Semalam, negara digemparkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu. Penemuan tersebut membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang bertugas sebagai penjawat awam, dan beliau bakal direman hari ini untuk siasatan lanjut.
Terbaru, rakan baik arwah tampil dengan satu video memohon netizen agar tidak membuat spekulasi tidak benar mengenai arwah. Dalam video tersebut, rakan arwah yang dikenali sebagai Haziq menjelaskan beberapa perkara penting.
Spekulasi Tidak Benar
Haziq menegaskan bahawa sebelum ini terdapat netizen yang menuduh arwah mengikut teman lelaki ke Thailand, namun semua itu tidak benar. Menurut Haziq, mereka berkawan rapat semasa belajar di universiti sehinggalah mereka graduasi bersama-sama.
Teguran Haziq Buat Netizen
“Saya nak bagi teguran kepada netizen yang buat spekulasi ketika kehilangan arwah yang menyatakan arwah ada boyfriend lah, ikut boyfriend pergi Thailand lah,” kata Haziq.
Beliau menasihatkan netizen agar lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan tuduhan yang boleh mengguris hati ahli keluarga atau orang-orang yang menyayangi arwah.
@haziqfardil75 Penjelasan ini bukan untuk raih simpati atau viewrs tapi untuk menjelaskan bahawa arah sangat baik #nurfarahkartini #alfatihah #semogaditempatkandikalanganorg2ygberiman ♬ Very Sad – Enchan
Haziq juga memohon orang ramai agar menjaga keluarga masing-masing dan memastikan setiap ahli keluarga yang tinggal jauh dilengkapi dengan tracker yang boleh mengesan lokasi mereka. Walaupun tracker seakan-akan mengganggu privasi, tetapi ianya penting untuk mengelakkan perkara tidak baik.
Penemuan mayat Nur Farah Kartini memang mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menyakitkan hati ahli keluarga dan rakan-rakan arwah. Mari kita sama-sama berdoa agar arwah mendapat keadilan dan keluarga serta rakan-rakannya diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.