senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

“Scammer Guna Nama, Gambar Saya, Siap Letak Suara AI Nak Perangkap Supaya Orang Percaya” – Siti Nurhaliza Mohon Sebarkan

leav by leav
August 17, 2024
in Gosip
“Scammer Guna Nama, Gambar Saya, Siap Letak Suara AI Nak Perangkap Supaya Orang Percaya” – Siti Nurhaliza Mohon Sebarkan
1
SHARES
77
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ada scammer didakwa menggunakan teknologi AI untuk meniru suara penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dalam usaha menipu orang ramai demi keuntungan peribadi.

Lebih membimbangkan, mereka turut menggunakan video live Siti Nurhaliza yang telah disunting untuk memperdayakan mangsa.

Penipuan Menggunakan AI

Penyanyi terkenal itu sendiri mendedahkan perkara ini melalui satu hantaran video di akaun Instagramnya.

Dalam perkongsian tersebut, individu yang menyamar sebagai Siti menghantar mesej melalui WhatsApp dan kemudian menghubungi mangsa menggunakan suara hasil janaan AI.

Video live Siti juga disunting untuk menjadikan penipuan lebih meyakinkan.

“Mereka akan menyamar membuat video call sebagai Dato’ Siti dan akan meminta anda bank in sejumlah wang kononnya untuk menebus hadiah atau wang daripada pihak Dato’ Siti. Ini semua adalah scam ya! Jangan ada yang terpedaya,” tulisnya.

Nasihat Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik scammer yang menggunakan teknologi AI bagi meniru suara dan wajahnya. Dia meluahkan rasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.

“Palsu! Jangan percaya ‘scammer’! Ini adalah salah satu contoh kes cubaan menipu menggunakan nama, akaun media sosial yang ada nama dan gambar saya. Siap letak suara AI untuk yakinkan orang ramai. Selebihnya, ambil mana-mana video ‘live’ saya dengan tujuan hendak perangkap supaya orang percaya.

ADVERTISEMENT

“Tolong sampaikan, sebar, nasihat dan maklumkan kepada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan anda bahawa saya tidak pernah membuat pertandingan atau dengan tujuan memberi wang tunai kepada sesiapa. Jangan terpedaya apabila terima mesej, panggilan video dan sebagainya,” katanya.

Peringatan Kepada Warga Emas

Siti turut meminta warga emas agar lebih berhati-hati kerana mereka cenderung menjadi sasaran utama penipuan.

BACA JUGA  Belakang Pentas Mas Idayu Bagi Pesanan Untuk Adik Tokti Dalam Bidang Nyanyian

“Sudah banyak kes penipuan menggunakan nama Siti. Saya sangat berharap agar semua pihak berhati-hati kerana ‘scammer’ mencari sasaran orang yang berusia (warga emas) untuk memperdaya dengan tawaran hadiah wang tunai… Mereka sebenarnya penipu!” tegasnya.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Akhir Kata

Berhati-hatilah dengan penipuan menggunakan teknologi canggih seperti AI. Sentiasa pastikan kesahihan maklumat yang diterima dan jangan mudah terpedaya dengan mesej atau panggilan video yang mencurigakan.

ADVERTISEMENT
Source :
Instagram: Siti Nurhaliza
Tags: Siti Nurhaliza

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved