Mangsa Buli Dah Meninggal Tapi Uqasha Senrose Tak Nak Tutup Kes?

    98 shares
    Share 39 Tweet 25

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved