senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

“Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-sia” – Kata Terakhir Nur Farah Kartini

leav by leav
August 18, 2024
in Netizen
“Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-sia” – Kata Terakhir Nur Farah Kartini
7
SHARES
717
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ini adalah catatan terakhir bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dimuat naik di akaun Threadsnya. Farah ditemui mati dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang Rabu lalu.

Catatan yang dimuat naik pada 8 Julai, dua hari sebelum dia dilaporkan hilang, seolah-olah meluahkan rasa kecewanya.

“Mati rasa hanya kerana dikecewa & disia-sia,” tulis Farah dalam catatannya.

Walaupun begitu, tujuan sebenar mangsa menulis catatan tersebut masih tidak jelas.

Mayat Farah ditemui pada petang Isnin, di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor.

Farah dilaporkan hilang pada 10 Julai selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.

Memetik temubual mStar, Abang mangsa, Mohd Farriza sahkan jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan, di kampung isterinya.

Penemuan mayat membawa kepada penangkapan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun. Suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, turut mengesahkan bahawa suspek merupakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kematian Farah telah mengejutkan dan mendukacitakan ramai pihak, terutama sekali keluarga dan rakan-rakannya. Rakan-rakan dan ahli keluarga arwah berharap agar keadilan dapat ditegakkan dan pesalah menerima hukuman setimpal.

Kisah tragis Nur Farah Kartini Abdullah telah menyentuh hati ramai orang. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarganya diberikan kekuatan menghadapi dugaan ini. Kes ini juga diharapkan menjadi pengajaran kepada semua agar lebih peka dan berhati-hati dalam setiap tindakan kita.

Source :
mStar, Threads: @nurfarahkartini
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Lelaki Singapura Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM300, Habiskan Nasi Dalam Tempoh 2 Jam Secara Solo
Tags: Nur Farah Kartini

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved