senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Netizen Risau, Lelaki Habiskan Coklat Penuh Satu Akuarium

leav by leav
August 18, 2024
in Netizen
Netizen Risau, Lelaki Habiskan Coklat Penuh Satu Akuarium
8
SHARES
817
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Anderson Lima Andcarli, dipercayai dari Brazil, telah menarik perhatian ramai dengan telatah luar biasanya di laman TikTok (@andcarli).

Dalam satu video tular, Andcarli berjaya menghabiskan kesemua sapuan coklat dalam sebuah akuarium.

Aksi Makan Sapuan Coklat Penuh Akuarium

Dalam video tersebut, Andcarli meletakkan beberapa botol besar sapuan coklat ke dalam sebuah akuarium.

Kemudian, dengan menggunakan sudu, dia mencedok dan memakan sapuan coklat tersebut sehingga habis, tanpa meninggalkan sisa.

Aksi ini mengambil masa tiga jam dan sememangnya mengejutkan ramai orang.

Diabetes says hi👋😭 pic.twitter.com/Evfb5IzicG

— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) July 14, 2024

Reaksi & Komen Netizen

Hantaran video tersebut bukan sahaja tular di TikTok, malah turut dikongsikan semula di laman X (Twitter).

Ramai netizen yang melihat video itu menyatakan kebimbangan terhadap kesihatan Andcarli selepas memakan begitu banyak sapuan coklat.

Beberapa komen dari netizen di laman X menunjukkan kebimbangan mereka:

ADVERTISEMENT

“Mesti dia fikir orang kurus tiada penyakit kan? Hakikatnya orang kurus lagi banyak penyakit,” ujar seorang netizen.

“Jangan cari pasal. Aku dah jumpa budak umur 20-an kena dialisis sebab hari-hari ambil air gas. Diabetes dia teruk sampai kena dialisis. Kalau kena potong kaki lagi haru,” jelas seorang netizen.

“Hari itu dah ada seorang influencer meninggal dunia sebab makan ayam goreng, banyak sangat kolestrol tersumbat. Yang ni risau jadi benda sama. Selama berapa jam tu, berapa tan gula dah masuk ke dalam badan?” tanya seorang netizen.

Aktif di Media Sosial

Dari hasil carian, Andcarli mempunyai 462,000 pengikut di Instagram sering berkongsi video eksperimen melibatkan makanan, seperti makan tembikai atau mandi dengan air Coca-Cola.

ADVERTISEMENT

Walaupun aksinya menarik perhatian, ramai yang berharap agar dia lebih berhati-hati dengan kesihatannya.

Akhir kata

Telatah Andcarli mungkin menghiburkan ramai, namun ia juga menimbulkan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang mungkin dialaminya.

Semoga Andcarli dan semua yang menonton videonya mengambil iktibar untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik.

Source :
X: @Cikgu_Anep
Tags: coklat

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    147 shares
    Share 59 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    234 shares
    Share 94 Tweet 59
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    121 shares
    Share 48 Tweet 30
  • “Sebab Nak 200k Tu Ke?” – Mangsa Buli Dah Meninggal Tapi Uqasha Senrose Tak Nak Tutup Kes?

    98 shares
    Share 39 Tweet 25

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved